Perjalanan Zamir Afiq ke dunia…

Baby Zamir Afiq sejurus selepas dilahirkan..

Salams Pembaca,

Esok genap seminggu anak pertama kami melihat dunia. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Hari Sabtu lepas dia dimasukkan ke wad sebab Jaundice, tetapi berkat kesabaran ibunya dan kekuatan susuan ibu, Zamir Afiq dah boleh keluar wad semalam (Ahad). Pada asalnya saya tidak menyangka baby Zamir ditakdirkan lahir kedunia pada 15 Mac 2011 kerana patutnya dia lahir pada 9 April 2011. Tetapi kami tetap bersyukur, sekurangnya ia dapat meringankan beban ibu yang mengandungkan dia selama 9 bulan.

Kami pada asalnya menyangka hujung bulan Mac ni, tetapi tanda-tanda awal telah nampak apabila pergerakan ke bawah baby tersebut telah bermula hampir 3 minggu lepas apabila cairan mukus bersama sedikit darah telah keluar yang menurut doktor adalah selaput membran di pangkal serviks . Pada waktu kandungan 35 minggu saya galakkan isteri saya hanya minum secawan teh daun raspberry dalam sehari atau dua.  Pada pemeriksaan doktor pada Sabtu 12 Mac 2011 iaitu pada waktu kandungan 36 minggu bukaan pada pangkal serviks isteri saya telah bermula tetapi tidak sampai 1 cm. Jadi saya galakkan isteri saya minum sebanyak 2 gelas sehari seperti yang dicadangkan oleh pengamal teh tersebut.

Tetapi dengan takdir Allah, pada kandungan 36 minggu 4 hari, isteri saya telah melalui minor contraction pada pukul 5 pagi sehingga terdapat kebocoran cecair amnion atau air ketuban yang keluar sedikit ketika membuang air kecil. Saya menyuruhnya bertenang dan selepas Subuh contraction yang sekata berlaku dalam selang masa yang sekejap iaitu dalam fasa 5 minit. Saya menyuruhnya sarapan seperti biasa dan minum banyak air untuk tenaganya ketika di labour room kelak. Yela orang dah sakit, tetapi itulah yang perlu dilakukan, jadi dia pun makan la karipap IKEA yang beli hari Isnin tu dengan sebiji goreng pisang dan kurma. Sebagai bekalan saya bawa bersama air teh daun raspberry bersama sebotol air mineral hasil doa orang tua kami.

Sesampai di hospital dalam pukul 9:30 pagi, setelah diperiksa oleh doktor, isteri saya telah mengalami bukaan serviks sebanyak 8 cm, tak sempat nak register, beliau terus di bawa ke labour room sebagai persedian untuk bersalin, semasa isteri saya berada di labour room pada pukul 10:00 pagi, saya uruskan pendaftaraannya ke dalam wad, nasib tak ramai orang. Semasa di labour room, isteri saya dipasang dengan alat untuk monitor degupan jantung baby dan contraction. Nampaklah turun naik contraction isteri saya, masa contraction kurang saya berikan dia air. Selepas beberapa ketika bukaan serviks menjadi 10 cm, cecair amnion dipecahkan oleh doktor dan alhamdulillah dengan 4 atau 5 kali teran, anak pertama kali selamat dilahirkan kedunia pada 11:10 pagi dengan berat 2.35 kg dan tinggi 46.5 cm, sesuai dengan ibunya yang kecil. Selepas di azan dan di qamatkan, maka bermulah kisah si kecil Zamir Afiq.

Seperti yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini, apa yang berlaku adalah kuasa Allah taala, jadi tak salah untuk kita cuba berikhtiar dan selebihnya berserahlah ke Allah Taala. Seperti yang saya baca mengenai khasiat daun tersebut, sekurangnya dari kajian yang dijalankan, terdapat juga majoriti bilangan yang mengamalkan teh ini mengalami pengalaman yang mudah dalam proses kelahiran anak mereka, namun tetap ada juga yang mengalami kesukaran dalam proses kelahiran anak mereka.  Sekian

Update on Raspberry Leaf Tea

Salam Pembaca..

Untuk pengetahuan semua, stok baru teh daun rasberri ini telah sampai. Expired date dia Nov 2013, sehubungan dengan ini saya akan jual stok lama dengan harga RM26 ( tinggal 1 kotak lagi ) dan stok baru dengan harga RM28. Ramai yang bertanya mengenai kos penghantaran.. Kos penghantaran ialah RM7 untuk 1 atau 2 kotak dan RM9 untuk 3-4 kotak.. Stok adalah terhad kerana masa penghantaran dari UK ke Malaysia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu…

Semalam ada seorang kakak yang menghubungi saya untuk membeli teh ini, dan ia telah mengamalkan teh ini beberapa ketika sebagai minuman tambahan yang memberi khasiat dalam mengatur kitar haid dan mengatasi masalah “Premenstrual syndrome (PMS)” atau bahasa kampung kita ialah senggugut. Saya kurang arif dalam masalah ini tetapi sekurangnya dapat mendalami apa yang berlaku ke atas isteri dan adik beradik saya. Maklumlah keluarga saya majoritinya perempuan :-). Menurut kakak tersebut, teh tersebut dibelinya dari Jepun dan 100% herba tanpa perisa. Berbeza dengan teh yang dijual disini, mempunyai perisa asli rasberri dengan kandungan 1%. Jadi anda boleh nikmatinya seperti minum teh biasa dengan rasa masam-masam sikit. Kepada kakak terbabit, anda dijemput untuk berkongsi pengalaman anda sama ada disini atau di bahagian Discussion Board di Facebook Fanpage “Malaysia Raspberry Leaf Tea”. Anda semua boleh klik kat bahagian atas kanan blog ini, dan klik “Like”.

Banyak juga pendapat mengenai masa yang sesuai untuk minum teh ini, seperti yang ditulis oleh banyak website mengatakan biasanya teh ini diminum pada minggu ke 32 kehamilan, dan sesetengah pendapat terutamanya dari pengedar teh “Heath & Heather”  ini mencadangkan supaya diminum mulai minggu ke 37 sebanyak segelas sehari dan ditambah sebanyak 2-3 gelas sehari mulai minggu ke 39. Jadi pada saya ini terpulanglah kepada anda kerana yang menentukan tetap dari Allah yang Esa. Mungkin juga faktor fizikal baby dan ibu yang mengandung juga harus di ambil kira terutamanya jika saiz tulang pelvis wanita tersebut kecil dan memaksa pembedahan Emergency Caesarean dilakukan apabila saiz baby terlalu besar.

Maklumat lanjut mengenai teh tersebut ada seperti gambar dibawah….

Product Specification

Company Profile and Product Overview

Expired Date