Hidup tanpa ASTRO, boleh?

Playon.TV ni akan streaming video dari desktop kita ke konsol bagi membolehkan kita tengok terus kat TV rumah kita tau pun tablet.

Salams pembaca..

Dah lama tak sembang-sembang kat blog ni. Kebetulan tak berapa sibuk hari ni boleh la conteng-conteng sikit kat blog ni. Saya dah pakai ASTRO dari tahun 2004 lagi, bawah promotion dekoder percuma untuk pengguna Maxis masa saya bekerja di Bintulu dulu. Jadi kalau ikutkan saya dah pakai ASTRO lebih dari tujuh tahun sehinggalah secara rasmi saya tamatkan servis dia pada 19 Oct 2011 yang lalu.

Ini kerana saya rasakan tidak banyak keperluan kalau saya terus melanggan ASTRO yang bilnya makin lama makin mahal dan rancangan yang diulang-ulang berkali-kali. Namun ada sebab lain saya menamatkan langganan ASTRO kerana pada bulan 7 yang lepas saya dan pakai Unifi bersama dgn talian tetap telefon percuma dan juga “real cable TV” iaitu HyypTV, siaran televisyen melalui gentian optik. Jadi tak jadi masalah dah kalau hujan seperti yang selalu berlaku pada ASTRO dahulu.

IP-TV a.k.a HyppTV

OK dengan ini saya dah berjimat RM80 untuk membayar bil ASTRO saya, Walaupun siaran percuma HyppTV hanya ada 15, namun pada saya dah cukup. Kalau nak siaran tambahan, langgan je siaran yang ada, macam saya saya dah langgan National Geographic Adventure HD, MTV Live HD dan Baby Channel. Satu ‘channel’ harga dalam RM6 ke RM8 sebulan. Satu lagi kelebihan HyppTV ialah boleh tengok sesetengah siaran tertunda dalam 2 jam kebelakang. Kita boleh ‘rewind video” tu dalam sela masa dua jam tu, Picture in Picture – dua siaran sekaligus dan juga Interactive, boleh tengok Youtube kat TV, Facebook, Tengok Resepi, Flight Information dan juga macam-macam video on demand.

Kalau dah alang-alang pakai internet laju, semua boleh download dan kalau malas, langgan je Virtual Private Network untuk dapatkan IP dari USA atau UK bagi membolehkan kita streaming video dari Netflix, Hulu, NGC, FOX ataupun BBC Iplay. Kos untuk bayar VPN dalam USD5 sebulan, Hulu boleh dapatkan yang free version, jadi macam-macam video boleh kita tengok streaming samada melalui website, tablet dan sebagainya. Macam saya, saya beli perisian Playon.tv untuk membolehkan saya access semua streaming website dan tengok kat TV melalui console Nintendo saya. Mmmm kekadang dah terlampau banyak video macam ni sampai tak tertengok pun ada. Apapun sebab video on demand tak jadi masalah, ada masa free boleh tengok bila-bila.

Jadi amacam? anda berani tamatkan perkhidmatan ASTRO anda?

p/s.. sekarang ni dok layan ‘I survive in Japanese games show’ di Hulu, pakai Playon.tv

JoliCloud – alternatif OS untuk Netbook anda.

Jolicloud yang di install kat Netbook Acer yang ada touchscreen

Salam Pembaca…

Untuk rekod korang, saya dah pakai Linux ni dari 1997 lagi, lepas SPM install kat “my first cloned PC” 486 DX 100, gara-gara nak cari alternatif, nak bagi main internet laju sebab zaman tu pakai modem dial up je. Lepas tu beralih ke Mandrake, dan Ubuntu sampai la sekarang. Masih lagi pakai Ubuntu kat Desktop rumah untuk keje-keje mendownload, video editing dan mestila games 3D yg power (yang ni terpaksa pakai Windows 7 la).

Baru-baru ni saya beli Acer Aspire One Happy untuk ganti laptop wife saya yang berat macam batu nisan tu, biar adik laki dia pulak habih kudrat nak bawak laptop tu jalan-jalan. Jadi senang sikit nak bawa netbook bila pergi melancong, ringan je. Nak beli Ipad macam mahal dan alang-alang bagus tunggu Ipad 2. ( cover sebab takde duit sama, hehe ). Saya try la google the best alternatif OS for netbook untuk buat dual boot dengan Windows 7 Starter yang macam kecik je kat netbook tu. Jadi terjumpa la JoliCloud, katanya bagus dari Ubuntu netbook remix. Lepas install memang saya akui dia bagus, interface ala-ala android sebab semua pakai HTML 5 yang Google Chrome bangunkan, sekurangnya dia masih pakai kod Ubuntu dalamnya. Jadi korang still boleh access local application macam Star-office dan sebagainya. Tak macam Chrome OS yang asalnya dibangunkan sebagai WEB OS. Apapun dia memang simple. senang digunakan, sekali klik korang boleh check Facebook, Tweeter, Skype dan sebagainya. Lepas install, automatik kita dapat masukkan user-user lain termasuk develepor dia dan dapat tahu application mana yang diorang suka pakai.

OKlaa malas cakap banyak.. korang boleh tengok kat Website dia http://www.jolicloud.com. Kalau tak tau install boleh datang rumah aku, cukuplaa bawa pizza ke sebagai buah tangan ek.. 🙂

Skrin Utama dia, sekurangnya orang akan tertanya-tanya bila lalu kat belakang

Limewire -> Frostwire

Snapshot Frostwire dari Ubuntu Linux saya

Snapshot Frostwire dari Ubuntu Linux saya

Salam Pembaca..

Lama tak cerita pasal IT… Mmmm korang biasa download MP3 kat mana yek? Jiwangtorrent, ke main google je sampai lengoh tangan? Pernah dengar Limewire tak dulu-dulu? Famous sbg one stop tempat untuk download MP3, dan Video dan juga virus.. hehe. Pastu dia kena banned. Tapi internet, kena banned macam mana pun tetap tak boleh sekat. So sekarang dia dah ada nama baru. Frostwire http://www.frostwire.com Anda boleh pakai kat Windows, Linux Mandrake, Apple atau Linux Ubuntu. Search je apa MP3 yang kita nak.. senang dapat terutamanya lagu English. Tapi kekadang hati-hati, anda boleh terdownload virus walaupun extension dia *.mp3. Pastikan antivirus anda selalu update. Kalau tak anda boleh install ke dlm Linux anda. sure virus tu jadi beruang kutub berhibernasi. Tak boleh aktif. Senang je bila dah siap download dalam Linux tu anda tak boleh dengar MP3 tu, jadi maksudnya file tu adalah virus. So delete terus je laa file tu ye..

Bercerita tentang video pulak, tentu korang selalu tengok cerita atau filem kat youtube kan? Tapi cerita tu confirm dah kerat 10. Dipecahkan ke banyak bahagian. So kalau nak tengok terus anda boleh cuba website ni http://www.ovguide.com. Dia macam search engine yg akan list semua server yang host full video samada dalam Divx atau flv format. Anda boleh download file tu sebagai alternative kepada torrent yang biasanya kena shaping oleh TMnet. Untuk download file tu anda boleh pasang Add On kat Mozilla anda supaya semua file streaming youtube atau yang lain-lain dapat disimpan kat dalam komputer anda. Kat Mozilla anda pergi ke Tool -> Add-Ons dan search DownloadHelper. OK selamat mencuba.

p/s Nasiblaa Izzinet saya ni tak shaping torrent dan pemancar saya pakai ni belum lagi congested dengan pengguna lain.. puas mendownload TV series dgn 30-40KBps.

Menonton Sambil Belajar English

subtitlesAssalamualaikum dan salam sejahtera

Banyak pulak idea yang nak dikongsi dengan pembaca.. Internet is my heaven of knowledge. tapi sebab terlampau banyak sangat maklumat, kekadang jem jugak, sebab kalau ada mende yang belum terlintas kat fikiran untuk kita cari, jadi sampai sudah kita tak akan terfikir mende tu. Sejak saya duduk kat KL ni, internet adalah segalanya, sampai kalau nak keluar rumah pun saya akan check google maps dulu. http://maps.google.com. Cari jalan, takut sesat asalnya.. tapi sesat jugak hehe 🙂 tapi tips untuk orang yang tak biasa dgn KL nie.. jangan percaya sangat dengan imej satelit kat google map tu. sebab bila dah duduk atas jalan, lain jadinya. Cuma yang penting kita tau apa nama jalan yang kita nak tuju, nak pakai jalan mana, arah mana dah sebagainya.

Oklaa saya nie penggemar cerita bersiri seperti Prison Break, Smallville, dan Heroes.. Cerita Korea tak minat ye. Rasanya sekali je seumur hidup saya terlayan cerita bersiri Kantonese zaman sekolah-sekolah dulu. Akibatnya melekat petang-petang kat rumah lepas sekolah.. huhu. patutnya pergi mandi-mandi sungai. Ke masa sekolah asrama ntah?.. dah lupa.. Oklaa berbalik kepada cerita yang kita download ataupun kita mintak secara percuma dari kawan-kawan kita yang download. Sepanjang beberapa season saya tengok tak terfikir pulak yang kita boleh download subtitles dia dari website, baru-baru ni ntah kenapa googling subtitles tv-tv series tu, then dapat.. itulaa internet.. semua ada. So kepada siapa-siapa yang belum terfikir bolehlah lakukannya sekarang http://www.tvsubtitles.net atau search je kat google. Cerita filem pun boleh download jugak. Fail dia dalam bentuk zip. Kecik je. Extract fail tersebut dan namakan fail tersebut sama dengan fail video dia. Contoh kalau video tu prisonbreakS0312.avi so fail subtitle dia kena la prisonbreakS0312.srt jugak. Make sure anda dah install semua code yang perlu. Biasala kalau dah install storm codec tu takde masalah dah. Dan kepada pengguna Linux Ubuntu, jangan risau dia akan install automatik, siap boleh ejas-ejas tulisan lagi nak besar ke kecik ke..

OK. Selamat Mencuba

Apa nak Jadi dengan Internet Explorer..

torrentbar

Salam Pembaca..

Hari nie saya nak cerita sikit jee pasal dunia komputer nie.. berdasarkan apa yang saya lalui. Mmm mesti korang biasa surfing pakai Internet Explorer yek? mmm pernah tak ada masalah ketika surfing pakai Internet Explorer.. contoh, masa online payment dan sebagainya.. So anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan Internet Explorer kalau:

1. Nak beli tiket wayang kat wesite http://www.gsc.com. Masa nak buat payment tu dia hold sebab actually kita tak send pun lagi credit card information kita kat internet.. so berkulat laa kita tunggu..

2. Kalau anda nak layan online video dari http:www.torrentbar.com mostly dari TV series, macam Prison Break 3, Heroes, Smallville, Project Runaway dan sebagainya, jangan pakai IE jugak, sebab takde link Online Video.. pelik dan ajaib.. boleh pulak pilih bulu website illegal ni yek.. So dari kita download pakai torrent, bagus tengok online je. tak perlu tunggu lama-lama.. lain laa kalau kita nak buat koleksi ye tak?

Apa-apapun walau menyampah macam mana sekali pun, kadang kala kita terpaksa la jugak pakai IE terutamanya bila surfing website-website kerajaan ni termasuklaa website tempat saya belajar part time sekarang iaitu Open Universiti Malaysia.. huhu 😦

Sekian. Selamat Tahun Baru Tikus.. Drive carefully

p/s tak jadi pulak saya balik ke kampung saya kat Kedah.. tunda minggu depan gara-gara tak cukup korum….

Download MP3 dari Website

Assalamualaikum..

Bar-baru ni saya diperkenalkan oleh kawan saya satu website yang memberi kita kapasiti sebanyak 5GB yang membolehkan kita menyimpan dan berkongsi dengan orang lain di internet. Jadi banyak la benda yang boleh saya dapat dari website tu terutamanya MP3.

Tetapi, baru-baru nie saya dapati website itu tidak membenarkan pengguna men download kandungan dari website itu sebarangan kecuali pengguna tersebut klik satu option bagi orang lain boleh download file tersebut. So, banyakla MP3 dan kandungan yang kita tak boleh download dan banyak la post dalam website yang bengang dengan pengendali website tu.

So setelah saya main-main sikit dengan website tu, maka masih terdapat cara yang membolehkan kita download terutamanya MP3. Sebab apabila kita klik pada lagu yang kita nak.. Ha sebelum tu.. kalau kita nak search, kita kena pastikan nama tajuk lagu dan artis betul dan detail supaya tak keluar benda mengarut nanti..

Sambung balik. bila kita klik pada lagu tu, dia akan mainkan melalui website pakai media player. Jadi kat player tu kita right klik, ambil properties dan kita copy location MP3 tu dan paste kan ke dalam Download Accelerator. Pas tu kita download laa lagu tu.. Senang je. Saya malas masukkan cara tu melalui forum kat website tu, nanti tak pasal-pasal dia blok pulak cara tu kan.. So selamat mencuba..

Esnips

Siapa malas baca E-Book?

Assalamualaikum dan salam pembaca..

Sapa malas baca e-book pakai Adobe Acrobat Reader? mmm.. mudah saja.. suruh je Adobe tu bacakan untuk anda.. Klik Edit –> Read Out Loud . Jika anda update version 7.0 ke atas.. anda boleh pilih apa sahaja suara yang anda mahu selain dari suara uncle Sam yg ntah apa apa ntah tu.. Anda boleh pilih suara awek. ejas-ejas sikit bagi sedap walaupun bunyi macam robot je.. he he.. Takpe la…. Syukurlah apa yg ada. Saya pun baru je perasan dua tiga hari lepas yang Adobe ada kemudahan robot tu.. dah pakai bertahun-tahun dah..

Oklaah takleh nak cakap banyak assigment tak siap lagi nie.. itulaa keje last minit.. itulaa hidup seorang worker, businesman dan student macam saya ni. 3 in 1 lagi tu.. Tapi kalau keje last-last minit nie.. idea mencurah-curah.. takyah buat-buat rangka.. mengadap komputer taip jee apa-apa yang boleh dirapukan.. he he.. OK.. sambung kerja.. Sekian Wassalam..