Matlamat Menghalalkan Cara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mmmmm rajin pulak saya tulis blog kali nie.. mmm rasa bosan pulak.. Kerja tak banyak kat office. Berniaga dihentikan buat sementara waktu..belum dapat lubang lagi kat sini.

Akhirnya dapat juga saya configure wireless broadband internet izzinet saya kat Linux Ubuntu saya semalam atas pertolongan expertester dari forum Lowyat.Net. Thank Bro and thanks sebab baca blog aku hehe.. letak-letak laa komen yek.. Sememangnya saya ni pengguna blog dari zaman 1996 lagi lepas SPM. Zaman Linux Red Hat 5.1. Masa tu belajar cara nak install, cara nak masuk x-windows then dial internet.. yang lain buat sakit kepala jee.. Tapi Linux dah banyak berubah.. Kekadang jauh lebih bagus dari sistem Windows itu sendiri.. Kat bawah nie contoh Ubuntu 7.10 Gutsy.. Anda semua boleh download free kat http://www.ubuntu.com.

Ubuntu 3D

      Ehh.. macam dah lari dari tajuk laa pulak.. tapi kalau dibelit-belitkan boleh laa di simpulkan dengan isu cetak rompak ye tak.. Tapi kat sini saya nak cerita bab agama sikit walaupun saya ni agak jahil mende-mende macam nie.. Saya ni pun bukan laa spesis orang yang baik-baik… kekadang macam hantu gak, tapi masih ada sekelumit iman kat hati bak kata saya sendiri 🙂

     Surfing punya surfing semalam maka saya terjumpa la satu video dari youtube pasal Rosnah Mat Aris dalam rancangan Sensasi terbitan TV3 satu masa dulu. Dah lama dah saya cari video tu, tapi mungkin tak kesampaian kot.. Baru laa saya tau betapa biadapnya dia apabila memperkatakan bab agama. Macam orang mabuk pun ada rasanya..  Sampai audien pun macam tergamam je bila dengar dia cakap macam tu. Itulaa bila masing-masing berhujah agar apa yang mahu di hati dapat menghalalkan cara mereka.  Disebabkan jahil dalam agama, maka terhamburlah pelbagai kata-kata yang tak sepatutnya kita dengar.. Mmm malas dah nak ulas.. yang penting kita kena balik ke asas prinsip asas islam yang sebenar iaitu Islam, Iman dan Ihsan..( pinjam dari blog almaribuku.com)  tak payah dah nak ajes-ejas, tambah-tambah hukum lagi..

Oklaa kat bawah nie klip video yang saya paste dari youtube.. sama-samalaa kita renung.. Wallahhu a’lam

Download MP3 dari Website

Assalamualaikum..

Bar-baru ni saya diperkenalkan oleh kawan saya satu website yang memberi kita kapasiti sebanyak 5GB yang membolehkan kita menyimpan dan berkongsi dengan orang lain di internet. Jadi banyak la benda yang boleh saya dapat dari website tu terutamanya MP3.

Tetapi, baru-baru nie saya dapati website itu tidak membenarkan pengguna men download kandungan dari website itu sebarangan kecuali pengguna tersebut klik satu option bagi orang lain boleh download file tersebut. So, banyakla MP3 dan kandungan yang kita tak boleh download dan banyak la post dalam website yang bengang dengan pengendali website tu.

So setelah saya main-main sikit dengan website tu, maka masih terdapat cara yang membolehkan kita download terutamanya MP3. Sebab apabila kita klik pada lagu yang kita nak.. Ha sebelum tu.. kalau kita nak search, kita kena pastikan nama tajuk lagu dan artis betul dan detail supaya tak keluar benda mengarut nanti..

Sambung balik. bila kita klik pada lagu tu, dia akan mainkan melalui website pakai media player. Jadi kat player tu kita right klik, ambil properties dan kita copy location MP3 tu dan paste kan ke dalam Download Accelerator. Pas tu kita download laa lagu tu.. Senang je. Saya malas masukkan cara tu melalui forum kat website tu, nanti tak pasal-pasal dia blok pulak cara tu kan.. So selamat mencuba..

Esnips

Selamat Tinggal Bintulu

MLNG from top

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera..

Lama gila saya x update blog nie.. Bak kata perpatah.. hangat-hangat tahi ayam. Bukan apa.. sibuk gila sejak dua menjak nie.. nak ulas buku takde buku. Takkan nak ulas buku teks OUM tak..

Hari ni dah hampir 2 bulan saya bekerja di tempat baru di PJ. well.. jadi org KL.. kena biasakan diri dgn jammed, bawak kereta ciluk-ciluk, tekan-tekan hon.. dan selama 4 tahun 2 bulan di bintulu, banyak kenangan pahit dan manis di sana.. dari sebuah bandar kecil, tetapi bintulu sekarang benar-benar membangun menjadi bandar dengan caranya tersendiri.

Yang penting kenangan bersama-sama kawan-kawan yang semuanya best-best belaka kat Bintulu takkan saya lupakan. Pergi makan kat selera kampung, lepak-lepak kat Refah Cafe memang best…  Setiap hari saya sibuk dengan kawan-kawan yang sememangnya banyak kat sana. So.. jangan lupakan aku yek korang semua..

Sebagai kenangan saya akan meletakkan beberapa keping gambar dan video untuk di kongsi bersama kawan-kawan saya yang boleh di download melalui  website http://www.esnips.com.