Antara Company Besar dengan Company Kecik

Salam Pembaca… hari ni saya nak merapu sikit… sekali sekala.. mungkin ada yang ingin berkongsi pengalaman boleh jugak… Sebelum saya resign dulu, saya bekerja dengan satu anak syarikat gergasi di Malaysia. MLNG Sdn. Bhd. subsidiari Petronas. mm besar sangat. Loji gas kami (dengan izin: 🙂 “was the largest gas processing plant in the world”. Staff seramai 900 orang.. Kontraktor boleh mencecah sehingga 1000 orang pada satu-satu masa terutamanya kalau ada shutdown.. Dan sekarang dah 7 bulan saya kerja dengan company yang hanya ada 10 orang je termasuk GM saya.. jauh beza sebab branch office, Headquarter kat Manheim, German, kat sana ramai laa lebih kurang 300 orang. Secara ringkas perbezaan dia:

Kawan

Compay Besar: Ramai sangat, boleh gosip-gosip, sembang2.. kalau ada yang tak ngam tu, boleh buat bodoh je

Company Kecik: Kawan tak ramai sangat, so kena kawan dengan semua orang walaupun ada yang tak ngam

Gaji

Company Besar: Gaji mengikut grade, kalau nak naik gaji kena buat paperwork, ambik exam, ala macam kakitangan kerajaan tu.. mm periksa PTD? errr

Company Kecik: Gaji terus dari GM, boleh demand-demand berdasarkan pengalaman, kalau tak puas, mintak je naik 🙂

Meja dan akses Internet

Company Besar: Mmmm kekadang kena kongsi meja, kongsi PC, tak boleh nak letak gambar awek kat meja.. nak main internet? pergi Library, pas tu byk website kena block

Company Kecik: Ada meja dan cubical sendiri, Internet unlimited, siap boleh download lagi 🙂

Office Politic

Company Besar: Fuh.. banyak sangat politik nya, kekadang ada orang tikam dari belakang. Pas tu masing-masing nak jaga periuk nasi masing-masing.. banyak penyapu woo…

Company Kecik: kurang laa sikit… kalau nak kurang lagi cari je company yang ada dua orang, sorang bos, sorang staff 🙂

Masa nak mengular

Company Besar: mmmm senang sikit.. pergi jee menyorok kat mana-mana, pergi library ke, department lain ke, dalam setor ke… byk tempat menarik untuk dilawati di company besar-besar ni

Company Kecik: Nama dah company kecik, office mesti la kecik jugak kan.. so kalau nak mengular kena laa berterus terang dengan bos, huhu… tak pun masa dia takde.. merdeka la

Cuti

Company Besar: Nak apply cuti tu macam nak apply kenaikan gaji la, kena isi borang, kena bagi supervisor, pas tu kena tunggu HR approve tu pun kena meeting kot-kot ramai sangat yang cuti sampai tak cukup manpower

Company Kecik: Call secretary office, “Can you tell boss that I’m on leave today, ada keje sikit”. Kalau nak formal sikit, isi borang bila nak cuti esok pastu bagi la kat kerani. Janji kerja siap ye

Apa-apa pun semua ni bergantung juga dengan company tu sendiri.. ada jugak yang company kecik tu banyak masalah dan ada jugak company besar tu seronok, so kalau rasa tak best tu.. pandai-pandai laa cari lubang yek… OK tu je Selamat Bercuti Sekolah

Nota kaki: Bestnya bila drive kete pergi keje waktu-waktu cuti sekolah ni.. rasa aman jalan.. kurang laa sikit jem nya

Singapore – Bandar dalam hutan

Singapore Titles

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mmmm entri kali ni agak “personal” sikit, sekali sekala cerita pasal pengalaman pulak yee..Minggu lepas saya outstation kat Johor baru selama 4 hari… dan lepas siap commisioning projek, saya ambil kesempatan untuk melawat kawan saya di Singapura. Selepas 10 tahun tidak berjumpa, tidak banyak perubahan yang terdapat dengan kawan aku yang sorang tu, maintain je.. tapi dah anak dua.. syabas Fairus..dan selepas melawat Singapore saya juga ambil kesempatan untuk jumpa kawan lama merangkap housemate masa kat Penang dulu, Zam yang sekarang menjadi cikgu di Kluang, Johor.. dah kahwin dengan seorang anak.. dah 8 tahun kita tak jumpa Zam.

Cakap mengenai Singapura, ada pro dan ada con nya.. Yang paling menarik ialah mengenai gaji kakitangan awam di sana lebih tinggi dari kakitangan swasta. Jadi, rasuah amat kurang di Singapura. Kedua mengenai pengurusan bandar yang amat teratur, jalan yang bersih, dan banyak pokok-pokok di tanam di bandarnya sehinggakan di tengah-tengah pembahagi jalan pun di tanam dengan pokok-pokok balak. Jadi taklah panas sangat. Macam gambar Orchad Road kat bawah ni, penuh dengan pokok-pokok, dan cuba bandingkan dengan Chow Kit Road ataupun Jalan Bukit Bintang di Malaysia, amat jauh bezanya..Sekian.

P/S, mmm alangkah bagusnya kalau kerajaan lebih memikirkan pengurusan negara yang cekap dari memikirkan survival politik masing-masing.. 😦  (gambar Orchad Road dan pemandangan dari Singapore Flyer, World largest Observation Wheel- 165m tinggi)

From Singapore Flyer

Orcahd Road

Ibuku Seorang Pembohong

My MumAssalamualaikum dan Salam Pembaca..

Rasa macam dah basi pulak entri kali ni, patutnya saya tulis pada hari ibu yang lalu (11 Mei 2008) yang lalu, sorry yek sibuk sikit. Yang penting bukan hanya pada 11 Mei je kan kita nak menghargai hari ibu, tetapi patutnya setiap hari dan setiap masa kita menghargai ibu kita.. semakin tua ibu bapa kita, maka semakin dia ingin dihargai dan disayangi oleh anak-anak dia. Ingat lagi satu ketika dimana ibu saya kupas buah mangga, dia akan biarkan anak cucu dia makan dulu dan kalau lebih baru dia akan makan, dan mesti kat hati dia akan meneka-neka sejauh mana pula anak-anak dia akan menghargai apa yang telah dibuat oleh nya.  Dan doa ibu amat makbul dan ini telah terbukti dalam keluarga kami. Itulah yang diceritakan dalam drama kat tv3 pada hari ibu yang lalu, betapa anaknnya menjalankan kehidupan yang mudah hanya kerana doa ibunya walaupun anaknya tidak menghargai langsung apa yang telah dilakukan oleh ibunya. Secubit mengenai kisah peribadi saya, baru-baru ini buat kali pertama, saya bersama kakak saya sekeluarga membawa ibu bapa kami makan dekat dekat pekan terdekat, Triang betul-betul pada malam hari ibu 11 Mei yang lalu. Sampai ibu kami cakap, dah buang tebiat ke tak pernah-pernah keluar makan malam kat Triang, tiba-tiba keluar pulak.. 🙂 apapun sejak dua menjak, ibu bapa makin arif tentang hari ibu, yelaa media banyak memainkan peranan.

Sempena hari ibu ni saya ada satu artikel yang bagus untuk dikongsi bersama. Artikel ni saya dapat dari e-group sekolah menengah saya yang lalu. So.. sesiapa yang dah baca boleh laa baca lagi banyak-banyak kerana secara tak langsung dapat menginsafi diri kita…. Selamat Membaca… 🙂

<!– @page { size: 8.5in 11in; margin: 0.79in } P { margin-bottom: 0.08in } –>

“Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Semoga dari cerita ini dijadikan iktibar dan pedoman utk setiap anak2 di dunia,…

Di mana kah Ibu anda sekarang? Hubungilah dia, nyatakan kasih sayang korang pada dia.””