Guten Tag Germany

Mmmm.. gambar ni kalau kat KL takde :-)

Mmmm.. gambar ni kalau kat KL takde 🙂

Assalamualaikum &  Guten Tag!

Mmmm rasa seperti tak caya pulak saya dah berada kat Manheim, Frankfurt, German. Baru Spring sekarang ni, tapi bunga tak keluar lagi.. suhu sejuk 10 – 14 degree celcius. Nak keluar at least kena pakai jeket.. Perjalanan selama 12 jam dalam flight betul-betul memenatkan.. lebam ponggong huhu… Selapas baring-baring kejap pagi tu, petang tu saya pergilaa bersiar-siar kat pekan Manheim ni, pekan lama, banyak bangunan bersejarah kat sini dan yang penting banyak jugak populasi Muslim Turki kat sini, so senang laa cari nak cari makanan halal sebab stok makanan tak bawak banyak sangat.. Ada Masjid kat Manheim ni dan dikatakan terbesar kat German yang katanya dapat menampung jemaah sampai 3000 orang,

Pilih je nak sembahyang kat bilik mana.. - Frankfurt Airport

Pilih je nak sembahyang kat bilik mana.. - Frankfurt Airport

tapi yang mencabarnya ialah bila berkomunikasi kat sini, macam ayam dgn itik je rasa. Semalam saya dengan member nak gi makan laa, puas cari restoran yang menu dia ada nombor, boleh main-main tunjuk je…. nak baca pun tak tau. so mahal la sikit kalau dalam Euro, tapi mahal bangat kalau convert ke RM. Nasi ala Turki 8.50 Euro, kalau convert ke RM x RM4.76 boleh buat makan seminggu tu. huhu. Saya siap bawak pocket book lagi nak beli roti kat kedai Turki.. kena gelak dulu hehe.. OKlaaa.. malas cakap banyak, untuk menjadikan korang semua jeles, so kat sini saya letaklaaa beberapa keping gambar sepanjang baru dua hari kat sini, ada lagi sebulan lagi.. huhu,

Berbeza dengan Malaysia, suasana bandar dia tenang je, tak serabut - Hotel saya yang sebelah kanan tu

Berbeza dengan Malaysia, suasana bandar dia tenang je, tak serabut - Hotel saya yang sebelah kanan tu

Kat tengah-tengah bandar Manheim, ada keretapi tengah-tengah jalan

Kat tengah-tengah bandar Manheim, ada keretapi tengah-tengah jalan

Antara sebuah pasaraya yang banyak menjual barang makanan halal. Milik orang Turki rasanya. Gambar kecik tu macam kenal tapi bila di belek-belek Made in Holland Conpius rasa.

Antara sebuah pasaraya yang banyak menjual barang makanan halal. Milik orang Turki rasanya. Gambar kecik tu macam kenal tapi bila di belek-belek Made in Holland Conpius rasa.

Ni parking kat basement hotel saya, hari ni kami orang boleh bawak balik kete dari Opis, tapi bukan kete ni laa, yang nak ceritanya parking ni boleh angkat jadi dua tingkat... itulaa german..

Ni parking kat basement hotel saya, hari ni kami orang boleh bawak balik kete dari Opis, tapi bukan kete ni laa, kami orang drive kereta VorksWagen je. yang nak ceritanya parking ni boleh angkat jadi dua tingkat... itulaa german..

p/s.. Ish boringnya channel TV kat sini, sampai spongebob pun bahasa Jerman, ada 33 channel tapi 3 je yang ada English, dua channel MTV 1 CNN.. huhu. buruk muka tgk CNN.. 😦

AntiChrist a.k.a Dajjal

labyrinthproof2Assalamualaikum

Malam jumaat lepas saya, fuad dgn kawan dia Fathi tengok cerita lakonan Nicolas Cage – “Knowing” Cerita dimana Nicolas Cage tu dapat satu memo yang disimpan dalam kapsul masa kat sekolah anak dia yang dapat meramal segala malapetaka secara tepat, siap dengan kordinat lagi dari tahun 50 an ke masa kini. Pastu siap dapat meramal hari kiamat lagi di mana masa tu matahari buat spike, orang sains cakap letusan supernova.. mm apa-apa la, so waktu tu semua akan mati. Yang lawak boleh pulak ada alien pilih 2 org terpilih ( the choosen ) untuk naik space ship untuk letak kat galaksi lain, kira Adam & Eve la tu. Haa itulaa cerita hollywood penuh dengan segala yang tersirat termasukla pasal antichrist ni.

OK berbalik ke tajuk atas tu, perasan tak dalam cerita Matrix, diorang ada sebut ‘Zion”, dalam cerita Lord of The Ring ada makhluk mata satu kat menara tu.Besar mata tu siap boleh zoom lagi. dan perasan tak apa maksud di sebalik perkataan Starbuck tu? Kenapa bangunan masjid dan sesetengah gereja termasuklah banguna capital di Washinton berbentuk oktagon dan ada kubah?

Itula propaganda Israel atau Yahudi sebagai penyokong besar dalam menyambut kedatangan Dajal. Starbuck di ambil dari  Star + Buck, Star bermaksud bintang adalah lambang Zionis dan Buck ialah duit membuktikan Starbuck adalah penyumbang besar kepada dana Zionis, Zion dalam cerita Matrix dari perkataan Zionis, dan makluk mata satu tu ialah Dajjal, Bangunan berbentuk kubah dah heksagon dikatakan dapt menarik unsur-unsur positif ( +ve ) manakala yang berbentuk piramid berunsurkan cas negatif. Sebab tu secara automatik kita akan berasa tenang apabila berada di dalam hutan atau di dalam masjid. Itula yang dapat dibongkar apabila anda menonton siri The Arrivals. Anda boleh cari kat youtube atau download full series kat torrent. The arrivals ini membongkar pelan dan persediaan bangsa ini untuk menyambut kedatangan Dajal sebagai tuhan sejak dari zaman dulu lagi. Bila dilihat apa-apa yang terdapat dalam dunia moden hari ini semuanya mempunyai ciri-ciri ideologi Zionist.

p/s Anda boleh download video dari website torrent ni

http://www.torrentreactor.net/torrents/2695300/Hashem%27s-Films-Excerpts-DISC-1 ( video ni juga sebagai tambahan kepada apa yang ada di youtube )

Sekian.