Menjejaki Jutawan Senyap

Jutawan SenyapAssalamualaikum..

Lama tak tulis dalam blog nie, pertama takde masa, kedua takde idea pas tu ketiga malas he he. 🙂 Mmmm.. mungkin orang yang betul-betul bisnes minded je sesuai baca entry untuk kali ni. Dulu saya ada beli buku dari Dr. Rusly a.k.a Chef Li, murah RM19.90 je, sesuai untuk orang susah dan tak mampu beli buku. Ramai yang tahu dari tajuk buku nie tentu berkisarkan pasal jutawan senyap, tokey pasar malam, tokey mee dan bla bla… ala kalau kita tengok mostly orang-orang pasar malam nie mesti ada kereta besar, releks dan senyum je.. itulaa realiti, biar dipandang sebagai bisnes kelas bawahan tapi yang penting hati senang, takde hutang bank sebab semuanya bermula dari bawah. Bercakap tentang pasal bisnes kelas pertengahan, tergerak jugak hati saya untuk menyewa satu ruang atau kiosk kat Park City Mall, Bintulu, tup-tup sewanya sampai RM2000 sebulan, terus terkubur hasrat nak naik pangkat jadi businessman kelas pertengahan.

Rasanya tak perlu saya rumus mengenai buku nie, kepada sesiapa yang business minded saja yg boleh baca buku nie, cuma satu je yang saya nak rumuskan, kalau anda nak jadi businessman, maka berkawanlah dengan orang-orang businessman, kalau anda jenis makan gaji, maka berkawanlah dengan orang yg makan gaji, boleh kutuk-kutuk bos, bercerita pasal politik office.. ye tak? 🙂 Sebab ada kawan saya yang begitu tak setuju bila saya cakap saya mahu resign jadi businessman atau cari kerja yang lebih baik lagi, dia kata mana ada office yang bayar gaji kat kita RM1000 sebulan then kita boleh lepak-lepak, mengular-mengular then balik pukul 4:30.  Hati saya berkata “mmmm.. adakah dgn RM1000 tu hanya akan dibelanjakan aku hanya untuk bulan itu sahaja?….tanpa simpanan dan perancangan masa depan? Tak perlukah aku mencari sesuatu yang lebih baik dan lebih terjamin?” he he kekadang terfikir ada juga umat yang masih seperti berada di dalam tempurung emasnya dan tidak memikirkan apa yang berada di luar tempurungnya. Selesa mengharungi hari-harinya berlalu. Wallahualam. Sekian, Wassalam