Release Tension? Pergilah melancong

Taman Tasik Taiping... tenang dan sejuk

Salam Pembaca

Nak cerita sikit pasal tempat-tempat menarik kat Malaysia yang boleh anda pergi kalau anda tension… Untuk hilangkan tension terutamanya bila penat bekerja,ada masalah peribadi, cara pertamanya ialah dengan mengaji.. itu cara terbagus :-). Cara yang kedua ialah dengan bermain dengan binatang, tak kisahlah kucing ke, arnab ke tapi kalau dia berak kat rumah, lain pulak tensionnye…Bermain dengan binatang mengikut kajian sains dapat menurunkan tekanan darah anda. Sebab tu kebanyakan mat salleh bela binatang kat rumah. Anjing buat macam kawan je.

Burung ni siap angguk-angguk mintak makanan.

Raccoon- berkuku dan bertaring tapi romantik dia ni

Jadi pergilah berjalan kat zoo atau taman-taman burung ke, taman arnab ke dan sebagainya, paling dekat kat KL ialah taman Burung di tasik Perdana ( Rm15 ) Kat situ anda boleh bagi makan burung Nuri yang garang tu.. Cara kedua boleh pergi main air sambil melawat mini Zoo seperti di Sunway Lagoon, Lost World Tambun atau A Famosa Resort dan paling jauh kat Bukit Merah Resort.  Bayaran kat Sunway LAgoon mahal sikit RM90 untuk semua taman, mini zoo dia pun anda susah sikit nak pegang binatang dia, so yang terbaik boleh pergi ke Lost World Tambun, Ipoh. RM30 je. Kat sana Petting Zoo dia menarik.. banyak binatang jinak-jinak dan mungkin tak pernah tengok. Tak situ Skunk je yang garang, silap-silap dia gigit dan sembur ekor busuk dia macam dalam kartun tu, hehe.

Guinea Pig - Satu-satunya babi yang boleh di pegang

ABC yang unik di medan selera belakang Balai Bomba Taiping. Tak berubah dari zaman aku matrik dulu lagi. 🙂

Kalau nak relax and easy boleh pergi Taiping, tenang dan penuh dengan taman, Taman Tasik Taiping adalah taman bekas lombong antara yang terbesar kat Malaysia, free je, dekat dengan dia ada Zoo Taiping ( tak free 🙂 ) dan anda boleh cuba makan ABC special yang unik kat situ. Tak berubah-ubah dari masa saya matrik kat situ 1997 sampai laa sekarang.

Picture of the day : Raccoon mix with dog = Racdog.. huhu. source : google image

Advertisements

Di sebalik kisah hitam Adolf Hitler

Ungkapan emas Hitler. Gambar : kredit untuk blog http://kelly3572.blogspot.com/

Salam pembaca, kisah ni aku dapat dari email, orang forward dan dia pun ambik dari blog seseorang, so tak dapat nak bagi kredit kat penulis asal dia. Berdasarkan cerita ini terpulang pada kita untuk memberi pendapat, tepuk dada tanya selera..

“Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : ” Ada dua sebab

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel .
Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Tentera nazi german belajar agama Islam

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Tentera nazi yg muslim bersolat di dataran Berlin sebelum upacara Nuremberg..

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Hitler bersama mufti Alqud palestin,Syeikh Amin Al-Husainiy membincangkan isu Yahudi. Dari sinilah hitler membenci Yahudi

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…

Mutfi menerima kawalan hormat dari tentera Nazi

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti.
Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan.
Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas… Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.”

Roydotcom: sambil tengok-tengok gambar Nazi kat internet, aku terjumpa satu link facebook mengenai pembohongan Holocaust, so korang boleh refer kat link ni. Gambar dia banyak sangat, so bagus korang rujuk saja cerita kat setiap gambar tu.

http://www.facebook.com/album.php?aid=25009&id=100000236773079&ref=mf

Dan kalau korang nak baca satu komen dari mat salleh rasanya Yahudi, Mark Bernadiner, PH.D.
Texas  yang dia post kat blog ni “Boycoot Israeli Good” boleh klik  link ni.. pasal holocaust dan apa yang barat percaya pasal Islam sampai sekarang

https://roydotcom.wordpress.com/2009/01/08/boycott-israeli-goods/

Europe Trip 5 – When in Rome

Potte ( Jambatan ) Vecchio di Florence. Tempat orang jual barang kemas kat kedai-kedai atas jambatan tu.

Assalamualaikum and Good Day

Syukur akhirnya dapat juga tulis entry terakhir Europe trip saya yang macam dah basi ni, sampai nak cerita pasal trip kat Malaysia pun tak boleh lagi.  OKlaa, seperti German, Perancis dan banyak negara Europe yang lain, kemudahan keretapi laju ~300km/j maksimum, dengan kekerapan yang banyak memudahkan pelancong bergerak ke seluruh Europe tanpa sempadan ( kecuali Switzerland yang memerlukan penumpang cop passport ). Macam saya dan isteri jarak  255km dari Venice ke Florence hanya mengambil masa selama 2 jam dan jarak perjalanan kami dari Florence ke Rome sejauh 278km, lebih kurang 1 jam setengah, lebih laju disebabkan jalan keretapi dia tak banyak terowong bawah bukit.

Piazza Signoria, macam satu kawasan luas yang penuh dengan muzium dan patung-patung lama

Pagi sebelum bertolak ke Rome kami berjalan-jalan di sekitar Florence yang dikatakan bandar keagamaan Italy, kerana penuh dengan gereja dan muzium.  Banyak patung-patung lama zaman Zeus di sini terutama di Plaza Signoria. Florence juga terkenal dengan produk kulit buatan tangan.  Barang kemas juga banyak dijual di sini iaitu di atas jambatan yang ada rumah kedai di atasnya dinamakan Ponte Vecchio.

Colloseum waktu senja... puas nak tunggu senja, dahla sejuk.

Kami check out awal pagi, kononnya nak ke Pisa pagi tu tapi tak sempat bila tengok jarak perjalanan keretapi dia agak jauh dan memeningkan bila terpaksa beli tiket keretapi kat mesin, lagipun tak habis study lagi huhu. Petang tersebut selepas ambil beg kat hotel Saya dan isteri bertolak ke Rome sebagai destinasi terakhir kami sebelum pulang ke tanah air. Sampai kat Rome saya membeli tiket untuk 2 hari bagi rangkaian metro, trams dan bas. Peliknya, tiket metro di Rome tidak dijual di kaunter tiket atau mesin tapi di kedai surat khabar ( tobacco and newspapers shop ). Puaslaa saya cari kat mesin untuk beli tiket tu, nasib la ada mamat Italiano tu tegur walaupun saya tak paham.  Orang Itali agak peramah dengan pelancong, ada yang jujur dan ada yang nak ambik kesempatan mintak tips, jadi hati-hati la.

Malang train ni kena conteng...

Metro di Rome tidaklah canggih sangat, ada 2 je rangkaian metro diorang. Ada juga trams, keretapi slow atas jalan, tapi lebih kurang macam bas je laa. Terkejut bila tengok satu coach metro ni penuh dengan grafiti, terus amik kamera snap gambar. huh teruk jugak vandalisme kat Rome ni. Satu yang menarik di Rome ialah dengan kebanjiran warga Bangladesh yang bekerja dan juga berniaga di situ, tidak seperti Malaysia, diorang bebas menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Kebanyakannya pernah bekerja di Malaysia, siap bagi salam dan tegur saya dalam Bahasa Melayu lagi. Kadar tukaran matawang yang tinggi menyebabkan mereka boleh hidup senang dan boleh kirim wang ke negara asal dalam kadar yang amat tinggi.

Jumpa jugak orang Malaysia kat Rome, siap selisih kat Florence lagi hari sebelumnya tapi tak perasan. Orang Malaysia yang kerja sambil study kat UK.

Petang itu kami ke Colosseum, satu tapak arkeologi terbesar di dunia dalam kawasan Forum Roman dan Palatino, kebanyakan tenggelam sepenuhnya di dalam tanah,  dan proses menggali dan membaik pulih dilakukan sehinggalah sekarang. Dengan tiket 13.5 Euro seorang, saya dapat melawat ketiga tempat ini dalam masa dua hari.  Tiket di beli secara online sebelum ke Germany lagi, so tak payah beratur panjang nak beli tiket.

Kawasan arkeologi Colosseum, Forum Roman dan Palatino, sehari suntuk baru habih jalan

Esoknya saya dan isteri sambung lagi berjalan kat Forum Roman dan Palatino kat sebelah Colosseum tu, rasanya dah berapa km dah berjalan sampai kaki pun dah sakit-sakit walaupun tak berpeluh sebab cuaca yang amat nyaman sekitar 14-20 degree Celcius. Tapi bila memikirkan peluang sekali seumur hidup, saya gagahi jugak la, jalan macam orang tempang, huhu.  Petang itu kami ke Vatican City, satu negeri bebas yang memerlukan permit khas untuk masuk ke dalamnya ( bukan ruang terbuka seperti yang kami masuk tu ) Ada pengawal berbangsa Swiss menjaga setiap pintu masuknya. Macam rasa dalam filem je bila teringat banyak filem dilakonkan disitu seperti Pink Panther dan 2012, walaupun sesetengahnya dibuat di dalam studio.

Trevi Fountain. gambar kecik scene dari cerita "When in Rome" kat air pancut lain...huhu

Hampir malam kami naik metro lagi ke Trevi Fountain, antara air pancut yang wajib di lawati di Rome. Orang sana cakap kalau kita buang duit dalam tu, nanti mesti kita akan datang balik ke Rome.  Macam cerita “When in Rome”, air pancut yang dimaksudkan tu bukan air pancut macam dalam filem tu, tapi air pancut yang kami pergi tu.. mungkin sebab tak dapat kebenaran, jadi diorang berlakon je di air pancut  roundaboard kat tengah-tengah kota Rome.  Fuh malam tu kami balik ke hotel dengan kepenatan maksima, kaki sakit tak ingat, sampai sapu ubat krim pun tak rasa apa. Esoknya kami balik dengan menyuruh tokey hotel kami yang baik hati ( Art in Accommodation – sebuah apartment yang diubahsuai menjadi bajet hotel 5 bilik, 85 Euro semalam, huhu ) telefon teksi. Dengan barang yang banyaknye, kaki sakit, memang tak larat dah nak naik metro dan train ke airport, melayang 45 Euro.

Video pengalaman sepanjang di Italy seperti di bawah:

Maka selesaila Euro Trip saya selama 2 minggu bekerja di Germany dan seminggu berjalan-jalan di France dan Italy. Tiga negara dengan tiga ragam dan perangai. Pada saya, saya lebih sukakan Germany, negaranya lebih tenteram, tak tahulaa sebab saya tak pernah pergi ke Berlin lagi, setakat Frankfurt dan bandar populasi Islam di Mannheim.  Tapi selama di Germany saya nampak rakyatnya lebih berhemah dan profesional terutamanyaa di jalan raya. Saya pernah di sapa oleh seorang makcik di supermarket yang membeli laluan kepada saya untuk bayar dulu sebab barang dia banyak. Di kawasan perlancongan Black Forest ada seorang driver siap buat emergency brake lagi apabila nampak kami mahu melintas jalan, huhu terharu sungguh. Mungkin agak sukar berkomunikasi tetapi apabila anda mulakan dengan sedikit bahasa Jerman dan English, banyak juga yang tahu berbahasa English rupanya. Tapi untuk shopping, antara tiga negara tersebut, Italy yang terbaik…

Secara ringkas bajet yang anda perlukan untuk seminggu trip kat Euro termasuk makan minum dan cenderahati adalah dalam 1000 Euro tak termasuk tiket kapal terbang. Secara ringkas belanja kami adalah seperti berikut

Tiket kapal terbang – tiket MAS mahal sikit, last minute beli untuk  wife sebab business trip. Anda boleh pakai AirAsia dalam lingkungan RM2000 pergi balik ke London. MAS RM4000 pergi balik ke Europe ( tiket promosi )

Tiket keretapi ( 2 org )

– Manheim -> Paris = 78 Euro

– Venice -> Florence = 58 Euro

– Florence -> Rome = 62 Euro

Tiket Flight Paris ke Venice = 197 Euro

Hotel : Paris 3 malam = 162 Euro , Florence = 50 Euro, Rome 2 Malam = 170 Euro

Metro Tiket Paris & Rome = 46 Euro

Tiket Colosseum = 27 Euro

Makan dan Cenderahati = 15 Euro x 7 hari = 105 Euro

Teksi ke Rome Airport = 45 Euro

Jumlah = 1000 Euro cun, kali tukaran matawang RM4.60 = RM4600 tak termasuk tiket kapal terbang.

Kalau kaki shopping tu kena bawak lebih sikit laaa. Takpun bersedia dengan hutang kad kredit… 🙂

Europe Trip 4 – Day 1 in Italy, Venice & Florence

Melancong selama sejam setengah di Venice. Antara terusan yang ada kat Venice

Assalamualaikum..

Penat hari ni, semalam jalan-jalan cari makan di Penang, melihat memori lama di Penang dan Taiping, yang penting ABC di Taiping tetap unik macam dahulu.. OKla semasa di Europe dahulu (April 2010), saya asalnya bercadang untuk menaiki night train dengan ‘sleeping coach’ iaitu bilik kecil dengan katil dari Paris ke Venice, tapi tak tahu apa masalahnya susah  betul nak dapat tiket keretapi tu secara online kat http://www.tgv-europe.com. Ada je problemnye, yang boleh dapat pun 2nd class dgn katil 3 tingkat seramai 6 orang sebilik.. Jadi saya pun beli tiket flight ( Low Cost Fare )  Easyjet dari Paris ke Venice berharga 197.00 Euro, nampak murah tapi mahal kalau tukarkan ke RM.

Nak dijadikan cerita, mungkin terlampau bergantung pada ketetapan waktu, bajet cun-cun untuk sampai ke airport, maka tertinggalla kami flight tersebut.  Ini kerana saya tidak ambik masa untuk membeli tiket metro, waktu berjalan ke stesen keretapi dan segalanya, semua bajet cun sangat, sampai hilang muka cun saya dan isteri  waktu bila kaunter check in dah tutup. Perjalanan kami dari hotel ke Paris Orly Airport mengambil masa 38 minit dengan manaiki komuter RER.  Flight kami berlepas pagi iaitu 7:50 dan kaunter check in tutup pukul 7:10, kami sampai 7:15, so melepasla. So sila ambil masa sekurangnya sejam perjalanan walaupun kat internet tulis kurang daripada itu iaitu 38 minit perjalanan dari Gare De Nord ke Paris Orly.  Dan jangan ingat flight kat Europe kita boleh buat macam AirAsia boleh nego, hehe.  Semua on-time. Alhamdulillah tak seperti AirAsia, kami boleh naik flight berikutnya pada pukul 1:00 ptg dengan menambah 100 Euro. Perjalanan selama 1 jam 40 minit merentasi  Benua Alps amat memukau apabila melihat salji keputihan, dan melihat Venice dari udara tatakala mendarat. Peramugari EasyJet yang berseluar panjang kemas juga membuat sejuk mata memandang berbanding peramugari AirAsia memakai skirt singkat yang amat menyiksakan

Rancangan awal kami untuk ‘Day Trip’ di Venice terpaksa ditukar menjadi ‘hour trip’. Untuk mengelakkan sesat, kami hanya berjalan-jalan disekitar stesen keretapi sahaja untuk mengelakkan terlepas keretapi ke Florence pada petang itu. Pertama kali menjejak kaki di Venice, kami disapa dengan seorang mamat Italy yang kononnya ingin menolong kami mengangkat beg dari stesen bas menyeberangi jambatan ke stesen keretapi, namun bila dah siap angkat beg naik turun tangga jambatan tu, dia minta 10 Euro.. huhu.. jadi hati-hati kalau tak mau duit melayang. Ini kerana Italy bukan negara maju seperti Germany Perancis dan England. Jadi kebanyakaan rakyatnya macam kat Malaysia jugak.

Selepas hampir sejam setengah berjalan kat Venice, hanya sekadar nak letak kaki dan ambik bukti bergambar petang tu kami bertolak ke Florence dengan menaiki keretapi laju seperti di German berharga 58 Euro untuk dua orang. Perjalanan selama 2 jam merentasi banyak terowong merentasi bukit bukau. Tiket ini juga dapat dibeli secara online, google je trenitalia.com dan paling menarik anda boleh cancel tiket ini bila-bila masa dan dapat duit anda (selepas dia potong sikit) terus ke kad kredit anda. Macam saya dulu dia potong 11.6 Euro dari 58 Euro selepas tukar ke tiket yang lambat sikit untuk ke Florence.

Hotel 50 Euro (Soggiorno Gloria) kami di Florence, gambar kecik dalam airport shuttle kat Venice Marco Polo Airport

Sesampai di Florence hari dah senja, jadi kami terus ke hotel yang berdekatan stesen keretapi, nasib kami baik sebab asalnya saya hanya tempah bilik kecil dengan tandas diluar, tapi diberi dengan bilik yang agak besar sekali tandas dengan hanya 50 Euro sahaja. Satu yang menarik mengenai hotel di Italy ialah lobi yang biasanya kat atas, anda akan diberi kunci pintu bawah apartment anda untuk ke hotel. Jadi kalau nak check in kena tekan butang, panggil orang untuk bukak kunci kat bawah tu.  Bila sampai di Italy, rasa macam di Malaysia pulak, ada pasar malam lagi. Kami berjalan-jalan disekitar hotel dan sempat tapau Pizza Itali Magherita di restoran Turki.

Europe Trip Part 3 – Day 3 in Paris

Montparnasse. Satu tempat mesti dilawati untuk melihat budaya dan kesenian Paris

Assalamualaikum,

Hari ketiga kami di Paris dimulakan dengan melawat satu pekan lama di atas bukit setinggi 130m iaitu Montmartre di utara kota Paris. Di atas bukit itu terletak satu gereja lama iaitu Basilica of the Sacré Cœur. Gereja berkubah putih ala-ala Taj Mahal, kekadang macam masjid pun ada.. huhu. Kami ( saya dan isteri je  sebab kawan saya sekeluarga shopping kat bawah ) mendaki tangga untuk naik ke atas walaupun ada kereta kabel yang pendek. Kat atas tu banyak la street artist yang akan menawarkan untuk melukis potret anda, dengan bayaran yang agak mahal.. sekurangnya 40 Euro.  Jadi saya dan isteri hanya berjalan-jalan disekitar melihat pelbagai hasil seni lukis pelukis di situ. Jadi terbanglaa 18 Euro saya dengan membeli lukisan cat lilin kota Paris, kecikje pun saiz 7R je. Kat bawah banyak kedai cenderamata yang menawarkan pelbagai t-shirt yang agak murah. Saya dapat beli T-Shirt original Le Tour De France tapi tahun 2006 la 🙂  dengan 5 Euro sahaja.

Apartment ni dibina pada tahun 1927. Agak-agak kalau kat Malaysia design macam ni tahun berapa ek? mmm...

Hik-hik no comment. Please appreciate arts ok.. bukan senang nak lukis tu

Selepas hampir tiga minggu tak makan makanan melayu yang bukan segera seperti yang kami bawak, saya bercadang nak makan kat restauran Indonesia berhampiran dengan stesen Metro Luxembourg. Tapi disebabkan kota Paris ni berkotak-kotak macam lego, jagi saya terpaksa ambik ambik street map dari Google untuk mencari ‘landmark’ yang sesuai kat situ.  Sebab Iphone takde, jadi sebelum keluar dari hotel saya tangkap gambar dari laptop saya untuk tengok kat luar nanti. Pergh.. memang puas makan. Wife saya makan nasi satu set, saya makan mee goreng walaupun mee goreng segera je. Walaupun bayaran hampir 30 Euro namun saya dengan wife puas makan, kira kenyang sampai ke malam la. Sebab lain mesti laa 30 Euro yang kami terpaksa bayar tu.. huhu.

Mee goreng dgn ayam masak hijau, sate sebatang dan nasi rendang satu set. "Kalau bapak mahu pedas kami berik cabek nya" cakap tokey dia.

Senat Building dekat taman Luxembourg. Banyak sangat taman kat Paris ni, syok untuk joging

Selepas kenyang kami berjalan kat taman Luxembourg di mana terdapat bangunan parlimen untuk bersidang. Bangunan itu masih dikekalkan sampai sekarang, berbeza dengan Malaysia sibuk nak bina bangunan parlimen baru.. huhu. Kami bercadang untuk melawat Masjid tertua di Paris, MosQuee De Paris yang di bina pada tahun 1921, Saiz sederhana walaupun terdapat Grand Mosque yang lebih besar. Walaupun keliru dgn jalan dia, akhirnya berjaya jugak sampai kesitu untuk buat jama’ dan berjumpa dengan pelbagai jenis bangsa di sana yang rata-rata dari Afrika dan Utara Algeria.  Berbeza dengan masjid di Mannheim yang hampir 100% berbangsa Turki.

Dengan penduduk selatan Perancis yang berasal dari Algeria

Masjid tertua di Paris, bercirikan zaman kerajaan Islam lama di timur tengah

Notre Damus Cathedral dan Paris di waktu malam dari Sungai Seine

Untuk hari terakhir, kami berjalan-jalan menyusuri Sungai Seine melihat Notre Dame de Paris ( maksudnya Our Lady of Paris). Gereja bercirikan Gothic ni ( konsep tajam-tajam) dibina pada 1163 dan disiapkan sepenuhnya sehingga 1345, fuh lama dah ni. Gereja ni terletak di atas pulau di tengah-tengah Sungai Seine. dan bukan gereja ni sahaja kat pulau ni, terdapat juga banyak bangunan lama seperti bangunan yang dijadikan ibu pejabat polis Paris. Permandangan kat sini memang indah. Banyak pertunjukan artis jalanan dan juga pelancong, saat yang amat sesuai untuk orang-orang bujang nak usha-usha “boys and girls”.

Saya mengambil waktu senja untuk menyusuri sungai Seine, dalam 40 minit “boat ride” tu kami boleh melihat dua suasana iaitu senja dan juga Paris di waktu malam. Tapi sayang saya tak perasan atau terlepas pandang untuk melihat monumem State of Liberty versi Paris semasa menyusuri sungai tu, kecik sangat kot. Akhirnya malam tu kami pulang ke hotel dengan segala lengoh di kaki dan perasaan malas untuk berkemas ke Italy dan berkemas pulang ke Malaysia bagi keluarga Haji Razak.

Nota: Video Pengalaman saya di Paris dengan sedikit pertunjukan Street Artist akan saya upload kemudian

Our Budget hotel- 54 Euro (2 person with separate toilet but attached bathroom ), and 90 Euro for 3 person (attach bathroom & toilet)

Update: Video trip saya kat Paris seperti di bawah


Europe Trip part 2 – Day 2 in Paris

Assalamualaikum..

Hampir 3 minggu tak update blog sebab outstation kat Bintulu, keje macam lembu sampai malam baru balik.. yelaa bila dah tua-tua ni macam dah tak larat dah nak outstation.. patutnya tua-tua ni jadi manager dok opis.. kan best..

OKlaa. Antara hobi saya adalah melancong, dan saya suka mencuba sesuatu yang baru dan mengenali cara hidup orang lain. 2 hari kat Paris agak memenatkan, siang malam kami keluar berjalan, dah tahniah kepada kawan saya sekeluarga, walaupun umur dah hampir separuh abad tapi masih kuat lagi berjalan.. mungkin sebab semangat europe trip yang memerlukan belanja yang amat mahal tu boleh hilang segala lengoh kat kaki..

Hari Kedua

Hari kedua di Paris dimulakan dengan sarapan Maggie dan mentelaah lingkaran Metro Paris yang bersimpang siur nampaknya. Linkaran Metro Paris tak sama dengan Google Maps, sebab Google Maps, peta dia ikut skala tapi Metro dia main lukis je, jadi kekadang nampak kat peta, stesen transit untuk ke Line Metro yang lain nampak dekat, tapi realitinya kami terpaksa berjalan jauh di dalam terowong bawah tanah untuk ke stesen yang lain. So kena rajin-rajinlaa check Google Maps sama… walaupun tak pakai Iphone anda boleh beli handphone yang ada Google Maps serendah RM500 sahaja macam saya. Tapi make sure kena beli prepaid line sana la sama. Beli pakej data serendah 10 Euro macam yang saya beli kat Germany (actually pinjam hehe) O2.de . Ini kerana agak susah untuk kita menyuruh diorang ni cakap ongputih, walaupun kita tanya budak-budak muda. Jadi mulakan dengan cakap Perancis sedikit dan kalau bernasib baik baru diorang layan. Tapi pada saya semua maklumat ada kat peta, google maps, signboard kat jalan dah cukup untuk anda melancong. Apapun kat hotel anda boleh tanya receptionist diorang sepuas-puasnya..

Ni la network Metro kat Paris.. ni belum termasuk network Keretapi ke seluruh Eropah lagi

Perjalananan kami pagi tu dimulakan ke Musee De Lourve ( Museum De Lourve ) muzium terbesar di dunia. Bayaran masuk ke Museum ni adalah percuma pada setiap hari Ahad pertama setiap bulan.  Dahlaa cuti easter waktu tu, cuti sekolah seminggu, pastu Early Spring pulak tu, jadi melepas la kami untuk masuk ke dalam muzium tu disebabkan beribu-ribu orang beratur panjang untuk masuk sampai kena buat kuota pulak… yelaa kalau diorang bagi semua masuk, mau tak roboh muzium tu jadi pasar malam… nanti saya akan upload video org beratur panjang nak mampus tu. Jadi macam biasa kami pun bergambar sakan je la. Yang penting bukti gambar kena ada.

Nampak tak orang beratur panjang nak masuk muzium tu... sebenarnya hampir keliling bangunan diorang buat barisan

Satu simbol premason macam dalam cerita Da Vinci Code.. hehe

Part time Tourist Guide, to make sure we are not lost . Besar tanggungjawap tu

Sebab dah tengah hari dan perut pun lapar, tambahan pula kawasan tersebut jauh dari restoran halal, kami pun bertolak balik ke hotel dengan naik Metro. Asyik-asyik naik metro je kami selama 2 hari kat sini. Kami beli 3 day pass iaitu Paris Vissite ( 12 Euro kalau tak salah ) yang membolehkan kami naik je apa-apa Metro, Bus, RER ( komuter ) kemana-mana tempat di Paris  untuk 3 zones pertama di tengah-tengah Paris. So tak kisahlaa nak sesat ke, apa ke. Tapi alhamdulillah kami tak sesat, cuma banyak masa je dihabihkan study map. Petang tu selepas makan kat Resturant kebab kat hotel kami pergi naik bangunan tertinggi di tengah-tengah Paris (Tour Maine-Montparnasse (Maine-Montparnasse Tower)  ke tingkat 56 ( 210 meter ) untuk melihat Paris dalam 360 darjah ( 11 Euro dengan 1 Euro diskaun dengan Paris Vissite ).  Melihat bandar yang terbesar di Eropah  dimana semua bangunan lama di jaga rapi. Kawasan perumahan apartment di satukan dengan bandar menyebabkan ianya kurang sesak berbanding Kuala Lumpur. Yang penting pengangkutan awam dia yang amat efisien mengurangkan kesesakan yang amat ketara.  Waktu menunggu setiap train ialah maksimum 5-6 minit sahaja.

Macam kotak lego je bandar lama diorang ni

Salah satu Stesen Keretapi untuk ke sekitar Europe dan France dari 3 buah yang ada. Gambar kecil Eifel Tower dan kawasan bandar baru di belakangnya

Lepas tu, dengan Metro lagi kami ke Arc de Triomphe, iaitu satu mercu tanda kat tengah-tengah roundaboard di Paris. Ada muzium kat atas nya. Kalau tak nak kena langgar, sila gunakan lorong bawah tanah untuk ke tengah-tengah roudaboard tu, so kena keliling dulu laa jalan kat tepi dia untuk cari terowong tu.  Bangunan ini di bina 1806 setinggi 50m ditengah-tengah roundaboard sebagai persimpangan untuk 12 jalan di tengah-tengah Paris.  Tapi roundaboard ni bukan di bina pada tahun 1806 ek.. jgn salah paham.

Gambar pokok ini diambik untuk cover construction yang ada kat Arc De Triomphe tu. Objek di belakang pokok tu sebagai pembolehubah sahaja..

Malam tu kami terus ke Eifel Tower.. tempat wajib dilawati di Paris.. Sebab binaan dia hanyala besi, so kami buat keputusan untuk pergi di waktu malam.. memang berbaloi walaupun mcm biasa kami tak berkesempatan nak naik ke atas dengan orang yang beratur ramai dan kaki pun dah penat dan lapar.  Lampu yang dipasang memang cantik, sebab tu Paris juga digelar City of Light. Dengna suhu yang dalam lingkungan 6-10 degree celcius, malam tu kami balik ke hotel dengan rasa tak sabar-sabar nak mandi air panas dan makan burger daging yang panas tapi tak pedas sebab takde sos cili.

Eifel Tower di waktu malam. Gambar kecik tu bila dia bukak lampu kelip-kelip laju yang amat terang tu..