Hikmah di sebalik kawanan Burung

GeeseAssalamualaikum dan Salam Pembaca

Semalam, saya baru sahaja pulang menghadiri aktiviti Team Building yang dianjurkan oleh syarikat saya semalam, Satu program Team Building yang di “consult” oleh satu syarikat yang tidak asing Odessy Sdn. Bhd. syarikat yang pernah memberi motivasi kepada banyak syarikat-syarikat di Malaysia nie, termasuklah MCA yang kalau kita ingat ada masalah dalaman dulu, ala main baling-baling kerusi masa perhimpunan agong diorang dulu :-). Syarikat saya, dengar cerita menghabiskan RM53  000 untuk setiap satu sessi bagi 17 sessi semuanya. Dekat sejuta tu.. Tapi yang sedihnya, mentaliti seseorang individu tu bukan senang untuk diubah, kerana semuanya akan kembali ke perangai asal masing-masing bila kembali ke tempat kerja.

Cukup cerita pasal politik, berbalik ke satu informasi yang saya kutip semasa program ini mengenai dengan ciptaan Allah yang satu ni iaitu kawanan burung-burung yang suka bermigrasi seperti dari spesis angsa, bangau dan sebagainya. Tentu kita perasan bila melihat burung ini terbang dalam bentuk formasi “V”, Mungkin ada yang tahu sebab apa tapi bagus untuk saya kongsikan kenapa. Mengikut penyelidikan saintis-saintis, formasi itu dibuat adalah kerana:

– Bentuk “V” tu meningkatkan kelajuan penerbangan mereka sebanyak 70% berdasarkan prinsip “vortice” yang biasa ada kat kapal terbang tu. So burung-burung yang duduk kat belakang lebih mudah untuk terbang disebabkan rintangan angin yang kurang.

– Jika  seekor terkeluar dari landasan, kita mesti nampak dia macam susah je nak terbang, so cepat-cepat kita nampak dia struggle nak masuk balik dalam formasi dia tu.

– Kalau drebar yang jadi penghulu tu penat, yela.. rintangan angin dia yang paling kuat, so dia pun pass la tugas drebar tu kat burung yang duduk belakang die, kira ada shift laa. So dia lepak la kat belakang, mengular sikit-sikit.

– Kalau sekor burung tu kena tembak ke, sayap terseliuh ke, maka semua burung tu akan turun mendarat dan lepak-lepak sehingga pulih atau sehingga member dia tu mati ke. Sebab tu laa kekadang kita boleh nampak burung-burung Eropah buat “pit stop” kat Malaysia.

Subhanallah.. begitulaa begitu besar hukum alam ciptaan Allah, cuma manusia sahaja yang tidak ambik iktibar darinya. Terutamanya dari prinsip semangat kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Terutamanya orang kita.. orang Melayu, apabila buat bisnes terutamanya..mmm tak perlulah saya cerita.. tepuk dada, tanya minda.

P/S.. Tentu ada antara pembaca yang masih ingat kisah ketam Melayu, ketam Cina dan ketam India yang terperangkap dalam botol.. 🙂 Nak cerita ke?

Bila “harimau” mabukkan petrol…

Ice blend di PantaiAssalamualaikum dan Salam Pembaca

Satu pagi semasa ku berjalan-jalan maka ternampak akan aku sebuah Generator yang namanya sungguh mudah untuk diingati.. Harimau. Mmm.. murah fikirku, RM260 sahaja, 650W lagi. Buatan Malaysia lagi, buku manualnya lengkap dengan cara untuk meng “overhaul” kannya sekali yang amat sesuai untuk rakyat Malaysia yang sememangnya kreatif dan inovatif 🙂 Tanpa ku berfikir panjang aku membeli harimau itu untuk dibawa pulang ke rumah. Pada malamnya, aku pun mencuba la untuk meng “test run” harimau kesayangan aku itu. Tetapi harimau aku susah betul mahu mengaum. Sesuai dengan semangat melayu yang kreatif dan inovatif, setelah penat menggosok malah mengetuknya, maka mengaum laa harimau aku itu. “Mungkin harimau aku itu mabuk setelah membawanya pulang dari kedai tadi”, fikir ku di dalam hati.

Maka, hari yang di nanti-nanti telah tiba, aku pun membawa harimau ku itu ke tepi pantai supaya ia dapat menolongku menjalankan perniagaanku yang sememangnya amat memerlukan bantuan darinya. Setelah puas digosok-gosok dan ditarik, maka harimau ku itu mulalah bersemangat mengaum. Setelah beberapa ketika, maka datanglah pelanggan ku yang pertama, “Abang, Ice Blended Satu”. Aku dengan berkobar-kobar memulakan kerja aku sambil mendengar harimau ku yang agak kuat mengaum. Tetapi setelah dimasukkan ais dan segala yang patut, tetiba blender ku tidak larat berpusing, terfikir di fikiran ku, adakah blender aku ini takut pada ngauman harimau ku atau harimua aku yang takut sejuk dengan ais ini. Setelah berfikir panjang sambil tersenyum simpul bercampur malu di depan para pelanggan, maka dapat juga aku memujuk harimau ku yang mungkin mabuk terminum minyak petrol yang banyak, dengan memberinya ais sedikit demi sedikit melalui blender ku. Maka setelah semuanya berjalan agak lancar walaupun permulaan yang agak lambat, namun tepat pukul 6:00 petang, tetiba harimau ku berhenti mengaum. Ehh.. harimau aku ni tahu waktu maghrib ke, fikirku di dalam hati walaupun aku masih memerlukannya untuk menolongku untuk menyiapkan 2 ice blended untuk pelanggan ku yang begitu bersemangat membayar wang pendahuluan kepadaku. Setelah puas aku menarik telinganya dan juga menumbuk-numbuknya, tetapi harimau aku tetap diam membisu. Eee.. di dalam hati aku, mau jugak aku mencampak harimau aku ke dalam laut, untuk-untuk boleh jadi ikan, boleh jugak dibuat lauk. Maka pada keesokan hari dengan berat hati terpaksalaa aku membawa harimau ku kembali ke kedainya untuk ditukarkan dengan yang lain dan semestinya bukan harimau yang sama. Maka terpaksala aku menambah RM100 lagi untuk membeli pembantu aku yang semestinya bukan bernama harimau lagi. Maka bermulalaa kerja pembantu yang ku sayangi bernama Motoyama, mungkin singkatan moto yamaha yang aku gunakan sehingga kini.

Moral of Story:

-Jangan beli generator cap “Harimau” untuk blend ais, kalau nak test run kat rumah, masuk ais siap-siap. “Harimau” ni biasa duduk hutan je, mengaum untuk menyalakan lampu kat rumah orang asli atau pendatang haram he he 🙂

– Bukan senang nak jadi saudagar senja atau saudagar hujung minggu, banyakkan bersabar..

Hukum Kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Pembaca..

Jam kat dinding dah menunjukkan 2:10 minit pagi. Hajat asal untuk tidur lebih awal supaya dapat memulakan hari esok lebih awal. Tetapi setelah sejam bergolek-golek diatas katil sampai selimut pun bertukar menjadi bantal golek 🙂 , akhirnya reflektif minda terus membawa saya untuk menghidupkan komputer, untung-untung dengan meluahkan sedikit apa yang berlaku hari ini, akan lega sedikit apa yang terbuku di dalam minda. Asalnya nak tulis pengalaman berniaga, tetapi bagus dimulakan dengan “bad news” dulu, mana tahu hukum kehidupan mengatakan setiap yang buruk mesti ada yang baiknya.

Sepanjang balik dari pejabat petang tadi, minda ligat memikirkan apa yang patut saya tulis di dalam buletin board syarikat kami, di mana kami mempunyai satu ruang di panggil Electronic Suggestion People Expression atau ESCAPE. Rasa bersemangat untuk menulis sampai tak boleh tidur :-). Dipendekkan cerita semasa sesi Face to Face dengan MD CEO tempat saya bekerja, satu pengumuman yang amat mengejutkan telah dibuat di mana semua gaji kakitangan executive dinaikkan 5 – 15%, diberi elaun tambahan RM500 ringgit untuk jawatan teknikal untuk semua grade dan elaun sehingga RM5000 untuk prinsipal engineer. Untuk menyedapkan hati Non Executive, Pihak pengurusan bersetuju untuk memberi elaun sebanyak RM200 dan RM300 kepada “Senior Non Executive” untuk grade 13 dan 14, tetapi langsung tidak ada apa-apa kepada “Junior Non Executive” grade 12, 11 dan 10 seperti saya.

Apa yang ingin saya bawa di sini untuk kita bincang bersama ialah alasan yang diberikan ialah sumbangan yang telah diberikan oleh mereka yang telah lama bekerja. Tetapi tidak terlintas langsung di fikiran mereka apa yang QUEPEC minta pada kerajaan di mana kenaikan gaji amat perlu dimana taraf ekonomi rakyat malaysia telah naik sehingga semua barang keperluan mula naik. Maka sebab itulah kerajaan telah melaraskan pemberian elaun berdasarkan tangga gaji semua kakitangan awam, di mana kakitangan awam bawahan mendapat elaun yang tinggi berbanding dengan kakitangan awam atasan supaya lebih adil. Contohnya untuk kakitangan kerajan yang berpendapatan RM1283 dan RM2584 ialah 17.5% manakala yang berpendapatan RM553 – RM778 ialah 22.5%. Rujuk

http://www.jpa.gov.my/Pekeliling/pp00/bil08/pp08-00lampg.htm

Tidak bagi syarikat kami di mana elaun wilayah yang ditawarkan adalah sama bagi semua tangga gaji iaitu sebanyak 10%. Kalau bercerita mengenai pendapatan junior technician rasa malu untuk saya ceritakan bahawa gaji yang diterima oleh junior technician di syarikat adalah yang terendah dah lebih rendah dari gaji minimum yang ditawarkan oleh 3.5 juta majikan yang berdaftar di dalam Jobstreet.com. Rujuk website dia.    Maka satu kesimpulan yang dapat saya rumuskan di sini, seperti yang selalu diwar-warkan, yang kaya akan jadi lebih kaya, yang miskin akan jadi lebih miskin. Maka itulah yang terjadi di syarikat saya dan itulah sebenarnya hukum kehidupan jika segala apa yang disyorkan dalam agama tidak dipraktikkan dengan sebenar-benarnya.

Sekian..

   
         
         
         
         
           
         

Money Management Course

shirt11.jpg Baru-baru nie bila kakitangan-kakitangan di tempat kerja saya meluahkan perasaan di dalam “buletin board” mengenai gaji dan sememangnya entry tu mendapat komen yang amat bagus dari semua staff, maka CEO kami memanggil semua yang mengemukakan isu tersebut di buletin board kami ( bersama penulis isu-isu lain ).. satu yang menarik di sini ialah katanya “amat susah bagi pihak pengurusan untuk menaikkan gaji kami semua, kerana sebagai syarikat yang bernaung dengan kerajaan ( pada saya syarikat yang dipergunakan oleh kerajaan he he ) semua keputusan mestilah mendapat persetujuan kerajaan terlebih dahulu. Jadi timbullah idea pihak pengurusan untuk membuat “money management course” supaya kami lebih bijak menguruskan kewangan. Nampaknya tidak lama lagi semua kakitangan di syarikat saya lebih bermotivasi laa yek.. Apapun kita tinggalkan isu itu. Cuma satu yang terlintas di fikiran saya ialah bagaimana kita dapat menguruskan wang dengan bijak? Mmm susah nak jawab sebab kalau ada 100 orang, maka ada 100 la cara individu tersebut menguruskan wang. Tetapi satu yang saya pegang sampai sekarang ialah, kalau gaji kita cukup-cukup makan je, buat apa kita nak berlagak macam orang yang bergaji beribu-ribu. Perlukah kita beli handphone mahal-mahal, PDA ke semata-mata untuk kepuasan sendiri. Tapi itulaa manusia, susah nak kawal nafsu, kekadang sampai saya pun macam tu jugak.

Bila Bill Gates Tiada…

linux-mandrake.jpgAssalamualaikum & Salam Pembaca,
Mmmm.. rasanya blog saya nie dah lari dari tujuan sebenar.. ye laa, patutnya cerita pasal IT tapi sibuk cite pasal bisnes je.. BTW untuk membuatkan rasa mengantuk kat kepala, baik conteng-conteng sikit kat blog nie,Kat sebelah nie, snapshot dari Linux Mandrake 10 yang saya pakai sekarang, tulis blog pakai nie, chating Yahoo Mesenger pakai nie, sebab? Kalau main internet dial up pakai Windows, ( Sila abaikan “statement” ini kepada sesiapa yang pakai streamyx ) alamat berbulu la menunggu, kena sumpah saja laa Windows XP, rahsianya? Internet Linux terus dari server masuk ke “Web Browser” tanpa melalui perisian antivirus, so secara logikalnya mestila dia laju bukan?

Mengenai keselamatan dari diceroboh, diantara Windows, Apple Mac dan Linux kalau kita update sistem kita (yang original sahaja untuk Apple dan Mac) maka sistem Apple lebih selamat diikuti dengan Linux dan Windows. Tapi itu setelah dilakukan pelbagai ujian dari pelbagai spesis penggodam (rujuk Majalah Chip). Tapi di hati kecil saya siapalah yang nak menggodam komputer buruk kita nie yek, maka dengan itu saya lebih suka pakai Linux untuk main internet, sebab… virus spam bodoh-bodoh, yang budak-budak penggodam buat tu takleh aktif walaupun die masuk ke dalam sistem Linux kita. Dalam erti kata lain fail yang berakhir dengan *.exe tak aktif, so takde la masalah bile surfing keluar pop-up berjuta-juta.. ye tak? 🙂 yang penting sistem online banking kita akan tetap dilindungi bila kata buat online payment, tetapi ingat online banking sebenarnya dilindungi oleh komputer pelayan website dan juga internet browser kita, so pastikan lambang mangga kat bawah kanan tu berkunci ye…

OKlaa, mungkin satu masa nanti, nak tak nak terpaksalah kita menggunakan sistem operasi percuma (iaitu Linux) jika Microsoft dan kerajaan menguatkuasakan hukum hakcipta dan cetak rompak, mana tahu nanti nak cari CD Windows pirate tak jumpa..datang jauh-jauh ke Low Yat, asyik-asyik kedai tutup, takut kena “ambush” he he.. so amacam? anda berani untuk mencuba sesuatu yang lain dari lain?

Sekian, Terima Kasih..

Karnival Keluarga Petronas 2006

Assalamualaikum..ICE Blenz 1

Kalau mengikut kajian saya, saya ni memang otak business, mungkin masa kecik-kecik dulu tengok emak buat kuih letak kat kedai untuk menyara keluarga, setiap hari sebelum pergi sekolah, mesti ada extra dua biji kuih, donat dengan tepung bungkus. Dalam keluarga saya  yang 6 orang tu, mungkin saya seorang je yang ikut mak saya, tapi yang melucukan skop perniagaan saya dah bertukar, dulu-dulu masa study ambik upah repair PC dgn jual PC kecil-kecilan, tapi sekarang jual ice-blended hehe.. takpelaa cuma yang ini nampak lebih sistematik dan moga-moga berkembang maju suatu hari nanti.

Berbalik kepada karnival keluarga Petronas yang lepas, saya membuat keputusan agak lewat untuk berniaga itupun lepas dapat tahu yang member saya dapat sewa tapak, so apa lagi order stok, dan start la bisness, yang menarik dalam tak sampai 2 hari, lebih 700 cawan berjaya dijual sehinggakan hari ahad dah tak boleh jual.. habis semua. Satu kisah di pagi ahad:

Ice Blenz 2Miss X: Adik, kakak nak chocolate 2, cappucino & bla-bla…

Mr. Y: mmmm.. kak, ice blended dah habih laa, hari ni dah tak boleh jual..

Miss X: Loorr.. yeke? macam mana nie, kak siap buat list lagi nie ( sambil dial no. untuk memberitahu kawan-kawannya- ayat ni diubah supaya lebih senang difahami).. Itulaa penangan ice blended semasa karnival tersebut. Mmmm letih tak terkira laa, sepanjang masa berdiri, sakit habis pinggang-pinggang sampaikan Faizal One in Million, Farah Wahida, Adam dok memekak kat pentas pun tak hirau,  tup-tup dah tengah malam, orang dah balik.. Apapun terima kasih buat member-menber yang sudi menolong Amir dan Mike.. Jasamu dikenang. Akhirul kalam, anda semua boleh laa merasa ice-blended saya setiap hujung minggu di Pantai  ABF,  yang ini don’t worry stok gerenti ada punya. Terima Kasih 🙂

Nota kaki: Thanks Bro Ezly, tokay ice-blended. Go to his website at myiceblenz.net

Conflict of Interest?

Conflict of InterestAssalamualaikum dan salam sejahtera…
Kekadang banyak kita dengar komplen dari kawan-kawan kita pasal kerja.. kerja tak best laa, boss tak best laa, banyak kerja laa dan satu lagi yang best nya dalam sepuluh tu mesti ada lima yang cakap aku kalau boleh nak buat bisnes je, senang.. tak yah pergi keje ikut opis hour,Tapi itulaa realiti kehidupan.. semua orang tak puas hati dengan apa yang ada.. dan bila ini berlaku, maka banyak laa kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku di pejabat, kes bodek bos, kes moddy tak tentu pasal, gaduh dengan bos sebab malas kerja… dan macam-macam lagi.. itulaaa yang berlaku bila ada konflik dengan minat seseorang tu.

Tapi bila ini berlaku yang dapat mengawal seseorang itu hanyalah iman dan pembentukan kendiri seseorang itu… kalau dia mempunyai jiwa yang kental, maka semuanya dapat di kawal. Kes yang mudah sama ada dia terus bekerja dan redha dengan apa yang ada ataupun cari jalan penyelesaian.. resign atau sebagainya. Saya teringat masa saya menghadiri satu course “People Turn Around” lebih kepada motivasi course yang dibuat untuk semua staff syarikat kami supaya staff-staffnya lebih setia kepada majikannya. Tetapi pendekatan yang dibawa oleh penceramah kami amat mudah sekali kerana ” jika anda tak puas hati dengan syarikat anda, just resign… ” Itula yang berlaku kepada penceramah tersebut, setelah memegang jawatan besar dalam syarikat, menjadi CEO Hotel Holiday Inn, member dalam Board of Director Sunway College, akhirnya dia resign jual nasi lemak kat Plaza Alam Sentral dan sekarang menubuhkan consultant untuk kursus- kursus motivasi ini.

COI 2Tapi majoriti dari kita, hanya cakap banyak… dan lebih bahaya lagi ialah interest yang berubah-ubah… sekejap nak jadi nie, sekejap nak jadi tu.. contoh terdekat kawan sepejabat saya, mula-mula punyalaa semangat nak buat diploma dalam chemical engineering dari SPACE UTM, tapi tup-tup dah final exam, ” Eh.. Zairol.. aku malas laa belajar engineering, aku nak tukar profession untuk jadi kerani pulak”. Jadi final exam ditinggalkannya begitu sahaja. Dalam hati saya.. memang betul la die nie masih kebudak-budakkan.. Ini kerana dia dah bosan kerja di syarikat kami bekerja yang juga menjadi tempat dia menghadiri kelasnya dan jadual masa dia yang amat ketat untuk ke kelas.

Akhirul kalam, buat pertama kali dalam hidup saya akan memulakan bisnes saya sebagai penjual ice-blended yang mungkin akan menjadi pendapatan saingan kepada bisnes membaiki komputer walaupun bisnes komputer tersebut hanyalah di kalangan rakan-rakan sahaja. Tapi itulah… kita kena berani mencuba.. mana tau rezeki kita ada kat situ.. So doakan saya berjaya. Terima Kasih