Istanbul & Bosnia – Ottomans empire

image

Assalams pembaca..

Sekarang saya dgn member saya dlm train ke Budapest. 7 jam dan syukur kami tak terkandas kat Bosnia sebab dengarnya banjir kat sana teruk.
Anyway border control tadi senang tak mcm nak masuk Croatia,  sebab dah ramai org dlm train kot..

Ok,  selama 4 hari kami di Istanbul dan tiga mlm di Bosnia melihat kesan peninggalan empayar uthmaniah memberi byk maklumat berguna kat saya.. Tengok kesan bagaimana Sultan  Mehmet the Conquerer menakluki Istanbul dari Constantinople. Melawat bekas gereja yang dijadikan masjid dan muzium oleh Kamal Artartuk di Ayasofya. Sembahyang Jumaat pertama di  Ayasofya ni diadakan pada 1 June 1453 dan kemudian selepas hampir 500 tahun ditukarkan menjadi muzium pada 1 Feb 1935 untuk kajian arkeologi dan saintifik diadakan.. ( sumber papan maklumat kat dinding muzium 🙂 ).  Itu tempat yg wajib dilawati di Istanbul. Sejak dah byk direct flight je Istanbul dan terbaru dari Turkish airline., maka byk la org Melayu kita pergi sana, dan mcm biasa buat muka ketat,  senyum pun tak,  padahal sama sama ambik air sembahyang dgn kawan saya, kena tegur sebab salah tempat.. Mmm ntahla, lelaki Melayu terakhir kot..

image

Populasi Turki mengandungi 99% beragama islam dan 2%  daripadanya totally berfahaman sekular yg langsung tidak mempercayai tuhan cuma dilahirkan sahaja sebagai islam. Itu sumber dari Wikipedia sekadar utk pengetahuan sahaja.. Tapi yang menariknya masjid di merata rata tempat dlm 100 – 200m pun ada masjid, dan imamnya semua muda muda belaka.. Walaupun sekadar surau atau masjid kecik tapi menara yg tinggi tu tetap ada

Bosnia Herzegovina

image

Saya dari dulu lagi nak melawat satu satunya negara balkan yg hampir separuh beragama islam,  terbayang juga kalau lama lagi empayar uthmaniah ni mungkin banyak lagi bangsa Eropah Austro-Hungarians ni memeluk islam.. Macam cool je tengok muka mat saleh,  mata kelabu,  rambut kelabu atau perang pergi masjid atau pakai tudung..dan mungkin sebab perkahwinan campur buat lagi sedap mata memandang..

image

Tapi apakan daya sebab perang dunia dan juga terbaru penghapusan etnik oleh serbia menyebabkan banyak yg terbunuh dan kesan nya dpt dilihat sehingga kini. Negara ni antara yg termiskin di Balkan, tapi yang best nya semua jadi murah. Espresso saya minum pun hanya 1 BAM (Bosnian Mark) sama dgn RM 2.25. Di sebalik isu demographic yang masih panas namun rakyatnya boleh hidup bersama sehingga kini. Saya tak dapat host di Sarajevo jadi tak banyak dapat maklumat dari kaca mata rakyatnya sendiri.

image

image

Cuma mungkin sebab kemiskinan atau juga sindiket.. Tak tau mana satu, saya tgk ramai yg minta sedekah.. Even yang remaja pun mintak sedekah.. Prinsip saya utk tak bagi duit sebab takut sindiket,  jadi sebagai ganti kami bagi sedikit makanan kami, biskut ke,  pisang ke,  air jus ke.. Tapi diorg ambik je.. Ada mamat tu dua org mcm nak pau,  cuak gak tapi last last bagi biskut dia belah je hehe. Mungkin lapar betul kot.. Muslim katanya, good people. 🙂

image

Sepanjang trip kali ni hujan mengekori kami sejak dari Istanbul lagi,  dan sepanjang dalam keretapi ke Zagreb,  saya tengok sungai penuh dan melimpah dgn air yang sgt deras. Tup tup host kami di Zagreb cakap Bosnia banjir dan dlm keretapi ke Budapest ni ada mamat tu cakap sampai ada kematian dan ada yg kena diselamatkan pakai helikopter.

image

Ok.. Kena cari Internet pulak utk upload gambar dan entry ni . Nanti saya akan cerita pasal Croatia dan Budapest pulak.. Hidup seorang bakal doktor yang obses dgn muzik..

Croatia IC train 16 Mei 2014  4:30pm GMT +2

p/s: Europe Trip 2014 – Part 2 of 6

2 Responses to Istanbul & Bosnia – Ottomans empire

  1. natrah says:

    Assalam wrt bro, tumpang tanya, kalau travel ke B&H dan Croatia, 7 hari cukup tak? Ke terlebih? hehe.. btw, hostel mahal tak? perlu booking dulu ke sampai tu baru booking? dan public transport dorang murah tak?
    Tq in advance atas respon.

    • zairol79 says:

      Waalaikumussalam,   Cukuplah kot,  boleh buat Bosnia 3 hari Croatia 4 hari,  jgn lupa pergi ke coastal areas di Croatia,  bergerak melalui jln pesisir laut.  Kalau waktu bukan peak mcm winter dan spring tak payah booking hostel takpe,  saya dulu walk in je,  kos di Bosnia murah seperti di Malaysia,  Croatia mahal sikit je.. 

Tinggalkan komen