
Suasana Malam Hari Raya di rumah saya
Salam Pembaca….
Pertama sekali saya nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri.. Maaf Zahir batin kepada semua pembaca saya… mana tau ada yang tekena kutuk ke, apa ke.. Kiranya dah dua hari saya kembali bertugas dengan masih dalam mood raya dan mood kampung.. Buruk muka saya mengharungi jammed dari Pekan Karak di susur masuk LPT sampai ke Bentong ahad lepas. Ada laa dekat sejam merangkak sepanjang 7km tu. Untuk mengelakkan risiko tambah lagi sejam dua, last-last saya ikut jalan lama Bentong – Gombak sehingga ke Genting Sempah.. Main kona-kona sambil menghirup udara segar, ada kolam air panas, air terjun tepi jalan, pokok buluh senget kat tepi jalan kes orang ambik buluh buat lemang.. huhu…
Raya kali ni.. saya tak pergi mana sangat, sekadar jumpa kawan-kawan lama. ada yang dekat 20 tahun tak jumpa. mostly semua dah kahwin, tinggal jelaa set-set bujang terlajak macam saya ni dua tiga orang. Masing-masing seronok bercerita pasal kisah lama, ponteng sekolah agama petang, pergi mandi sungai, buat khemah pakai daun kelapa, masak nasi dalam tin susu..rebus ikan talapia kecik yang dapat masa memancing kat sungai, macam-macam lagi la. Satu yang masih saya ingat yang saya ni suka sangat main api, parut kat jari saya masih ada sampai sekarang kes kena plastik cair, takut kena marah, dengan heronya saya cabut plastik tu, nampak laa isi putih.. huhu sakit ooo.. tambah lagi kalau nak cakap kat mak dgn ayah saya.. (main dengan dik mat la ni) hehe..Saya ada dapat artikel menarik yang membezakan kanak-kanak zaman sekarang dengan zaman duhulu, memang laa amat jauh bezanya..
1. Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?….hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .
mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah…
2. ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member
kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. Kat sekolah aku takde rasanya… yang ada time kene cucuk je.. siap diorang cakap misi tu bakar jarum lagi. saja je buat org cuak.
3.ni sure korang igt…program minum susu di sekolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu.
sekotak 30 sen jek beb…
4.cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan… kan ? Alfatihah untuk arwah cikgu Rani.. nak jawab soalan dia rasa macam kena matikan time bomb tu ( 10 saat je )
5. semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. kekadang 20 sen pun dapat
6.time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka stoking tebal laaa…
7. internet? email? Menda alah ape tu? ntah…. zaman tu aku main hantar-hantar surat je.. ada pen pal tau dari Singapore, Sarawak hehe… siap memfameskan diri lagi hantar gambar ke majalah Bambino
8. CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je. huhu first time aku tengok wayang dah besar dah.. tingkatan 4 tengok cerita Alien 4 kat wayang kerusi kayu kat Bentong.. zaman kak aku dok couple-couple hehe
9.kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls
yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, ‘Ti Kam’. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
10.tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim kat luar skola tuh… Tak pun kayuh basikal pergi kedai Mara
11.lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan.
budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
12.lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa….. kejar-kejar keliling padang pun kira dah cukup dah.
13. permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’,’Police & Sentry’, main kejar2 duduk…
14.kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen( ice pop namanya). yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 dia!
15. lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
16. bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. Zaman kita dulu tengok TV1, TV2, TV3 je.. balik sekolah petang kejar-kejar tengok cerita Gaban Zeck, Mask Rider, cerita Ninja pun ada gak.. ganas cerita tu.. siap kita tiru lagi buat bintang dia pakai tin huhu…
17.AIDS wujud sejak diorg lahir.
18. CD pun wujud time diorg lahir.
19. Michael Jackson dah putih dah time tu.
20. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih atau hijau utk sebuah komputer.
21. Diorg tak penah tau pun, Micro Genius ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.
22. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih…. dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
23. dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone…
hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok budak2 sekolah rendah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2
kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…
Itula serba sikit kenagan masa kita kecik-kecik dulu.. aku tambah sikit apa yang kurang dari artikel sebenar.. So hargailaa kenangan lama kita.. kerana dengan kenangan itu lah mengajar kita erti dewasa.