Smile.. You in TV3

Assalamualaikum dan salam pembaca… dok tengah sibuk-sibuk buat assignment teringat pula nak mengeshow video yang saya capture dari http://www.tv3.com.my Sabtu lepas masa dok baring-baring sambil mood ngantuk tengok berita 1:30 kat TV3, terdengar berita pasal masalah air kat Felda… ingat Felda kat area Triang, tup-tup rupanya kampung saya .. terus hilang mengantuk.. bingkas bangun telefon kampung kot-kot tertengok berita.. tapi diorang tak tengok.. then siap pesan lagi kat ayah saya suruh tengok berita pada malam tu.. hehe.. rasanya ni kali kedua Felda saya masuk tv.. mula-mula masa saya darjah dua ke tiga laa macam tu.. tupun masuk tv gara-gara nak pilihanraya umum…

Kali ni mengenai masalah air kat kampung kami.. mende ni dah lama berlaku 4-5 tahun dah.. sampai dah lali dah rasanya.. biasa bila saya balik rumah saya akan check air dulu.. tapi kalau bukan waktu cuti raya.. oklaa sikit.. sekurang-kurangnya selang sehari dua ada air.. tapi kalau waktu raya.. terpaksa buat catuan air.. dahla segala macam kelengkapan kena buat.. air takde.. dah jadi kebiasaan kat kampung kami pakai pinggan dengan cawan polisterin bila raya gara-gara takde air.. Mana-mana yang dekat balik rumah diorang dulu untuk mandi-mandi dan bersiap untuk raya.. kalau tak habih la air satu kolah yang sememangnya besar kat bilik air rumah kami tu.

Itula yang biasa berlaku kat Felda-Felda, mentang-mentangla kebanyakannya orang-orang kampung, tapi YB-YB ni tak ingat yang kebanyakan anak-anak Felda ni juga bekerjaya. Ada yang tinggal satu floor dengan staff-staff TV3 tau.. asalnya memang saya nak war-warkan kat TV3 isu ni, sementalah selalu berbual dengan staff TV3 tu masa nak pergi kerja.. tapi dah ada yang lebih terdahulu.. tahniah orang Felda Sungai Kemahal.. kita tuntut janji ADUN kita tu.. kalau tak pandai-pandaila kita lakukan apa yang “terbaik” untuknya.

2 Responses to Smile.. You in TV3

  1. jon berkata:

    undi la lagi penyangak tu…Melayu mmg senang/mudah lupa

  2. alissa berkata:

    betul tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: