Electronic Travel Authority ( ETA ) First Name & Last Name

Salams Pembaca..

Nak tulis sikit je pasal ETA nak ke Australia ni. Kita semua maklum kan yang Air Asia ada ajar cara nak isi First Name dengan Last Name atau dalam kata lain ‘given name’ dan ‘family name’ dengan memasukkan bin atau binti kat kotak family name. Tetapi Australian Department of Immigration and Citizenship sedia maklum yang bin atau binti tu bukan nama, sampaikan website dia pun ada rujukan yang kita boleh baca siap dengan contoh nak isi borang lagi. Jadi untuk memohon ETA ke Australia kita tidak perlu masukkan bin atau binti di dalam borang dia. Cukup nama kita dan bapa kita je.

ETA approval ni akan diperiksa masa kita nak check in kat airport, tidak menjadi masalah di Malaysia apabila kita nak terbang ke Australia tetapi jika kita terbang masuk semula ke Australia contohnya dari New Zealand melalui Jetstar contohnya akan jadi masalah bila kita masukkan bin atau binti di ‘family name’ bila kita beli tiket online di website Jetstar misalnya.. sebab masa check in diorang akan search family name kita “bin Mohamad” contohnya untuk check dengan imigresen Australia yang kita dah ada ETA ke belum.

Kami mengalami sedikit masalah masa nak balik semula ke Sydney tempoh hari bila awek check in tu tak jumpa ETA kami. Jadi kena la ding-dong ding-dong sikit, cerita yang bin tu bukannya nama dan suruh search nama bapa kami je, siap kena pergi service kaunter lagi yang mana diorang ada akses terus ke ETA system. Jadi untuk memudahkan saya rasa tidak perlu kita masukkan nama bin atau binti jika kita beli tiket ke Australia melalui syarikat penerbangan lain untuk mengelakkan kekeliruan. Lain la kita nak pergi negara lain yang memerlukan visa atau yang main masuk je. Ini kerana Australian Department of Immigration and Citizenship dah sedia maklum yang bin dan binti tu bukanlah nama.

Untuk apply online ETA boleh klik kat link ni https://www.eta.immi.gov.au/ETA/etas.jsp

5 Responses to Electronic Travel Authority ( ETA ) First Name & Last Name

  1. Pingback: New Zealand… A Dream Come True… « Roy Dot Com

  2. ismi arifah berkata:

    mohon pencerahan…kalau kita tempah air asia…perlu ke letak bin/binti??

  3. sheen berkata:

    thank you so much for this

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: