“Blast From the Past” vs Katak Bawah Tempurung

Blast from Past

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selepas rehat-rehat sambil makan burger Macdonal semalam, maka tertengoklah saya satu cerita filem kat RTM 2, tajuknya “Blast from the Past” yang mengisahkan satu mamat lakonan Brendan Frasier nie yang baru jumpa “dunia” selepas 35 tahun terkurung di dalam bom shelter atau kubu bawah tanah.

Cuba bayangkan yek.. anda terkurung sedemikian? memang laa cite komedi romantik tu tak logik, tahan ke semua perkakas dapur dia, sardin, minyak masak dia lama-lama tapi moral of the stories cerita tu amat banyak. Kalau tak salah itu kali kedua saya tengok cerita tu, mungkin 4 – 5 tahun lepas dah tengok sekali, tapi kali ni saya tengok sambil terfikir sesuatu yang boleh kita kongsi bersama. Cuba korang bayangkan kalau kita jadi katak duduk bawah tempurung ke, bawah tupperware kat bilik air rumah lama-lama? Lepas tu ntah macam mana tak boleh keluar pulak kes kena hempap dengan mende lain.. Ini berlaku kat rumah saya baru-baru nie, sambil-sambil kemas bilik air rumah saya yang sememangnya besar tu, maka terjumpalaa katak puru kat bawah tupperware, kesian dia, ntah berapa lama dah duduk kat situ sampai kembong-kembong badan dia, tak nampak menggerutu dah badan dia, so saya pun halau laa dia suruh keluar rumah, rasa saya dgn agak terhormat, takde laa pukul2 dia, 🙂 hehe. tapi keesokan harinya saya tengok katak tu mati.. mungkin terkezut beruk kot kena cahaya matahari..hehe.. dan semalam tertengok pulak cerita “Blast from the past” lepas tu teefikir pulak apa yang berlaku ke atas perjalanan hidup saya dan beberapa rakan saya yang lain, so dapat saya timbulkan satu persoalan di sini:-

(i) Adakah anda berani untuk keluar dari “confort zone” anda sekarang? Mmmm mungkin resign.. cari kerja yang lebih mencabar….. ataupun manaik taraf perniagaan anda..?

(ii) Kalau anda keluar dari confort zone anda, boleh ke anda menghadapi semua dugaan yang akan datang dengan penuh skill dan releks je..

So teringat la satu penjual burger kat kampung saya, dia jual kat pekan-pekan sehari dekat situ.. yang saya respeks dia jual burger tu dari saya darjah 3 atau 4 sampai sekarang… so dalam 2o tahun dah dia jual burger, sama jee. hehe. mungkin dia dah selesa kot duduk bawah “tempurung” dia.. cukup makan, apa nak susah-susah ye tak?

Jadi satu yang saya dapat kategorikan di sini, kita boleh keluar dari confort zone kita kalau kita betul-betul bersedia, bersedia dgn ilmu dan “communication skill” kita. Kalau kita bekerja makan gaji, korek pengalaman sebanyak mungkin dgn personaliti yang baik. Tapi kalau kita tak bersedia.. memang kita cari nahas.. hehe.. Sekian ..

Enjoy the trailer…. pas tu boleh ‘tut’ dari internet.. hehe

p/s.. Teringat saya satu entry yang saya ada cerita pasal kawan saya tu 🙂

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429

Assalamualaikum.. Salam Pembaca

awalmuharram.gif

          Pertama nak ucap selamat menyambut Maal Hijrah 1429 dan tahun baru 2008.. moga tahun baru nie membawa keberkatan dan peningkatan dalam segala aspek yang kita ceburi.. macam saya.. azam tahun lepas nak balik semenanjung, dah berjaya.. so azam tahun ni.. mmm nak apa yek.. kalau boleh nak mendirikan rumah tangga.. hehe 🙂

Mmmm… baru-baru nie.. abang ipar saya kena tahan wad sebab Hepatitis B.. start awal tahun 2008 sampai tahun baru pulak 1429H.. fuh setahun tu :-), so kat sini nak cerita laa sikit pasal Hepatitis B nie, mm kepada sesiapa yang yang tak pernah buat ujian darah, bagus laa check cepat-cepat dan dapatkan vaksin Hepatitis, sebab penyakit nie tak serang secara terus, pelan-pelan sampai tetiba hati kita rosak, kita dapat sakit pedih ulu hati, pas tu kemungkinan kena kanser hati, terpaksala men-glamourkan diri minta derma hati.. Apapun penyakit ni mudah merebak, kongsi picau cukur, berus gigi, so berjaga-jaga laa yee…

Sekian..