Nasyid Cara baru – Maher Zain

Maher Zain dengan Album "Thank You Allah". Alangkah bestnya kalau radio Era ke HotFM ke pasang lagu dia

Salams pembaca..

Hari ni dah hari kesebelas kita berpuasa… dah masuk pertengahan Ramadhan, bak kata khatib Masjid Pengkalan Udara Subang semalam cakap, waktu pertengahan sepatutnya amalan ditingkatkan lagi dan digandakan lagi bila masuk akhir Ramadhan nanti. Beliau membuat analogi dengan sukan dimana ada suku akhir, separuh akhir dan akhir dimana pada peringkat akhir semua bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Tambah beliau lagi beribadatlah kerana tanda syukur kepada Allah dan bukan untuk mengejar pahala semata-mata. Sebab itulah kita kena beribadat sepanjang masa dan bukan semasa Ramadhan sahaja.

Dengan teknologi perkongsian maklumat di Facebook ni macam-macam kita boleh tengok video yang kawan kita kongsi, maka terjumpalah saya seorang artis nasyid, walaupun dah lama tapi baru saya tahu. Maher Zain, berketurunan Lubnan dan berpindah ke Sweden semasa berusia 8 tahun sebelum meneruskan hidupnya di New York sebagai seorang artis. Saya begitu tersentuh dengan lagu Open you Eyes, sesuai dengan sifat saya yang suka memerhatikan alam ciptaan Allah, melancong dan memerhatikan kehidupan makluk lain ciptaan Allah. Jadi yang pasti rencana di Discovery Channel dan National Geographic menjadi tontonan saya hari-hari. Tambah dalam High Definition… fuh.. best.

Pernah saya terlihat kat Facebook lagi.. pasal video seekor singa yang tiba-tiba rasa bersalah apabila membunuh monyet yang sarat mengandung, dan terus dia jaga anak monyet yang terkeluar tu macam anak sendiri. Kuasa Allah taala dipertontonkan kepada manusia yang lebih teruk dari haiwan sampai anak sendiri pun nak buang… anda boleh saksikan video tersebut kat bawah ni dan juga video Maher Zain – Open your Eyes. Bukalah mata hati anda luas-luas. Semoga kita mendapat hidayahNya.

Kad Kredit kena Klon?

 

Hati-hati dengan duit keras ni...

Salam Pembaca..

Asalnya lama dah nak cerita pasal ni, tapi terlupa pastu tiba-tiba teringat tadi bila check hutang-hutang-hutang ( banyak ni ) kat internet banking. “Saya buat e-statement, sebagai sumbangan kecil saya untuk memelihara alam sekitar, anda bila lagi?” Iklan kejap. Oklah, bulan lepas saya dikejutkan dengan panggilan telefon pukul 6:00 pagi, sebab tengok nombor 03-2xxxxxxxx saya malas nak angkat, sangkakan orang salah nombor. Kemudian pukul 9 lebih saya dapat SMS dari HSBC suruh call diorang, huhu rupanya diorang call sebab kad kredit saya kena klon di Panama, jauhnye.. 1st transaction sebanyak RM6000 pukul 6:00 pagi, kemudian RM2000 lebih pada pukul 8:30 sebanyak dua kali. Alhamdulillah bank dah syak sejak dari 1st transaction lagi, so takdelaa saya kena bayar, mungkin bank kot yang kena bayar.. tu tak tau la pulak. Mungkin sebab saya dah inform bank bila saya keluar negara dulu.

Jadi saya suspek nombot kad saya diambil masa Europe trip dulu, dan kemungkinan besar di Germany sebab diorang masih menggunakan jalur magnetik tak seperti di Perancis dan Italy yang sudah menggunakan cip. Kalau pakai magnetik ni diorang “swipe” je untuk ambik nombor tu. Selepas sembang-sembang dengan member saya yang kerja kat HSBC, hati-hati bila tidur kat hotel yang pakai smart card yang kita pakai untuk bukak pintu bilik tu, kalau kad tu hilang, ataupun ada orang dalam curi, diorang boleh curi semua maklumat kita, nama, alamat dan nombor kad kredit kita dari kad tu pakai kad reader. Jadi bila checkout anda boleh padamkan segala maklumat kat kad tu pakai magnet. Tu member saya yang bagi tips ( kredit untuk Kamal Fahmi ). Tak salah kita mencuba kan?

Sambil dok cari gambar nak letak kat entri ni terjumpa pulak video ni… hati-hatilaa dengan kad kredit anda

Salam Ramadhan

Antara Fadhilat Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni dah hari ke empat kita berpuasa, belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Berpuasa. Kepada pembca blog ni, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki, Mana tau kot ada salah dan salah. Lambat sikit nak update blog, sibuk sikit.. harapkan hujung minggu je masa free sikit.. Bulan puasa laa katakan, semua kena kurangkan, kurangkan berjalan, kurangkan tengok wayang dan segala yang dunia tu, tapi tambahkan yang akhirat. Senang je kan.. buat yang terbaik dan termampu walaupun diri penat berpuasa, kalau tak ke surau, kat rumah pun jadi.. jangan bagi alasan tak pandai baca ayat lazim pulak masa solat terawih, cukup sekadar yang rukun kalau tak mampu…

Puasa kali ni ialah yang pertama buat saya sebagai suami, dah rasa macam satu tanggungjawap pulak, dan nanti raya pun yang pertama selepas bertukar status.. hehe doakan kesejahteraan saya OK..

Mmmm pengumuman untuk kaki melancong, sekarang ni ada MAS MATTA Fair sampai 17 Ogos ni, so boleh booking tiket melancong sekarang, tengok harga dia boleh tahan murah, diskaun sampai 50%. So bolehlaa merancang untuk pergi melihat keindahan Allah di luar dari tempurung kita hujung tahun nanti. AirAsia pun ada buat promosi tiket RM1, tarikh dia sama kot.. tapi masalahnya untuk perjalananan April tahun depan la.. huhu.. jauh lagi tu.

OK Selamat Berpuasa dan Menunaikan ibadat di bulan mulia ini.

Yavuz Sultan Selim Camii (Mosque): Teringat pengalaman pertama sembahyang jumaat ikut cara orang Turki kat Mannheim dulu