Hitchhiking…. Done!

image

Thanks Mike & Natalie… Single 425km ride from Prague to Berlin with free Mars chocolate

Experiment kedua saya untuk tengok setakat mana orang asing yang tanpa rasa keberatan dapat menolong orang yang baru dijumpainya dalam beberapa saat akhirnya berjaya.

Kali ni saya solo, kawan saya terus bergerak ke Amsterdam manakala saya bergerak ke Berlin. Kebetulan saya pun dapat host di saat akhir dan dia pun dah beli tiket bas, lagipun saya skip Paris, setakat nak transit je, Dari perspektif saya, solo traveler ni bagus juga untuk masing masing berdikari di negara asing pulak dan lebih adventure,  semua atas keputusan sendiri dan sebab sorang la mulut boleh jadi ramah sama.

Selepas cubaan pertama gagal, cubaan kedua saya hanya mengambil masa sejam, saya datang dulu tunggu kat hujung kawasan rehat sorang sorang, then datang minah senior hitchiker ni ala ala hippies sikit dgn beg kain nya. Dia nak ke Dressden dan saya ke Berlin, dia tolong tanyakan, kami pun naik sama tapi sebab yg tumpangkan kami tu pun couple muda, jadi kami share cost minyak, yang lawaknya driver tu awek kata nak ke area Dressden je, dia kata kat minah tu, orang Jerman. Tup tup bila minah tu keluar pakwe dia yg jadi co pilot (sebab tak pandai lagi bawak kereta) kata “we heading to Berlin”, “we just dont like that lady” balas awek dia.. haha, single ride to Berlin saya hari tu selama 4 jam. Kami pun sembang sembang sikit pasal buku yang saya baca tu, “The kindness of Stranger” dan reply dia cool sangat, “there is no such stranger, only a friend who haven’t meet yet”. Mmmm kalau la semua orang macam ni kan best huhu… Sesampai di Berlin saya di hantar ke pusat bandar, since esok baru saya menetap di rumah host saya, so lepak hotel dulu la lepas 3 minggu dah dok rumah org.. sesekali nak berhibernasi pulak…

image

Berlin Host, German and Portuguese from Brazil

Esoknya saya lepak rumah host Berlin saya, sebab dia ada awek kat usa, so english berabuk la, sorang lagi orang Brazil keturunan portugis, asal San Paolo, english kurang sikit.  Sebab diorg masing masing sibuk dgn kerja dan study jadi saya jalan pun sorang sorang je, hari kedua dan ketiga di Berlin hujan je memanjang, hari kedua kat rumah dia tak pergi mana pun, takat pergi grocery je.

image

image

Tembok berlin yang dah diruntuhkan dan yg masih dikekalkan

Berlin’s Scam

Berlin ibu negara Jerman adalah bandar yang penuh warna warni, dengan pelbagai warga negara kat situ menjadikan kos sara hidup di situ agak murah berbanding bandar lain di Jerman. Kedatangan saya disambut dgn scam org puak puak asia barat ni. Mula mula buat buat tanya jalan, suruh ambik gambar, lepas tu datang dua mamat lain kononnya polis katanya nak check saya dgn mamat tu, declare duit apa bagai, diorg tunjuk id tapi dlm plastic cover, tak jelas, diorg suruh declare duit, saya pun tunjuk la 20 euro, tu yg ada pun, haha ni kira nak pau duit byk byk la ni. So beringat ek sesapa yg ke Berlin, mcm mcm ragam. Jgn panik dan keep moving, tak yah lepak mana mana. Tak logik polis dari set set middle east…

Tadi masa hitchike lagi kelakar, mostly orang middle east ni (rasanya bukan Turkish)  buat buat takde duit nak isi minyak, siap bawak anak kecik kononnya, boleh pulak budak kecik tak duduk kat child seat kat Jerman ni. Yang lawaknya dlm 2 jam tunggu kereta nak hitchike, 7 bijik berhenti buat mende yang sama, siap nak gadaikan iphone la, cincin la, huhu.. Last last malas layan, “I don’t have money that why I’m hitchiking”.. Dengan tak dpt ridenya hari ni terpaksa la pergi naik bas ke Hannover pastu naik train ke Amsterdam.. Semua main redah je.. Check kat mesin train direct gila mahal sebab ada ice, last last naik bas separuh,  train direct ke Amsterdam separuh.. Murah la sikit.. Oklaa antara tempat yang mesti korang pergi kat Berlin ni ialah charlie checkpoint, tgk tapak tembok berlin yg memisahkan mereka dahulu, dan juga topographic of terror mengenai nazi dan hitler. Boleh berjam jugakla baca sejarah nazi dulu dulu.

image

Kisah pembunuhan 6 juta Yahudi dan 500 000 etnik Roma oleh rejim Hitler. Ada saya share quote Hitler dulu kat blog ni

image

Topography of terror… Yg free lebih diberi keutamaan pada saya

Rasanya entri Amsterdam saya tulih kemudian la… Macam dah panjang pulak.. Entri ni pun ditulis masa dlm train dari Hannover ke Amsterdam.. Pastu update sikit dlm bas ke Paris pulak ni.. Ada wifi bas ni,  layan jek Internet sampai Paris la..hehe

p/s: Europe Trip 2014 – Part 5 of 6

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: