Roydotcom Berwajah Baru..

Salams Pembaca..

Sikit je saya nak update kali ni mengenai rupa dan pengagihan artikel dalam blog ini. Mulai sekarang saya telah kategorikan segala artikel mengenai perjalanan saya kemana-mana tempat di dunia ini di dalam kategori “Travelog”, manakala segala artikel mengenai “part time business” saya di dalam kategori “Raspberry Tea”. Kategori lain, lebih kepada coretan dan idea saya mahupun dikongsi dari orang lain berada di dalam kategori “Coretan”, “Ulasan” dan juga “Teknologi”. Anda hanya perlu klik pada taskbar bahagian atas blog ini untuk membaca mana-mana kategori yang berkaitan.. Untuk sesiapa yang berminat dengan produk teh daun rasberri boleh terus klik pada kotak Facebook Fanpage di sebelah kanan dan “like” untuk terus berhubung dengan saya. Selamat Membaca dan Terima Kasih.

p/s: best jugak baca kisah-kisah lama kat blog ni.. huhu..

2011 Travelog – Seoul with baby Zamir & Umar Part 2

Zamir dan Umar sedang berlakon dalam "Autumn in My Heart" di Namsangol Traditional Korean VillageSalam Pembaca..

Kebetulan idea bercurah di kepala dan video Seoul trip telah saya uploadkan di youtube malam tadi, jadi boleh laa saya sambung sedikit coretan mengenai lawatan ringkas kami ke Seoul. Selepas penat bergambar sakan bersama baby dan mak pak baby, kami berjalan balik ke Apartment kami setelah lepak-lepak kat Hangang Park, kononnya nak tgk Rainbow Fountain iaitu air pancut dari jambatan Banpodaegyo tapi tak sempat pulak naik ferri 7:30, ada yang 8:30 tapi air pancut tu last show dia pukul 8 je.. jadi takpela, lepak-lepak kat taman tu selepas kenyang makan nasi goreng udang yg harganya 14000 won kat Itaewon. RM40 tu. Kalau nak murah cari kebab takpun kena makan kimbap la. 2000 won pun dapat.

Rumah tradisional di Namsangol Hanok Village

Esoknya kononnya nak bergerak awal, tapi biasa la ada anak kecik kan, lewat jugak. Hari ni kira trip dgn tour bus la, tour bus ni berkonsepkan hop on hop off bus, kekerapan dia setiap setengah jam. So senang, boleh turun, cepat-cepat bergambar sakan pastu naik bas yang berikutnya. Kami pergi 4 tempat je, iaitu Namsangol Traditional ( Hanok ) Village, Seoul Tower, Dongdaemun dan Insadong.  Kesian baby Zamir, sebab dok kejar masa punya pasal sampai diaper dia tak tukar-tukar sampai malam.. habih bocor.. huhu. Untuk kaki shopping Dongdaemun adalah tempat yang sesuai untuk kelas pertengahan seperti kami, anda boleh beli jaket sejuk dari harga 10000 won sahaja, iaitu dalam RM28. Kalau untuk kelas atasan pergi ke Myeongdong, banyak butik-butik mewah kat situ. Lagi satu semua ‘shopping district’ kat Seoul ni memang super duper besarnya.. senang cakap ‘world largest’ la.. dan tempat dia ada kategori sendiri, nak cari baju pergi ke Dongdaemun, nak cari Ginseng dan aksesori kena pergi Namdaemun, barang electronik kena pergi Yongsan. Jadi banyak la tempat nak pergi kalau nak beli pelbagai barang. Satu ‘shopping district’ tu je dah berpuluh ekar luasnya, macam-macam komplek ada dan semuanya jual benda yang sama macam kami di Dongdaemun tu, jangan harap dapat cari cenderahati kat situ. Jadi dengan bantuan pakcik google, kami pergi ke Insadong untuk beli barangan kraftangan untuk dibawa pulang.

Nasib kami baik kerana dapat tinggal segala beg kami di apartment tempat kami menginap, kebetulan takde orang menyewa, jadi kami boleh balik bila-bila masa untuk ambik beg dan bergerak ke Incheon untuk pulang ke Malaysia pada awal pagi esoknya. Sebab kunci apartment pun pakai no pin, jadi takdela susah kami nak contact tuan rumah untuk pulangkan kunci. Selepas penat dan kelaparan sebab seharian makan roti je. kami bergerak ke Incheon dengan menaiki keretapi express AREX terus ke Incheon airport nak naik semula keretapi komuter ke Stesen Unseo yang jauhnya 10 minit. Boleh naik komuter dari Seoul ke Stesen Unseo tapi kena transit 3-4 kali la, tiket murah tapi memang penat la dengan beg segala bagai. Kami menginap di Hotel SKY di Incheon, yang bestnya, van shuttle disediakan 24 jam ke airport ataupun dari stesen Unseo. Alang-alang ada perkhidmatan ni, kami telefon jugak untuk jemput kami di stesen walaupun kalau ikutkan jalan kaki pun sampai. Dengan menginap di sini sekurangnya risiko untuk tertinggal flight  kurang sedikit seperti yang berlaku pada saya di Paris tahun lepas. Jadi esoknya pukul 6:00 kami dah bergerak ke Incheon airport untuk flight 8:45 pagi.

The making of Kimbap. Kredit utk En. Fitri

Peta yang ditempek di lobi Hotel SKY, senang nak cari makan.

Bercakap mengenai telefon ni, anda perlu merujuk di internet dahulu cara-cara membuat panggilan di Korea, iaitu dari roaming telefon bimbit ke nombor talian tetap, sebab saya gagal menghubungi hotel dengan panggilan terus talian handphone ke hotel, tapi kalau saya telefon handphone tuan apartment tu boleh pulak. Last-last saya pakai skype untuk telefon hotel, nasib la ada pakej data. Disebabkan internet di Korea tersangatlah lajunya dan banyak free wifi di sekitar bandar Seoul,  anda boleh gunakan skype untuk menghubungi talian tetap di Malaysia dgn bayaran USD0.03 sen seminit dan handphone hanya USD0.07 seminit. Boleh check kat website skype. Kredit dia boleh pakai sampai bila-bila asalkan ada talian internet untuk menggunakannya.

Malam tu selepas menghilangkan rasa kebulur dengan makan mee segera, kami membujang tiga orang jalan-jalan di bandar kecil Incheon untuk mencari makanan yang boleh dimakan dan dibawa balik. Dengan bantuan staff hotel yang siap tulis kat kertas lagi dalam bahasa Korea untuk memudahkan kami berkomunikasi  mencari makanan untuk dibawa balik ke Malaysia, dahla satu hari makan roti je, jadi kami pun cari la sushi Korea yang dikenali sebagai Kimbap,  Kimbap yang asalnya adalah kek nasi yang diletakkan sayur, lobak masin dengan telur je, kalau special request baru letak benda lain seperti kimchi, tuna dan sebagainya. Ingatkan nasi rupa-rupanya pulut yang digulung dgn kepingan rumpai laut atau seaweed. Kami juga berjaya cari Kimchi kat 7-Eleven sebagai buah tangan, tak perlu susah-susah pergi ke Muzium Kimchi. Tak lengkap la perjalanan ke Korea kalau tak mencuba makanan tradisinya. Korean suka makan pedas, sampai kat tepi jalan pun boleh nampak sambal sotong yang merah menyala dijual macam tu je.

Rasanya itu je kot yang boleh saya coretkan di sini, sebab dua hari je pun. Kesimpulannya orang Korea ni peramah tapi dalam bahasa dia la, suka sangat pada budak kecil dan “willing to help” walaupun macam ayam dan itik gayanya. Tradisi dan sejarah diorang masih dijaga rapi dan yang bestnya saya tak nampak sorang pun orang Korea yang obesiti dan perut boroi-boroi macam kat Malaysia.. hmmmm.. tepuk dada tanya selera. Jangan naikkan lagi ranking obesiti di Malaysia sebagai tertinggi di dunia nanti selepas kita memenangi tempat pertama di Asia Tenggara seperti berita semalam.

Sekian… Untuk tengok video yang saya edit khas untuk percutian kami kali ini boleh klik kat link youtube kat bawah ni. Huhu, tak pasal-pasal layan K-Pop semalam. Untuk part 1 boleh klik link ni https://roydotcom.wordpress.com/2011/11/14/2011-travelog-seoul-with-baby-zamir-umar-part-1/

2011 Travelog – Seoul with baby Zamir & Umar – part 1

Autumn at Gyeongbokgung Palace - 14 degree celcius max..

Assalamualaikum dan good day

Sebagai permulaan, blog roydotcom mencapai hits disebabkan entri Europe Trip saya pada tahun lepas, banyak yang bertanya bermacam-macam persoalan mengenai rancangan mereka untuk ke Europe terutamanya apabila Air Asia mula membuka laluan penerbangan ke London dan Paris. Terima kasih saya ucapkan. Moga dengan perkongsian ilmu ini menambahkan lagi ilmu di dada saya dan beroleh berkat.

Ok, kali ni saya nak cerita travelog yang lain sikit dari yang lain, melancong bersama bayi yang kecil ( tak sampai 8 bulan ) dan penggunaan telefon pintar sebagai rujukan. Saya telah membeli tiket untuk ke Korea ni pada tahun lepas lagi iaitu dengan harga RM1300 untuk 3 beranak. Persediaan saya kali ini agak berlainan sedikit dimulakan lebih kurang sebulan sebelum melancong untuk tempahan hotel di booking.com dan dalam 2 minggu untuk travel itinerary termasuk untuk study map dan sebagainya. Anda perlu ingat, untuk ke negara yang tidak menggunakan abjad roman sebagai tulisan rasmi agak sukar dan berlainan apabila anda melancong ke negara yang sekurang-kurangnya kita boleh baca tulisannya dan ada bunyi walaupun sedikit. Jadi google map kurang membantu saya dalam hal ini. Jadi laman web rasmi visitkorea lah yang paling banyak membantu saya untuk merancang perjalanan kami.

Jihachu, Seoul subway.. so nampak kita kat mana..

I-Tour Seoul, Map dia dalam English tapi kena on Data Roaming la, kalau x setakat baca tempat menarik je

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami melancong dalam 5 orang dewasa dan 2 bayi, Jadi untuk ke bandar Seoul yang jauhnya sejam perjalanan memerlukan kami menyewa van teksi. Jadi sebelum bertolak saya telah meminta tolong dari tuan apartment tempat kami sewa untuk menyediakan van teksi untuk kami, jadi sampai di balai ketibaan dah ada orang yang memegang kertas tertulis nama saya. Masalah komunikasi di sini amat susah, rata-rata orang Korea tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris. Jadi saya menggunakan sepenuhnya bantuan dari tuan apartment dan juga staff hotel untuk membantu kami.

Berbalik kepada penggunaan telefon pintar.. walaupun kebanyakan telefon di Korea telah menggunakan perkhidmatan 4G CDMA, namun masih terdapat perkhidmatan 3G yang membolehkan pelancong menggunakan perkhidmatan roaming di Korea. Telefon GPRS tanpa 3G tak boleh guna langsung. Saya telah diberi iphone oleh company saya untuk bekerja dan saya juga diberi oleh Maxis sebuah telefon pintar ‘percuma’ ( ala.. ada kontrak sebenarnya ) untuk talian peribadi saya. Jadi kebetulan ada dua telefon pintar, jadi saya gunakan sepenuhnya. Sebelum pergi saya telah download pelbagai ‘apps’ untuk iphone dan juga android saya seperti “i Tour Seoul”, Jihachul, Seoul Bus, pelbagai kamus dan pelajaran bahasa Korea. Semua jadi mudah tanpa perlu buka map dan juga kertas. Travel plan saya simpan sebagai PDF di dalam telefon saya. Tapi yang jadi masalahnya ialah ‘roaming data’, oleh sebab kami hanya berada di Seoul selama 2 hari jadi saya telah langgan dari Maxis unlimited data roaming dengan harga RM33 sehari. Kalau 3 hari dapat RM88, Boleh check kat website Maxis. Ini membolehkan saya menggunakan semua aplikasi yang memerlukannya internet untuk berfungsi sepenuhnya terumanya peta. Tapi pada saya ‘once’ kita dan biasa dengan lokasi di Seoul buat hari pertama, untuk hari keduanya dah tak jadi masalah kerana kita boleh gunakan subway sepenuhnya untuk bergerak. Jangan risau kebanyakan papan tanda di Seoul dah ada tulisan dalam English.

Cheonggyecheon-stream, bila sungai Klang nak buat macam ni

Hari pertama kami di sana agak kacau sikit disebabkan kami belum lagi membeli “Seoul City Pass” yang membolehkan kami menggunakan “tour bus”, bus dan juga subway sebanyak 20 kali sehari. Jadi sebagai pengajaran anda perlu membeli terus pas itu setibanya di airport. Tidak seperti Singapore, “Seoul City Pass” hanya akan diaktifkan pada tap yang pertama dan bukan semasa anda membeli pas tersebut. Banyak masa kami terbuang untuk mencari Tourist Information Centre, yang lawaknya ada sesetengah orang di pondok Information tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris. Last-last kami terus ke ibupejabat Tourism Korea untuk bertanya mengenai kad itu, tetapi malangnya kad tu dijual di tempat lain pulak, ding dong kami berjalan nak cari Tourism Centre. Nasib dekat dan betul-betul di kawasan hot spot pelancong. Jadi sambil menyelam mencari Tourism Centre kami sempat minum air melihat Gyeongbokgung Palace dan Cheonggyecheon Stream, Sungai di tengah-tengah kota Seoul yang bersih dan dihias sebegitu cantik. Kebetulan waktu tu ada pesta tanglong, lagi cantik dan amat lah ramai umat manusia di situ terutamanya waktu malam. Yang menarik di sini ialah dengan kewujudan surau di ibu pejabat Korea Tourism, jadi anda tak perlu pergi ke Itaweon untuk sembahyang di sana.

Hangang Park, River cruising boleh naik kat sini utk tgk rainbow fountain.

Selepas membeli “Seoul City Pass” untuk satu hari, kami bergerak ke Itaweon untuk makan malam dengan menggunakan point to point ticket. Agak melecehkan terutamanya untuk transit ke subway lain kerana kami perlu keluar dulu dari platform, beli tiket baru dan masuk semula untuk transit ke subway lain. Biasa orang Korea akan menggunakan T-Money ( macam Touch & Go ) untuk bergerak. Tapi sebab kami hanya membeli “City Pass” untuk sehari sehaja, jadi terpaksalah simpan untuk hari esoknya. So jangan jadi macam kami, kalau anda bercadang nak pakai subway, beli terus “City Pass”  mengikut hari anda berada di Seoul.

Baby Zamir dgn Umar amat famous di Seoul, semua orang suka usik dia. Dengar kata Korean love kids. So boleh ambik buat bibik ni.. hehe

Akhir kata, bila melancong dengan baby ni agak penatla sikit, tak boleh terkejar-kejar suka hati, Keperluan anak kecil kita kena jaga juga, ada je peluang terus tukar lampin dia, kalau tak jumpa baby room, gunakan je tandas untuk orang cacat untuk tukar lampin. Yang penting jangan lupa bawak stroller, beli yang kecik dan ringan. Untuk makanan, anda boleh beli yang dah ‘ready made’ dalam botol tu, terus suap ke mulut, sebab cuaca sejuk, jangan lupa bawak air panas sama dalam thermos untuk dicampurkan sedikit dengan makanan tu. Oh ya, dan bersedia untuk mendengar baby menjerit atau menangis apabila flight start ‘descending’ untuk landing hehe.

Tamat untuk part one.. Nanti saya sambung untuk part two pulak…