Eurotrip 2014 – Croatia, Hungarian & Canadian hospitality.

image

Klasik rumah ni… rumah peninggalan keluarga host saya di Zagreb

Assalams pembaca..

Semakin bergerak ke barat Eropah maka semakin maju dan mahal kos perbelanjaan di sana. Namun Croatia dan Hungary masih di kategorikan masih rendah. Kalau mkn boleh lagi rm20 sekali di restoran. Kebab dlm RM10 je..

Saya di Zagreb tinggal bersama host Couchsurfing selama 2 mlm.. Bakal doktor yg nak exam pada hari kami berangkat dari rumah dia.. Genius dan hampir semua topik dia tahu.. Boleh cerita sejarah 100 tahun negara bekas jajahan Yoguslavia  yang hanya 1.5% populasi Muslim. Boleh cerita semua genre muzik kat dunia and his English is damn good… Saya belajar buat salad tuna dan telur dgn dia.. 5 min boleh siap hehe..

image

Buda -river – Pest.. View dari Cave Church

Masuk ke Hungary.. Dlm EuropeanNation membolehkan saya travel di Eropah barat tanpa perlu cop pasport lagi. Namun Hungary masih tak dpt bersaing dgn negara kesatuan yang lain.. Masih banyak isu politik dan juga sosial terutamanya dari golongan etnik Roma atau dikenali puak Gypsies. Etnik ini agak terkebelakang mungkin disebabkan cara hidup mereka sendiri sebagai aborigin. Namun satu yg menarik mengenai Hungary ialah rakyatnya yg mempunyai sejarah yg lama dan istimewa. Rata rata rupa paras Magyar atau Hungarian ini sedap mata memandang.. Dengan rambut hitam dan mata kelabu atau hitam dan bulat. Bahasa mereka adalah Magyar yang jauh berlainan dari rumpun Dutch, rumpun Yoguslavia seperti Bosnia,  Croatia dan Serb dan juga rumpun Rusia,  satu satu negara yang ada bahasa nya yang tersendiri. Ini kerana bangsa yang mula menduduki negara ini ialah dari Asia iaitu dari etnik moghul dan hasilnya sekarang bercampur dgn bangsa Eropah yang lain.

image

Church yang pernah jadi masjid masa zaman Uthmaniyah

image

Bekas mimbar masjid di dalam gereja ni.. kat travel phamplet ada tulisan Allah, tapi dah di padamkan kot

Namun kesan penjajahan empayar ottomans masih ada. Ada gereja di sini City Parish Church pernah dijadikan masjid namun bertukar semula menjadi gereja selepas kejatuhannya. Namun mimbar nya masih dikekalkan. Dalam tourist guide masih ada tulisan Allah tu namun bila saya cari tak jumpa pulak.. Ada mimbar je.

image

Welcome dinner, salad dan vegetable egg quicht (pai)

Pengalaman bersama pasangan dari Kanada dan Hungary bersama anaknya 7 bulan memang betul betul menunjukkan semangat one world.. Bukan hanya 1 Malaysia je nya :-)  mereka bekerja keras membuatkan saya dan kawan saya selesa.. Siap beli cermin,  sandal supaya kaki tak sejuk dan kami adalah org pertama yg dia host melalui Couchsurfing walaupun dah byk dia ajak geng geng dia lepak rumah dia. Kepercayaan yang diberikan kepada kami amat tinggi sampai dia siap bagi kunci rumah lagi.. Sebab rumah tengah bandar jadi dia tak perlu bawak kami jalan jalan.. Satu yang menarik ialah cara didikan yg dibuat,  anak nya yang tidak diajar langsung menonton tv,  semua aktiviti fizikal dibuat sampai la budak tu mengantuk tidur. Sebab tu la wife dia tak kerja..

image

Gini gaya mintak sedekah pun ada.. huhu

Hitchhiking

Plan asal saya nak try hitchhiking dari Budapest ke Vienna,  kat tepi highway jumpa la senior hitchhiker. Dah satu dunia dia hitchhike,  siap lepak kat indonesia 6 bulan,  siap boleh cakap melayu la dgn kami sikit sikit. Namun sebab pertama kali,  samada org local kurang friendly, masalah bahasa atau just because we are Asian, so lepas dekat 5 jam last last boring kami naik train.. Huhu melayang 30 Euro. Takpe cuba lagi di negara yang paling senang hitchhike iaitu German. Bercakap pasal train ni,  dlm perjalanan dari Zagreb ke Budapest saya bertemu dgn Daniel dari Canada dan Philip dari Croatia yang dah mcm Amerika speaking nya. Daniel true backpacker yang beli Euro pass utk travel seluruh Europe selama 3 bulan kot sebelum hitchhike di Israel.. Resign dari jadi tukang kayu dan layan blues dgn tulis journal dan baca novel sampai nangis nangis haha..

image

Daniel (kiri).. hardcore backpackers..

Simple life dgn hanya backpack kecik dia dgn khemah tapi dressing punya smart, siap tie in lagi ..dah boring baru tidur hostel. Mkn pun roti keras besar lengan tu, Indomie, pisang dan sosej segera. Peramah walau pun delay jugak la otak nak proses dia cakap apa. Passport hilang masa night train kat Chech republic tu yg seronok dgr dia cerita tu.. Duit kat poket 2 euro je,  kedutaan pulak tutup kat 4 hari.. Kesian

Ok sambung lain kali pulak… Nak layan “The kindness of Stranger ” sampai nangis nangis pulak..🙂

image

Diorang panggil paprika, tapi mcm cili je rupanya

Railjet Express: Budapest – Wien
Austria border 20/05/2014 : 7:00 pm

p/s: Europe Trip 2014 – Part 3 of 6

2 Responses to Eurotrip 2014 – Croatia, Hungarian & Canadian hospitality.

  1. teen berkata:

    Assalam saye nak tnye.kalau nak ke bosnia budget 3000 cukup tk pgi balik.dah berjalan.terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: