Awas, penipu profesional ( scam )

Assalamualaikum,

Sebagai entry pertama selepas bertukar status, saya nak cerita sikit pasal sindiket mengambik duit orang secara penipuan ni. Kalaulah tiba-tiba orang hantar mesej ( terutamanya Mat Salleh ) nak berkenalan dgn kita samada melalui Facebook, Friendster atau Tagged, hati-hati tau. Boleh kenal-kenal, tak salah tapi kalau la mamat atau minah tu sibuk dok cerita pasal nak bukak bisnes kat Malaysia, nak hantar sample produk, layan je dulu tapi bila sampai dia mintak duit, hati-hati takut kalau termakan kata, melayang duit..

Ceritanya, semalam ada sorang mat salleh dari London mesej saya dari Tagged, kononnya nak berkenalan, so saya bagilaa email, kalau takat email saya tak kisah sangat pun YM pun boleh block dia kalau kita tak nak, so ptg semalam kami org chating-chating la, kononnya dah tua mamat tu 5o tahun umur dia, ex tentera, dia siap hantar gambar lagi, dgn wife, bini dia, anak dia. Sekarang buat family bisnes jual barang kemas dari London, chating punya chating dia nak pos brochure dgn sample barang kemas tu, siap beli t-shirt winter sales lagi kat saya. So dia pos la secure parcel siap dgn no pin lagi. Ptg semalam dia call kata dah pos then dia pun kononnya nak main golf kat Liverpool… huhu winter time boleh main golf tu…

Pagi tadi ada sorang mamat call, no local kononnya curier guy, dia cakap barang dah sampai KLIA, tapi kena bayar duti kastam dulu baru boleh ambik, dia mintaklaa saya bank in duit RM1500 kat dia, dia settlekan dan terus hantar ke saya… huhu, nasiblaa saya ni tak sebodoh tu  senang-senang je nak bagi orang RM1500, so saya hantar mesej ke mamat London tu Sir Roland Boyd namanya no HP dia 00447031870666. Ecehh…. dengan penuh tanggungjawap dia call saya walaupun waktu kat London waktu tu 3:00 pagi, itupun kalau betul dia dok kat London, berdasarkan no telepon tu memang ye… dia pelik kenapa kena bayar dan dia pun call laa mamat curier tu, then lepas tu dia call saya balik dan dgn rasa terkilan mintak duit, saya balas la saya takde duit, kalau nak saya amik barang tu, saya mintak dia transfer duit pakai Paypal.com. Dia kata dia takde access internet, so saya cakap takpe, biar je dulu kat Kastam, bila-bila dah dapat duit saya ambik sendiri. Dia takut barang dia hilang, siap suruh pinjam duit orang lagi.. hehe. Lepas tu saya balas ” not a problem for me”. Terus dia letak telepon.. hahaha.. So untuk check no akaun bank, saya pura-pura sms mamat kurier ni (mat salleh gak) minta no akaun, dia siap tanya bank mana yang paling dekat lagi, so saya minta maybank, so dia bagi no akaun maybank 1643-1531-0163 atas nama Adegoke Solomon Adel ( nama macam negro je ). Akaun tu saya check memang wujud, nanti ada masa nak trace dengan member saya yang keje maybank tgk transaction dia macam mana…

Memang macam menarik pada asalnye, ye laa orang ak bagi sample barang kemas dan konon-kononnya nak bukak outlet kat Malaysia dan kita jadi business  partner dia, sapa tak termakan tak? tapi syukur saya amik sikap berhati-hati, semua IM dengan dia saya archive, gambar saya simpan, so sesapa yang nak baca apa yang saya chat dengan dia boleh download file notepad kat bawah ni, sorry English saya tak sehebat mana… So hati-hati dan sebarkan pada yang lain OK…

Link untuk download apa yang saya chat dengan mamat ni, siap panggil brother lagi tu, boleh bukak terus kat browser sebab dia file notepad

http://dl.dropbox.com/u/2404264/IM%20with%20roland%20boyd.txt

Beberapa gambar mamat tu yg dia attach kat email dia b.roland50@yahoo.com

Gambar dengan anak dia kononnya

Ex army tu

Dengan bini dia kononnya, tapi dah bercerai, memang ayat power sungguh

Mesej yang dia hantar dari Tagged. user ID dia Roland B

From:Roland B

To:Me

Date:21 Disember 2009 10:34:55

Subject:hi

Message:

Hello Zairol,

Am Mr.Roland 50 years years from United kingdom and after going through your profile,i love to have a friend in  ur place because i have not been opportuned to be there before.Let me have ur email address and i will send u my pics and we can become friends and get to know eachother better.

Have a nice day and looking forward to hear from you soon.

Yours,

Roland

Update: aku ada tanya member aku yg keje kat Maybank, so dia kata akaun ni once duit masuk terus mamat tu bawak keluar, last transaction 10/12/2009. so ada byk jugaklaa orang yang terkena.. apa-apahal aku rasa nak suruh media bongkar laa kisah ni.. bagus jugak untuk peringatan ramai