Ingin Bercuti? Mmm sebelum itu…

Santuary Resort, Jangan percaya dengan propaganda internetnya.

Santuary Resort, Jangan percaya dengan propaganda internetnya.

Salam Pembaca

Sejak dua menjak ni, banyak jugak tempat menarik yang saya dah pergi dan akan pergi… hehe.. kekadang dengan kawan-kawan, kekadang dengan keluarga, dan satu tempat yang paling tidak dapat saya lupakan ialah apartment termahal dan paling teruk yang pernah saya sewa seumur hidup saya semata-mata last minutes plan untuk membawa keluarga saya 3 biji kereta ke Cherating Pahang. Dengan harga RM500 semalam di Sanctuary Resort Cherating, kalau saya tambah lagi RM100 saya dapat sewa dua service apartment di Berjaya Hotel & Service Apartment kat Berjaya KL Plaza di jalan Bukit Bintang KL.Lengkap dengan dapur dan microwave lagi. Memang hampeh.. indah khabar dari rupa. Tengok kat website bagaikan angan-angan kosong je. Ini adalah kerana waktu super peak iaitu cuti tahun baru cina, so dengan secukup rasa management resort tu yang saya percaya syarikat melayu naikkan harga sewa untuk orang-orang last minutes mcm saya ni. Kalau korang tengok pamplate kat atas ni memang nampak macam best sangat.. memang plan saya nak main jet ski ke, jalan-jalan kat pantai.. tapi bila sampai apartment dengan berpasir, kettle takde, dapur takde yang ada peti ais je.. bilik air pun takde water heater, aircond bocor, main sliding door takleh kunci… memang “panas” je rasa. “Rasa macam nak langgar je” Mintak kurang pun tak boleh. Nasibla boleh bersabar, kalau bercuti dengan member-member then ada geng nak serbu kaunter memang kena la diorang. So jadikan sebagai pengajaran. Tak semestinya resort yang mahal menawarkan service yang terbaik sebab saya juga pernah stay kat budget hotel kat Johor masa outstation tapi menawarkan service yang OK, siap ada sarapan lagi dengan hanya RM66 semalam. Rose Cottage namanya. So kat sini saya turunkan beberapa petua berguna sebelum anda melancong..

1. Rancang Tempat penginapan anda. – Cari maklumat kat internet, google sahaja tempat yang kita hendak lawati dan lawati beberapa website yang memberi rating kepada hotel yang nak anda duduk. contohnya: www.tripadvisor.com (huhu malangnya Sanctuary Resort kat cherating tu takde orang rate lagi ). Kalau anda plan nak melancong dalam group yang besar lebih bagus sewa service apartment dari sewa hotel sampai 2-3 bilik. Dan kalau yang nak duduk resort tepi pantai, make sure dia betul-betul ada pantai laa yek.

2. Lokasi – Kalau boleh print la map yang dia bagi kat website dia tu, dan kalau takde try cari kat http://maps.google.com. Print map dia. dan kalau anda semua beruang yang berwang, anda boleh search tempat tu pakai GPS anda dan kalau takde dapatkan koordinat tempat tu dari perisian google earth, sebab dengan perisian tu anda boleh lihat banyak orang buat tanda (marked) tempat-tempat yang menarik termasuklah rumah mereka sendiri :-). Dengan sedikit pengetahuan tentang jalan ni, sekurangnya anda tak menghabihkan masa berjam-berjam tawaf di bandar tersebut untuk mencari hotel anda. Petua saya kalau dah rasa nak sesat tu cepat-cepatla U-turn, kalau kat highway ambil exit terdekat sebab takkan sepanjang jalan 4 lorong sampai tak boleh u-turn. Hehe satu lagi jangan bodoh sombong, tak salah anda dapatkan “map bersuara” dari orang-orang sekitar.

3. Aktiviti – Jadikan percutian anda bermakna dan lain dari lain.. kalau setakat nak tido hotel je tanpa mencuba apa-apa aktiviti terbaru, baik tido kat rumah je.. OK Selamat Bercuti.

Nota kaki: bercerita mengenai prinsip keusahawanan teringat satu kisah yang saya baca mengenai puak Irish di Ireland yang begitu berprinsip dalam menjalankan perniagaan. Terdapat dua pasu yang sama bentuk, warna dan segala-galanya. tapi harga lain-lain, penulis tersebut  ( orang Malaysia ) bertanya kenapa jadi macam tu, penjual pasu tu dengan jujur mengatakan yang mahal tu adalah stok pasu yang baru dibeli dengan kos yang agak mahal dari stok lama, sebab tu harga dia berbeza-beza. Alangkah bahagianya kalau kita umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya mempunyai prinsip sedemikian dalam berurusniaga. Ni tidak, harga gula nak naik dah sibuk sorok stok lama. Harga kuih, barang pun macam lalang, kalau kereta besar sikit atau plat negeri lain mulalah tumbuk tanduk kat kepala.. huhu..

3 Responses to Ingin Bercuti? Mmm sebelum itu…

  1. salam…
    (harap2 aku xsalah tpt!)
    huhuhu,kesian nyer bila aku baca kisah ni.Sebenarnya resort tu baru bertukar pemilik kot,dulu aku pernah jgk menginap atas tiket tugas kat situ tp nama resort tu lain.servis mcm yg ko bgtau laa.teruk sangat!!!
    Nasib baik aku xkuar sen kalau xaku dah komplen jgk.

    Tapi kan,kalau nak bersantai tepi pantai laa area kuantan dekat pantai teluk chempedak dah ok maa.Better than cherating.serba serbi dekat,hotel berlambak2,tpt mkn pun senang cari.

  2. Mrs Badrul says:

    Salams….

    sian ke ko.. tp ko pun depends pd maklumat dlm internet kn… so pada aku laaa, tanya laaa pd org pernah pergi… mcm ko kata, nk wat business mcm2 propaganda yang indah terpampang di internet.. gamba bilik punya laaa cantik.. mane entah dia cilok, kite mane tau…

    ko pernah pegi area high hills..? mcm cameron ke..? bg laaa pengalaman ko…

  3. ariel86 says:

    cian bro…

    syah time study kt kemaman if blik kuantan mmg lalu dpan sanctuary tuh…mmg puaka habis appearance dier…

    x sangka lak bro kena tipu kt situ…dh la kena tipu..
    mahal lak tuh..bek nginap kt legend of holiday inn…sure
    puas ati..

Tinggalkan komen