Apa nak Jadi dengan Internet Explorer..

torrentbar

Salam Pembaca..

Hari nie saya nak cerita sikit jee pasal dunia komputer nie.. berdasarkan apa yang saya lalui. Mmm mesti korang biasa surfing pakai Internet Explorer yek? mmm pernah tak ada masalah ketika surfing pakai Internet Explorer.. contoh, masa online payment dan sebagainya.. So anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan Internet Explorer kalau:

1. Nak beli tiket wayang kat wesite http://www.gsc.com. Masa nak buat payment tu dia hold sebab actually kita tak send pun lagi credit card information kita kat internet.. so berkulat laa kita tunggu..

2. Kalau anda nak layan online video dari http:www.torrentbar.com mostly dari TV series, macam Prison Break 3, Heroes, Smallville, Project Runaway dan sebagainya, jangan pakai IE jugak, sebab takde link Online Video.. pelik dan ajaib.. boleh pulak pilih bulu website illegal ni yek.. So dari kita download pakai torrent, bagus tengok online je. tak perlu tunggu lama-lama.. lain laa kalau kita nak buat koleksi ye tak?

Apa-apapun walau menyampah macam mana sekali pun, kadang kala kita terpaksa la jugak pakai IE terutamanya bila surfing website-website kerajaan ni termasuklaa website tempat saya belajar part time sekarang iaitu Open Universiti Malaysia.. huhu 😦

Sekian. Selamat Tahun Baru Tikus.. Drive carefully

p/s tak jadi pulak saya balik ke kampung saya kat Kedah.. tunda minggu depan gara-gara tak cukup korum….

Mythbuster… Pemanduan cara gila

trelerAssalamualaikum dan Salam Pembaca

Siapa yang balik kampung Tahun Baru Cina nie..? mmm saya insyaallah akan bawak kereta Suria saya ke Kedah, memenuhi hajat orang tua untuk ke kampung halaman mereka. Saya ada satu idea bijak tetapi bahaya untuk kita cuba bila kita bawa kereta terutamanya kat highway.. Apa kata kita cari treler ke, bas ke then follow dioarang paling best 5 ke 3 meter di belakang mereka, paling best cuba follow sampai ke titik “blind spot” hehe.. sebab dengan cara tu kita boleh menjimatkan minyak kereta kita sehingga 38%.. Tak percaya?… mungkin anda boleh cuba-cuba tonton mythbuster kat Discovery Channel. Berdasarkan sains Fizik, tekanan udara atau rintangan angin yang rendah di belakang lori truck atau bas ke menyebabkan kereta yang mengikut terlalu dekat dengan kelajuan 90km/h,  kurang rintangan angin dan mempunyai daya tujahan yang kuat. Jadi dengan cara itu minyak dapat dijimatkan sebab enjin kereta kita tak yah “ramp” kuat-kuat. Menarik bukan? Kita yang selama ni menyampah dok “follow” belakang bas atau lori mungkin akan bertukar fikiran… tambah pulak  kalau meter minyak kita dah dekat E, pas tu pulak kredit kad kita kena reject kat stesen minyak. Tapi pastikan anda betul-betul seorang pemandu profesional dan jangan gatal-gatal nak pergi cium bontot treler plak.. yelaa, tak nampak jalan, asyik-asyik tengok nombor plat lori je, mana tak ngantuk je tak.. dan pastikan brek kerete anda lagi power dari brek lori tu.. nanti tak pasal-pasal bukan minyak kereta yang jimat, umur anda pulak yang jimat he he.. Sekian, Selamat Bercuti dan Selamat Balik Kampung. Kepada yang bujang, rajin-rajin la pergi beraya minta angpau kat kawan-kawan Cina kita.. Sekian.

p/s : Untuk bacaan tambahan anda

http://www.discovery.com/area/skinnyon/skinnyon971212/skinnyon.html