Tshuss Deusthland

Kat Nesselwangle Lake, Austria. Musim sejuk tasik ni beku, so boleh main ice skating

Kat Nesselwangle Lake, Austria. Musim sejuk tasik ni beku, so boleh main ice skating

Salam Pembaca

Malam ni malam terakhir saya berada di bumi Germany ni selepas hampir 5 minggu menjalani rutin kerja dan jalan-jalan makan angin kat sini. Sedih ada seronok pun ada, sedih terpaksa mengharungi kembali keserabutan kota KL meninggalkan segala ketenangan kat sini. Seronok tentula sebab dah balik tanah air, dapat makan makanan Malaysia puas-puas. Nasib laa kat hotel ni boleh masak, at least boleh gak masak nasi goreng ke, packet food malaysia ke.

Macam tak kena pulak dengan entry ni, takpelaa bak kata oren.. letak gambar banyak2 je.. Kat Jerman pun ada kincir angin tau, bukan kat Holland je..hehe

Macam tak kena pulak dengan entry ni, takpelaa bak kata oren.. letak gambar banyak2 je.. Kat Jerman pun ada kincir angin tau, bukan kat Holland je..hehe

Tadi sambil kemas-kemas tadi layan jap siaran tertunggak 360 kat TV3 website…pasal drebar teksi, kerenah kat hospital kerajaan. mmm macam-macam perangai manusia ni, dan bukan kerja mudah nak ubah attitude orang ni. Mungkin kena tanamkan sedikit sikap profesionalisme dalam hati diorang ni… hidup biar berprinsip, bawak teksi berprinsip dan juga segala-galanya…

Neuschwanstein Castle.. atas bukit.. kawasan ni sebijik macam dalam cerita ala-ala Lord of the Ring, dengan ada jambatan rentas 2 gunung la..

Neuschwanstein Castle.. atas bukit.. kawasan ni sebijik macam dalam cerita ala-ala Lord of the Ring, dengan ada jambatan rentas 2 gunung la..

Kalau nak tengok gambar dalam, google je laa ek...

Kalau nak tengok gambar dalam, google je laa ek...

Oklaa nak cerita sikit pasal weekend trip last sunday. Penat walaupun bukan drive. Terletak lebih kurang 350km dari Mannheim, berdekatan dengan Austria, saya dengan client pergi melawat sebuah fairy castle yang model tersebut digunakan dalam cerita Cinderella. Milik King Ludwig II, di bina pada 1886. Memang besar tapi tak boleh laa menjelajah keseluruhan castle tu. Hanya tempat-tempat tertentu je. Tempat tu menjadi tarikan utama di Germany sehingga boleh mencapai pelawat sehingga 8000 orang sehari dan boleh mencecah sehingga 1.3 juta orang setahun. Masuk 9 Euro je ( bos bayar ) tapi dalam x boleh ambik gambar… nak masuk kat blog ni kena tangkap gambar dari pamplate je la…

Gambar yang ni penting, tanda dah masuk negara lain... tu bukan ostrich ye.. Austria dalam bahasa ongputeh nya. Biasa client ni bila nak habih keje, bawa bini datang bercuti.

Gambar yang ni penting, tanda dah masuk negara lain... tu bukan ostrich ye.. Austria dalam bahasa ongputeh nya. Biasa client ni bila nak habih keje, bawa bini datang bercuti.

Alang-alang dah dekat sempadan kami orang pergi ke kawasan pergunungan Alps tempat orang biasa main ski pada musim sejuk, memang menarik.. so tak payah cerita banyak.. tengok gambar je laa ek…

Sekian… nak tido pulak.. esok 12 jam naik flight.. huhu..

Today's Wallpaper... memang best laa kalau ada rumah kat sini.. kira rumah musim bunga je laa

Today's Wallpaper... memang best laa kalau ada rumah kat sini.. kira rumah musim bunga je laa

LuisenPark at Mannheim, Germany

Taman ni memang besar gila toksah nak cakap laa.. sedih bila makin lama makin kecik taman tasik kat KL tu

Taman ni memang besar gila toksah nak cakap laa.. sedih bila makin lama makin kecik taman tasik kat KL tu

Salam pembaca..

Sabtu lepas saya naik Trams ( train komuter yang atas jalan tu ) ke Luisen Park lebih kurang 3 km je dari hotel.. dengan bayaran masuk 5 Euro macam-macam ada.. ada taman burung, rumah tropika, padang pasir, taman rama-rama tropika, akuarium, taman cina dan macam-macam lagi laa.. tapi sayang sebab pergi masa dah nak abih spring, kalau tak boleh laa tengok bunga tulip lagi. Diorang dah start tanam bunga untuk musim panas dah.

Bunga baru tanam untuk musim panas.. kat sini binatang semua jinak-jinak

Bunga baru tanam untuk musim panas.. kat sini binatang semua jinak-jinak

“Itik tu siap nak kejar lagi perahu kami, video burung nak bagi makan anak dia…

Pastu dengan 1.50 Euro saya dengan member saya naik perahu yang tak payah kayuh. dia jalan sendiri macam keretapi pulak ikut landasan dalam air dia. pastu dengan ikan yang besar-besar lengan yang jinak dengan orang tu begitu mengujakan untuk dibuat lauk… Ikan spesis apa tak tau. macam kaloi pun ada.. yang penting mulut besar dan takde gigi… OKlaa.. enjoy gambar-gambar tu ye dengan video dia sekali..

Scene dari atas bot, buat wallpaper cantik ni

Scene dari atas bot, buat wallpaper cantik ni

Bila tengok pokok puding ni, teringat masa kecik-kecik dulu, penuh satu laman rumah. Kalau kat bukit Cherakah sibuk buat rumah 4 musim, kat sini sibuk buat rumah Tropika dengan Gurun. Rumah tropika ni dah berusia 50 tahun.. huhu lebih kurang umur merdeka kita je.. Gambar kecik penguin yang boleh tahan panas. suhu hari tu 28 degree celcius.

Bila tengok pokok puding ni, teringat masa kecik-kecik dulu, penuh satu laman rumah. Kalau kat bukit Cherakah sibuk buat rumah 4 musim, kat sini sibuk buat rumah Tropika dengan Gurun. Rumah tropika ni dah berusia 50 tahun.. huhu lebih kurang umur merdeka kita je.. Gambar kecik penguin yang boleh tahan panas. suhu hari tu 28 degree celcius.

Cukai dan Kemudahan Untuk Rakyat

Kat tengah bandar Mannheim ni pun ada lorong basikal, yang warna merah tu. Gambar kecik laluan basikal di kawasan pedalaman. Trams free yang kami orang naik.. saya ada beli tiket 24 hour, tapi tak penah punch pun time dia kat dalam Trams tu.. hehe

Kat tengah bandar Mannheim ni pun ada lorong basikal, yang warna merah tu. Gambar kecik laluan basikal di kawasan pedalaman. Trams free yang kami orang naik.. saya ada beli tiket 24 hour, tapi tak penah punch pun time dia kat dalam Trams tu.. hehe

Salam Pembaca.

Sedikit cerita pendek malam ni…

Nak cerita sikit pasal sistem cukai kat Germany ni… Cukai kat German ni memang tinggi sehingga boleh mencapai 25% ke 35%. dari gaji basic seseorang tu. Tapi semua duit cukai digunakan sepenuhnya untuk kemudahan rakyatnya seperti kemudahan awam, pembelajaran dari peringkat bawah ke universiti secara percuma, tiada tol di semua highway dia dan sebagainya… sehinggakan kemudahan jalan basikal pun disediakan di seluruh German sehingga anda boleh pusing German dengan basikal walaupun kat hulu banat mana pun tapi tetap ada jalan dia.

Jadi rakyat dia boleh gunakan segala kemudahan yang diberikan bersama nilai-nilai 1st class mindset with 1st class facilities yang diterapkan sebaiknya. Sampai saya naik Trams dia ( macam komuter kat Malaysia ) pun free je. sesetengah stesen macam pondok bas je, takde pun mesin tiket. Kalau kat Malaysia buat macam tu mesti dah ramai orang ambik kesempatan dan saya rasa kat sini pun tokey Trams tu tak kisah sebab dah banyak rakyat dia bayar cukai untuk semua kemudahan tersebut. Macam video youtube kat atas ni, masa kitorang lalu kat autobahn, cuba perati jarak selamat yang semua pemandu dia ikut.. kalau nak tahu, lorong paling kanan driver (kiri di dalam video ni) ialah 80km/j, lorong kedua 130km/j dan fast lane yang masa tu bos saya bawak dalam 160-170kmj. Fast lane ni ikut suka laa nak bawak laju macam mana pun… asalkan berhati-hati. Dan sesetengah tempat di Autobahn ni minimum speed ialah 100km/j dan kat situ struktur jalan dia dibuat penuh dengan ciri-ciri keselamatan.. Idea untuk membuat ninimum speed di lebuhraya Malaysia adalah salah satu idea yang baik tapi terfikir jugak, boleh ke rakyat Malaysia lebih berhemah ketika memandu? Lu fikir laa sendiri.. huhu

Food of Entry: Trout fish segar dari sungai Black Forest... ikan ni macam spesis Salmon gak tapi dia takla sampai laut. Cuma dia berhijrah ke hulu sungai dari tasik untuk bertelur. Kalau masak ala Malaysia lagi sedap ni

Food of Entry: Ikan Trout segar dari sungai Black Forest... ikan ni macam spesis Salmon gak tapi dia takla sampai laut. Cuma dia berhijrah ke hulu sungai dari tasik untuk bertelur. Kalau masak ala Malaysia lagi sedap ni

2.5 hour Trip in Frankfurt – Bullet Train punya pasal

Lambang Kesatuan Eropah dengan bangunan-bangunan pencakar langit kat Frankfurt.

Lambang Kesatuan Eropah dengan bangunan-bangunan pencakar langit kat Frankfurt.

Salam dari Germany

Dah dekat sebulan kat sini, baru dapat main internet free kat bilik tu pun limit 2 jam.. nak main lama kena register pakai banyak email laa.. huhu.. asalnya bila datang German ni plan nak ke Paris naik bullet train, tapi sebab kerja yang pada perancangan awalnya nak keje Jumaat dan Sabtu ni tapi tak jadi pulak sebab keje semua hampir siap… jadi semua plan awal saya nak ke Paris dah terbantut.. yelaa tiket bullet train ni makin lambat beli makin mahal, petang tadi lepas zuhur saja-saja je pergi Train Station yang diorang panggil Houfbahnholf tekan-tekan kat mesin tiket dia tengok harga ke Paris… pergh beratus-ratus Euro tu walaupun ambik masa 3 jam je.. so untuk merasa bullet train saya dengan member saya buat idea gila dan last minute untuk ke Frankfurt yang ambil masa 1/2 jam sahaja untuk jarak perjalanan 82km. Belasah je laa walaupun pukul 8 ada dinner dengan bos dan client, so boleh jalan kat Frankfurt dalam 2 jam je la.. sampai 3:50 petang.. jalan-jalan meredah kota walaupun hari ni Public Holiday.

Bangunan ni macam Capital Building la pulak.. Semua deret ni adalah bank-bank. Rasanya setiap bangunan lama akan diambil oleh bank sebagai anak angkat untuk dijaga. Sebab tu kat belakang tu ada lagi bangunan tambahan bank tersebut

Bangunan ni macam Capital Building la pulak.. Semua deret ni adalah bank-bank. Rasanya setiap bangunan lama akan diambil oleh bank sebagai anak angkat untuk dijaga. Sebab tu kat belakang tu ada lagi bangunan tambahan bank tersebut. Yang gambar kecik tu deretan butik exclusive. Bukit bintang kononnya nak tiru macam ni la..

Esok pun HQ saya istiharkan cuti jugak. So seperti Perancis jugak bila Public Holiday dan hari Ahad semua pusat perniagaan akan tutup kecuali kedai makan dan kedai cenderahati kat tempat-tempat tumpuan pelancong. Kat Shopping Mall pun cinema je yang bukak.. So hari cuti boleh lepak-lepak kat taman-taman dengan kedai kopi je laa…

Kawasan Flea Market ( atau pekan sehari kat Malaysia ) kat sini la biasaya tempat lepak diorang bila hari cuti. Tak abih duit gi shopping je

Kawasan Flea Market ( atau pekan sehari kat Malaysia ) kat sini la biasaya tempat lepak diorang bila hari cuti. Tak abih duit gi shopping je

Cerita balik pasal Bullet Train ni, ICE ( Inter City Express ) ialah salah satu-satu bullet train yang menghubungkan German dari Utara di Berlin sehingga Ke Selatan dan juga beberapa negara lain seperti Perancis dan Holland. Bullet train ni umpama ERL ( KLIA Express ) kita cuma sebab design dan rasanya kabin yang agak lebar dan teknologi menjadikan dia boleh di bawak sehingga 300km/h. Tapi tadi sebab jarak terlampau dekat dan keadaan landasan dan juga banyak stesen-stesen kecil, so driver kena slow sikit, so paling laju pun dalam 200km/j je… Tapi keretapinya agak selesa dan panjang. Tapi jangan konfius ye dengan magnetic train (Maglev ) yang tak sentuh landasan yang terdapat kat North Germany, Jepun dan China. tu boleh sampai 500km/j tu… fuh. tapi kontot la sikit

Berjaya jugak naik Bullet Train. :-) yang gambar kecik tu speed dia yang saya snap kat LCD pada setiap gerabak dia. Video ada kat bawah ek..

Berjaya jugak naik Bullet Train. 🙂 yang gambar kecik tu speed dia yang saya snap kat LCD pada setiap gerabak dia. Video ada kat bawah ek..

Frankfurt ni bandar besar, ala-ala macam KL la walaupun ibu negara dia ialah Berlin. Sebab datang masa public holiday kedai pun semua tutup, so jalan-jalan je ikut rentak kaki redah. Sebab bandar dia besar, macam-macam ragam penduduk ada… Secara umumnya bersih cuma Frankfurt ni banyak jugak peminta sedekah rupanya. Tak tau la sebab kejatuhan ekonomi ataupun sindiket. So bila baca info kat flight masa nak datang sini ada mengatakan bahawa Frankfurt in mempunyai kadar jenayah tertinggi kat Germany.. Biasala bila dah ramai, macam-macam ragam boleh tengok. So pada pelancong hati-hatilaa walaupaun disini anda bebas melakukan apa sahaja yang mau…

Shopping Mall ni unik ada lubang pulak. Teringan scene cerita The Matrix bila helicopter tu langgar bangunan cermin macam ni..

Shopping Mall ni unik ada lubang pulak. Teringan scene cerita The Matrix bila helicopter tu langgar bangunan cermin macam ni..

Esok cuti lagi, so Jumaat dengan Sabtu ni boleh laa survey apa-apa yang menarik kat sini, sebab 3 minggu ni asal balik keje dah pukul 7, pukul 8 kedai dengan shopping mall dah tutup, hari Sabtu pulak merewang dengan bos pusing-pusing satu Germany belah selatan tengok-tengok kampung dan tempat-tempat bersejarah.. Ok Bis Morgen.. Chew..

Bak kata sham ( aqbary.blogspot.com ) kalau kat Berlin beca dia diorang panggil Bio-Taxi, kat Frankfurt Velo Taxi, Basikal ada bumbung tu.

Bak kata sham ( aqbary.blogspot.com ) kalau kat Berlin beca dia diorang panggil Bio-Taxi, kat Frankfurt Velo Taxi, Basikal ada bumbung tu.

Ni kat bukit bintang pun ada... gambar kecik tu lift untuk orang kurang upaya turun ke tandas bawah tanah. Kadang-kadang dia sambung dengan subway sekali.. besar bangat

Ni kat bukit bintang pun ada... gambar kecik tu lift untuk orang kurang upaya turun ke tandas bawah tanah. Kadang-kadang dia sambung dengan subway sekali.. besar bangat

The Highest and The Tallest

Panorama indah di kawasan pedalaman di black forest. Kalau musim sejuk bukit-bukit yang rata tu dijadikan tempat meluncur salji

Panorama indah di kawasan pedalaman di black forest. Kalau musim sejuk bukit-bukit yang rata tu dijadikan tempat meluncur salji

Salam Pembaca

Ahad lepas selepas penat keje hari Sabtu bos bawak kami orang bersama client drive 250 km ke timur melalui kawasan kampung dan pertanian ke Hutan Black Forest. Sebab 4 musim, musim bunga suasananya amat nyaman dan segar sekali.. Kalau musim sejuk beberapa bukit di kawasan situ dijadikan kawasan untuk luncur salji… tapi orang malaysia yang tak tahan sejuk ni bagus laa cari musim lain ye nak melancong ke negara 4 musim ni… suhu 10 darjah celcius pun dah tak tahan, macam mana dengan -10 ye tak. Kat situ terdapat world larget cuckoo clock yang segala-galanya berjalan secara automatik yang memerlukan orang untuk menarik andung ( mm tak pasti apa nama dia ) setiap hari. Dia punya burung yang seberat 150kg tu pun secara automatik keluar tanpa memerlukan kuasa elektrik dan bunyi burung tu pun ditiup menggunakan billow dan seruling tu. ( tak pasti istilah sebenarnya ) Untuk maklumat lanjut boleh laa tengok video tu ye.

Gambar jam gergasi cuckoo clock. Gambar kecik kat atas tu jam automatik yang dijalankan berdasarkan bola yang bergolek ke kiri dan kanan di atas plat spring dia. Harga dekat 7000 Euro, Tukar ke RM dapat beli kereta sebijik

Gambar jam gergasi cuckoo clock. Gambar kecik kat atas tu jam automatik yang dijalankan berdasarkan bola yang bergolek ke kiri dan kanan di atas plat spring dia. Harga dekat 7000 Euro, Tukar ke RM dapat beli kereta sebijik

Lepas tu kami orang pergi ke highest waterfall in Germany setinggi 150m bertingkat-tingkat macam kat Malaysia, air dia cukup jernih tanpa sebarang percemaran walaupun kawasan tersebut mula dibuka pada 1805! dan bandar kecil Triberg ini adalah bandar pertama di Germany yang mempunyai lampu jalan.. pakai sumber apa tak tahu la. minyah tanah kot 🙂

Biasa je air terjun ni, macam kat Malaysia je. Gambar kecik pinjam topi ala Harry Porter dengan bos... sebab dok sebelah orang German, nampak putih pulak.. hehe

Biasa je air terjun ni, macam kat Malaysia je. Gambar kecik pinjam topi ala Harry Porter dengan bos... sebab dok sebelah orang German, nampak putih pulak.. hehe

Cakap pasal keje ni, tengok orang kat HQ releks je.. diorang keje asal cukup 40 jam seminggu sudah.. tapi kualiti still ada.. so kekadang yang datang awal 6:30 tu pukul 3:00 petang dah balik.. huhu kalau laa kat Malaysia macam ni kan best.. tak payah nak main office politic, kipas-kipas bos..

Bunyi Cuckoo Clock…burung ni gemuk sangat… macam malas je

Sikit info pasal cuckoo clock dari patung tukang buat jam yang boleh bercakap bila masuk 1 Euro. Excited member aku bila tengok patung ni macam real je bila cakap.. huhu

OK sekian..sampai jumpa lagi… haa ada video tambahan kat entry Kadar Tukaran Wang dan Taraf hidup. Video pasal giant music box masa zaman Nazi dulu..

AppleSlofth at Big Barrel

Restoran Pelik kat Bad-Duckem ( baca dalam sebutan melayu )... Germany wine is the best in the world.. tapi aku takat minum appleslofth je.. Jus epal campur air mineral ada gas

Restoran Pelik kat Bad-Duckem ( baca dalam sebutan melayu )... Germany wine is the best in the world.. tapi aku takat minum appleslofth je.. Jus epal campur air mineral ada gas

Salam Pembaca…

Dulu sebelum datang German, bila ternampak tanda amaran ( achtung ) kat mana-mana, saya akan sebut dia sebagai ashhtung, tapi bila datang sini baru saya tau nak sebut macam mana.. kena sebut sebagai arrrhhhk!!tung. Buat bunyi macam nak buang kahak tu tapi akhirkan dengan tung bukan tui ye.. 🙂 Sesiapa yang lidah pendek tak boleh sebut rha dan hurup r dengan baik boleh laa belajar cakap Jerman ye.. Nak stay kat German wajib kena belajar cakap German dulu.. sebab kat sini semua cakap dalam bahasa German. Orang Turki, India, Cina, Melayu terutamanya student-student tu semua cakap German. Kalau kat kedai buku dia, sebijik haram buku English pun takde, Quran pun tulis dalam bahasa German.. Masyarakat dia agak friendly dan tidak racist dengan muslim seperti yang berlaku di amerika… Saya masuk dulu pun imigresen main cop je passport, dulu kat Bangkok pun kena amik gambar kat kaunter imigresen dia masuk database diorang. Tapi sebab diorang tak pandai cakap ongputeh so jadi susah laa sikit nak berkomunikasi dengan diorang.. kalau nak bayar kat kaunter pun diorang wish dengan Hello, akhiri dengan “Dankesyen” ( terima kasih ) dan siap bye-bye lagi dengan “shew”… yang lebih-lebih tu tak paham.. huhu.

Ok nak cite pasal Wine Gate lagi.. Sabtu lepas saya pergi ke sebuah restoran berbentuk Wine Barrel yang terbesar kat dunia di Bad Durkem.. yang dah berusia 75 tahun.. Ikut sejarah Barrel tu asalnya digunakan untuk peram arak sebanyak 1.7 juta liter.. Dibuat dari 200 batang pokok pine dari hutan Black Forest. Dan pada 1956 barrel tu dijadikan restoran dua tingkat yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada musim panas dengan 120 orang di dalam. Sumber pamplet Durkheimer Fass dari awek waiter restoran tu yang akhirnya boleh cakap ongputeh sikit-sikit..

Video atas ni amik dari dalam BMW 9 seater yang bos aku sewa untuk bawak kami orang sepanjang kat sini

Picture of Entry. Kat Tittisee Lake dengan bunga tulip. Gambar kecik buah strawberry yang besar bangat.. 2.89 Euro

Picture of Entry. Kat Tittisee Lake dengan bunga tulip. Gambar kecik buah strawberry yang besar bangat.. 2.89 Euro

Taraf Hidup dan Tukaran Mata Wang

Pesawat Supersonik Concorde Air France, Gambar kecik kokpit dia yang penuh dengan butang

Pesawat Supersonik Concorde Air France, Gambar kecik kokpit dia yang penuh dengan butang

Salam pembaca..

Saya mulakan enty kali ni dengan kira-kira sikit. 1 Euro sama dengan lebih kurang RM5.  Di Germany anda boleh makan kebab dengan harga 3 Euro paling murah, beli sabun mandi dengan 0.60 Euro. kalau kita convert ke RM mesti mahal gila.. kat macdonal atau burger king anda boleh dapat value meal dengan hanya 5 Euro sekali air.. Dell laptop 500 Euro dan compact car dengan 7000 Euro. Tapi satu je yang pelik.. harga minyak mentah dunia ialah dalam 60 USD ke RM kali RM3.6 so jadi dalam RM216, dijual di Malaysia RM1.80 seliter tapi kat Euro dijual dengan 1.30 Euro. Kalau ikut logik harga barang di sesuatu negara tu bukan bergantung kepada kadar tukaran semata-mata. macam minyak petrol laa kalau betul ikut kadar tukaran mesti sesetengah negara mesti murah gila minyak dia… bayangkan RM2 seliter tukar ke Euro jadi berapa. Jadi nilai tukaran tu tak boleh pakai sangat… itulaa yang dikatakan taraf hidup di sesuatu negara.. memang diorang tak perasan kalau tak keluar negara.. pada diorang nilai barang tu sama je… yelaaa kalau buang nilai $ tu tentu nampak sama je kan?

Koleksi kereta Ferrari.. huhu kalau dapat sebijik.. mengalir air mata orang kat kampung tengok hehe :-)

Koleksi kereta Ferrari.. huhu kalau dapat sebijik.. mengalir air mata orang kat kampung tengok hehe 🙂

Oklaaa ahad lepas bos saya bawak kami orang dengan clien pergi ke Auto and Technik Museum kat Sinsheim, lebih kurang 60km dari Mannheim ni.. bapok laa bagak besar, semua jenis kenderaan ada, dari basikal, moto yang pertama di dunia, kereta antik, moden, keretapi, kapal terbang, perang dan Concorde pun ada dia letak kat atas bumbung muzium. Kapal terbang Concorde tu adalah yang terakhir terdapat di dunia di mana satu lagi dan meletup semasa berlepas beberapa tahun yang lalu. Pesawat supersonik concorde ni ditamatkan penerbangannya pada 2003 disebabkan kos pengelenggaraan yang amat mahal dan ciri-ciri keselamatan dia.. Satu lagi yang milik Rusia kecik sikit dari Air France juga di pamerkan disini.. so merasa laa saya naik concorde ni sampai ke kokpit tanpa perlu beli tiket mahal-mahal ye tak…tapi semua dan seal laa takleh pegang, takut terterbang laa pulak nanti..

Video pasal giant music box masa zaman-zaman Nazi dulu.. Cuba perhatikan gambar lama kat bawah tu dan punch card dia yang ada note muzik untuk mende tu main muzik secara automatik…

Bangga-bangga tak sangka ada gak F1 sauber petronas kat sini

Bangga-bangga tak sangka ada gak F1 sauber petronas kat sini

Oklaa itu je catatan dari Inernet Lounge, Balladins Hotel, Manheim. 70km dari Frankfurt. Germany… Sekian

Kenderaan perang yang digunakan semasa zaman Nazi dahulu

Kenderaan perang yang digunakan semasa zaman Nazi dahulu