Mendidik anak di zaman milenium

               Salam Pembaca.. Hari ni saya nak maju ke depan sedikit, membayangi dunia perkahwinan bersama anak-anak walaupun saya ni bujang trang tang tang lagi. Artikel ni saya dapat mmm ntahlaa, dari mana ntah, email kot. Bagus untuk parent yang baru ada anak dan yang akan ada anak. Kalau yang takde tu bersedia la, last-last ada jugak, kalau takde jugak cari anak angkat ye.. 🙂 Mmmm memang susah untuk practice tapi perasan tak kalau tengok cerita-cerita family orang puteh, kalau parent gaduh mesti dia suruh anak dia gi main jauh-jauh dulu, then depan-depan anak-anak control baik, macam takde apa-apa belaku.. tapi kalau orang kita.. haa selamba je, dengan-dengan anak pun kena marah sekali.. mmm cuba-cuba laa renungkannya sebab didikan anak ni memang kena start dari awal.. (hehe macam laa saya ni dah byk pengalaman sgt)
maklumat lanjut atau anda banyak duit untuk hantar anak-anak untuk mempelajari teknik ni boleh layari

“Artikel untuk parent and parent to be..

Subject: Otak Kanan – Teknik Jepun Shichida Methods…

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas…yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu costnye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk
tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg
orang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku pun tengah try lagi ni…

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak…..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang.. Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.”

Misteri Selekoh Dua Beradik

“Hari dah menjelang tengah malam, Ikmal dan Amir masih memandu dalam keadan hujan yang renyai-renyai melalui jalan yang penuh dengan selekoh merbahaya dari Pekan Karak ke kampung kawannya yang terletak di Felda Sg. Kemahal berdekatan dengan pekan Triang. Hajat di hati untuk membuat kejutan terhadap rakan mereka di kampung tersebut yang akan melangsungkan perkahwinannya pada keesokan harinya. Datang awal untuk membantu apa yang patut. “Betul ke jalan ni Ikmal? Tanya Amir. ” Betulla, aku ikut je map yang Nizam bagi ni, kalau kita ikut highway Temerloh, jauh dalam sejam, kena bayar tol pulak tu”. “Ish, tak pernah seumur hidup aku ikut jalan kona-kona macam ni, dah la kereta sebijik pun takde, hutan sepanjang jalan.” Rungut Amir. Setelah membisu membiarkan Ikmal melalui beberapa selekoh yang ada, tiba-tiba Amir berkata perlahan, “Ikmal, bukan kita dah lalu ke selekoh tajam ni tadi?” Tiba-tiba mereka berdua terdiam, tambahan pula terdapat kabus akibat dari cuaca sejuk malam itu. Dengan seberapa segera Ikmal terus menukar siaran Radio Hit.FM nya ke radio IKIM FM untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran. Bulu tengkok masing-masing meremang apabila memikirkan jalan tersebut telah dibina pada zaman jepun dahulu disebabkan strukturnya yang bengkang bengkok. Masing-masing berdiam hinggalah mereka tiba ke rumah kawan mereka kira-kira setengah jam kemudian..”

Oklaaa, ada gaya jugak aku ni menulis cerita seram yek.. hehe bukan hajat saya untuk menulis sesuatu yang misteri mengenai jalan-jalan ini walaupun ada juga terdengar beberapa cerita yang misteri, namun pada saya semua itu adalah kerja syaitan, buat apa nak takut ye tak? Namun pada sesiapa yang belum pernah melalui jalan ini, anda boleh merasainya jika hendak ke kampung saya ataupun ke Pekan Kuala Pilah tanpa melalui Bahau ataupun melalui Seremban dan Bukit Putus. Pada orang yang tinggal di sekitar Gugusan Mendi dan Simpang Pelangai sudah biasa dengan jalan ini kerana dapat menjimatkan perjalanan tanpa melalui Highway Karan – Temerloh dan melalui bandar Triang. Dan jalan ini adalah jalan alternatif jika laluan Karak Temerloh banjir. Yang menarik pada km 35 dari pekan Karak, anda akan melalui 2 selekoh yang sebijik sama. Selekoh yang paling tajam disepanjang jalan ini dan agak mendaki. Kalau lori lalu, kita kena berhenti dulu untuk bagi laluan kepadanya. Sejarah mengenai jalan ini kurang jelas pada saya sebab orang kata jalan ni jalan lama, masa zaman jepun dulu-dulu.. Mmmm itu kena tanya orang-orang tua kat area situ laa..

Bangkok “Economy” business Trip

Suvarnabhumi International Airport

Suvarnabhumi International Airport

Salam Pembaca…

Siapa kata Bangkok bandar yang jammed teruk, mundur, dah tak sistematik?.. Saya pun berperasaan begitu dulu. Dan satu lagi orang-orang kata semua (abang aku rasanya hehe 🙂 highway kat Bangkok takde tol. Maaf, saya kena laa betulkan dulu fakta tu. Mana ada highway panjang-panjang kat dunia ni takde tol, mesti ada.. cuma amat murah. Contohnya macam saya dari Bangkok ke

Highway 4 lanes dari Bangkok ke Pataya

Pataya sejauh 120km hanya perlu bayar tol 60 Bath bersamaan RM6 sahaja. Dah ada pula highway bertingkat dari bangkok 3 lanes yang baru 60km siap, kami hanya perlu bayar RM5 sahaja. Semua highway di bangkok dibuat 4 lanes kecuali highway bertingkat iaitu 3 lanes. Dan saya amat kagum dgn highway bertingkat dia. lurus je.. dan kalau berani boleh speed sampai 160km/j seperti yang dilakukan oleh ejen company saya di Thailand.. hampeh betul.. kecut perut aku.

Pintu masuk ke Airport dari Jalan

Pintu masuk ke Airport dari Jalan

Airport kat Bangkok pula dikatakan sebagai terbesar di Asia Pacific dan baru je dibuka tahun lepas.

Balai Pelepasan Antarabangsa

Balai Pelepasan Antarabangsa

Design yang simple, tiada kemasan, namun itulaa yang membesarkan airport tersebut. Semua terdiri bari simen dan besi sahaja. Namun dia punya balai berlepas antarabangsa amatla besar dari hujung ke hujung ada la 1km dan penuh dengan kedai-kedai. Nampak dari luar macam kecik je. Satu yang perlu ditiru oleh Malaysia ialah mengenai pemeriksaan keselamatan dimana pemeriksaan keselamatan dibuat di pintu pelepasan masing-masing dan bukan dibuat banyak-banyak seperti di KLIA.

Jalan ke Balai Pelepasan

Jalan ke Balai Pelepasan

Pintu Pelepasan, semua besi dan kaca

Pintu Pelepasan, semua besi dan kaca

Ok cerita pasal harga barang pulak, makanan agak murah dan hampir sama dengan di Malaysia, gula-gula Mentos yang panjang tu boleh dapat dengan harga 10 Bath (RM1). Harga barang dikatakan kekal murah walaupun harga minyak diorang ialah RM3.00 seliter. Dan yang menarik teknologi BioDiesel telah digunakan dalam pengangkutan mereka. Walaupun RM3.70 seliter namun, ia menjimatkan dan boleh mengurangkan percemaran. Nampaknya negara jiran kita yang dulu kita kutuk-kutuk, dikatakan mundur tapi sekarang lebih mengambil berat pasal alam sekitar. Kita di Malaysia ni asyik dok ‘tidur’ je hehe… 🙂

Stesen Keretapi di sebuah kampung

Stesen Keretapi di sebuah kampung

Company saya asalnya ditugaskan untuk menolong ejen syarikat kami di Thailand untuk mengupgrade safety system untuk pipeline minyak disana yang sepanjang 300km (campur-campur yang cabang-cabang dia la) Pipe ini menyalurkan minyak ke pusat pengambilan petrol dan juga Jetfuel di Airport baru, Jadi berjalan-jalanlah kami hari itu, ke station-station dia. Sempat jugak saya masuk ke kawasan pedalaman berhampiran jalan keretapi, Sistem pengangkutan keretapi amat efisien. Dengan semua landasan berkembar dari Utara Thailand (Chiangmai) ke Selatan Thailand (Patani) membolehkan keretapi barang ke, orang ke, kontena ke, simen ke dapat lalu hampir setiap 15 minit. Jadi tak payahlaa lori-lori barang menyemakkan sangat highway-highway di Thailand.. mmm Itupun Malaysia tak nak tiru huhu 😦

Denngan pekerja Thailand Pipeline ltd. Nasib la dia boleh speaking sikit-sikit

Dengan pekerja Thailand Pipeline ltd. Nasib la dia boleh speaking sikit-sikit

Salah Satu Pekan Kecil dekat Bangkok

Salah Satu Pekan Kecil dekat Bangkok

Suvarnabhumi stands 6th in the 10 Most On-Time airports – ForbesTraveler

May 2nd, 2008
1. Haneda, Tokyo (HND): 90%
2. Narita International, Tokyo (NRT): 84.2%
3. Taiwan Taoyuan International, Taipei (TPE): 80.3%
4. Kingsford Smith International, Sydney (SYD): 80.1%
5. Hong Kong International (HKG): 79.7%
6. Suvarnabhumi International, Bangkok (BKK): 79.3%
6. Soekarno-Hatta International, Jakarta (CGK): 79.3%
8. Orlando International (MCO): 78.8%
9. Franz Josef Strauss Airport, Munich (MUC): 77.8%
10. George Bush Intercontinental, Houston (IAH): 77%