Tag – 5 Macam-macam Mende

Salam Pembaca

Tag ni saya ambil dari blog Fuad entry bulan 11 2006 dulu.. huh lamanya… tetiba entry dia tersimpan dalam komputer saya ni.. dulu zaman dial up baca blog kena save dulu… nanti naik bill beb. so saya nak buat circulation kat blogroll saya pulak… so yang ada link kat sebelah tu sila-silakan laaa..apa org kata? jemput, jemput…  Satu yang agak menarik dah pelik dalam diri saya ialah sikap susah nak fed up kalau buat sesuatu.. especially kalau repair barang.. walaupun macam tikus baiki labu.. saya tetap akan repair, repair, repair, repair dan repair sampai dia rosak terus… atau dia elok secara tak sengaja… pernah pada zaman amatur IT dulu, mula-mula processor je rosak.. pastu repair-repair lagi dan lagi sampai semua rosak.. keluar asap lagi, yang penting cool.. saya susah sikit nak gelabah…. macam relaks je walaupun hati sengsara.. huhu..

OK…

5 Perkara Bila Jadi Jutawan.
1. Brenti jadik kuli..
2. Pastikan hutang sendirik dan famili settle semua
3. Tolong semua sedara-sedara yang susah
4. Jadi Usahawan serba boleh, ada kedai IT ( semua skop IT )
5. Tunaikan impian orang lain yang memerlukan

5 Tabiat Buruk
1. Suka bertangguh, best keje last minute ni.. 🙂
2. Kurang fokus pada benda yang tak minat
3. Terlampau calculative walaupun kadang-kadang salah gak hasilnya
4. Makan lambat, kidal pulak tu
5. Penyakit byk kahak.. so.. mmm excuse me…hehe

5 Perkara Benci Lakukan
1. Bila tak dapat penuhi permintaan orang terutamanya mak dan kawan-kawan
2. Terpaksa buat kerja time takda mood
3. Membuat kerja yang tak tahu hujung pangkalnya dan kenapa ia perlu buat…
4. Mintak tulun dengan orang yang tak ikhlas nak tolong
5. Tershopping dalam separa sedar

5 Perkara yang Tak Akan Dilakukan
1. Menduakan kekasih yang sejati (Ar-Rahim)
2. Menjatuhkan maruah Mak Ayah
3. Membinasakan hidup orang lain
4. Makan ‘kobo’ pendek dan sewaktu dengannyer..
5. Putus kawan dengan seorang sahabat baik

5 Perkara Menyesal Lakukan
1. Tak belajar dan mendalami Islam sebaiknya dari awal
2. Tak ambik tahu pasal perniagaan dari awal
3. Tersalah memilih kawan
4. Main game / sembang / marathon DVD atau Internet sampai lewat malam pastu subuh gajah..
5. Tak pergi Gua Mulu dengan Niah masa kat Sarawak dulu

5 Permata Hati
1. Mak Ayah
2. Adik-beradik
3. Sahabat dan kawan paling rapat… friendship forever
4. Sedara terdekat
5. Simpan satu lagi slot untuk naik ke ranking kedua hehe 🙂

5 Tempat Yang Disukai
1. Tempat yang sunyi tatkala mencari ketenangan
2. Tempat yang penuh dgn manusia tatkala mensyukuri nikmat yang ada
3. ‘Opis kecik’ tatkala hajat perlu ditunaikan
4. Di rumah… selamanya…
5. Bukan di opis… Nak-nak time keje tahap stress menggunung.. Hahak

5 Saat Penuh Bermakna
1. Saat memeluk Mak
2. Saat cium tangan Ayah
3. Saat bersama-sama semua ahli keluarga
4. Saat mengira duit hasil jualan ice blended ( dulu-dulu )
5. Saat perlukan teman.. dan ditemankan…

5 Benda Yang Disukai
1. Internet
2. Movie
3. Ambik gambar
4. Mee kuah kak saya
5. Kuih Kasidah mak saya

5 Perkara Tentang Diri
1. Kurus
2. Tak suke jadik kuli
3. Hantu komputer
4. Suka kemas-kemas dan bersih
5. Sensitif bunyi bila tidor

5 Orang Paling Disukai Dalam Blog
1. Yang menulis dengan ikhlas…
2. Yang menghargai persahabatan..
3. Yang menegur tatkala terlupa
4. Yang menganggap diri ini sahabat walau tak mengenal diri
5. Yang menjadi diri sendiri dalam setiap penulisan

5 Perkara/Benda Yang Perlu Ada Dalam Rumah Nnti (Kalau ada kemampuan la)…
1. Bilik bacaan / Home office
2. Bilik ibadah
3. Ruang hiburan, home theater
4. Gym dan taman
5. IKEA Design… konsep kotemporari

So sapa-sapa yang yang dah reply tag ni Sila letak kat komen ye…

Advertisements

Sport Rimku, Putrajaya, Maxis Friendfinder and JB Service Job

Salam Pembaca.. saja tulis banyak-banyak tajuk sebab kalau satu tajuk kena tulis panjang-panjang.. sekadar coretan sepanjang minggu ni..

Sport Rimku...

Inilah jadinya bila taraf hidup rakyat Malaysia tidak sekata antara kaya dan miskin

Inilah jadinya bila taraf hidup rakyat Malaysia tidak sekata antara kaya dan miskin

Balik dari tengok wayang dengan Riar dan Faizal malam sabtu lepas, dahlaaa tengok cerita kartun, ingatkan sambungan cerita stormrider yang hangat di pasaran tahun 1999 dulu yg. menggunakan CGI yang baru sekarang cerita melayu Antu Fighter nak tiru. Rupa-rupanya cerita kartun.. hampeh betul.. membazir duit je.. So sambung ayat di atas.. balik dari tengok wayang, tatakala nak masuk basement parking kat rumah aku, maka terlihatlaa sesuatu yang amat pelik, jelik dan menyedihkan berlaku kat motor kesayangan aku yang sama-sama jauh berlayar dari bumi kenyalang tahun lepas.. Motorku telah kehilangan tayar dan sport rim original 125z yang adalaaa RM600.. fuh.. Kira baik juga laa pencuri ni.. boleh pulak dia cari bata buat tongkat motor aku macam gambar kat sebelah ni…. So esoknya terpaksa cancel balik kampung kenduri rumah jiran, ajak Daisy, budak Suria Club pergi breakfast, lepak-lepak kat workshop sambil memikirkan berapa ratus melayang hari ni.. tup-tup bila malam.. RM590 duit aku melayang untuk ganti semua mende alah tu… So macam biasa.. tak halal, biar dia insaf atas musibah dari perbuatannya sampai dia pulangkan balik sport rim dgn tayar tu kat motor aku.. pandai-pandai laa nak pulang macam mana… bak kata kawan aku biar dia accident putus tangan.. huhu kejam jugak ko yek mr. r dari SMKA TAHAP.

Putrajaya

Nice... but it will be better when using DSLR Camera..

Nice... but it will be better if i'm using DSLR Camera..

Hari ahad terpaksa melayan kakak yang jalan-jalan kat KL. Kesian dia, datang jauh-jauh, “4 jam” dari Karak tau. 🙂 Thanks sebab bagi aku pau makan Grilled King Salmon kat Manhattan Fish Shop. Makan ikan salmon segar yang di import dari deep sea. Petang tu jalan-jalan lake cruising kat Tasik Putrajaya, menikmati keindahan Putrajaya dari perspektif yang berbeza iaitu dari atas bot. Thanks our former Prime Minister, your idea was brilliant. Tak yah pergi jauh-jauh.. nak kata semua jambatan kat situ menyerupai segala jambatan terkenal macam Golden Gate, Sydney Bridge dan macam-macam lagi la..

JB Service Trip and Maxis Friendfinder

Huhu.. I really need DSLR camera now... mmm new hobby maybe?

Singapore Power Plant from Stulang, JB..Huhu.. I really need DSLR camera now...

OK.. terdapat satu kisah…. Satu malam sedang Ravi berlepak-lepak dengan awek-awek Melayunya.. yelaa rupa pun macam hero Hindustan, fasih cakap Melayu pulak tu.. tiba-tiba telefonnya berbunyi.. “Adoi, bini aku call” kata Ravi di dalam hati. “Hello, abang kat mana ni?”… “Emm.. Abang kat Batu pahat ni, tengah lepak dengan budak-budak KUITTHO ni”. balas Ravi. “Oooo.. bukan kat Danga Bay ke bang, dok minum-minum?” balas isterinya.. “sudahla..” kata Ravi didalam hati sambil matanya meliar mencari isterinya atau sapa-sapa laa yang dia macam kenal kat situ. Puas mata Ravi memerhati sekeliling, Nak je dia berdiri atas meja untuk mendapatkan pandangan yang lebih clear lagi. Manakala isterinya di rumah tersenyum riang. “Haa.. gelabah ko Ravi, sekarang baru ko tau sapa yang kena..” sambil meletakkan hand phone Maxis nya di dalam bilik tidur mereka. Moral of story: Jaga-jaga dengan service Maxis Friendfinder, walaupun service ini memerlukan authorization dari anda, namun terdapat banyak cara untuk membuatnya. Dan kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan kawan kepada kawan pejabat saya semasa lepak-lepak ngeteh kat JB baru-baru ni. Dan ada juga cara untuk mengaburi pihak lawan apabila anda telah di kesan.. 🙂 hehe.

Dengan budak Suria Club. Dont say i use DSLR camera right now. It only from my Cybershot DSC-W50..

Dengan budak Suria Club. Dont say i use DSLR camera right now. It only from my Cybershot DSC-W50!!.. Kena belajar teknik la sikit

Semasa di JB jugak saya telah bertemu dengan seorang lagi members http://suriaclub.com. Ikmal3425 nama penanya.. Orang Temerloh.. So masuk ni dah 3 orang member suriaclub telah dijumpai.. Insyaallah nanti boleh buat gathering dah aktiviti. Seronok jugak bersosial macam ni. banyak idea yang boleh dikongsi dan yang penting ramai kawan. So bila outstation tak laa boring sangat. Kami orang lepak-lepak kat Stulang, makan sea food dan lepak-lepak kat tepi laut memerhatikan Singapura. Teringat kata mahathir dulu..”Kalau Malaysia nak serang Singapura, hantar je peluru berpandu ke negara dia, abih lesap” hehe jangan marah orang Singapura.. Our former Prime Minister just make joke only. Apapun thank Din sebab ambil masa entertaint aku masa kat Pasir Gudang dan JB.

p/s.. I also really need a new CPU right now.. It overheated for two time already. It not reliable anymore now.. Wonder why my BIOS dont have any shutdown protection. Straight away spoiled my power supply for two time.. huhu..

Limewire -> Frostwire

Snapshot Frostwire dari Ubuntu Linux saya

Snapshot Frostwire dari Ubuntu Linux saya

Salam Pembaca..

Lama tak cerita pasal IT… Mmmm korang biasa download MP3 kat mana yek? Jiwangtorrent, ke main google je sampai lengoh tangan? Pernah dengar Limewire tak dulu-dulu? Famous sbg one stop tempat untuk download MP3, dan Video dan juga virus.. hehe. Pastu dia kena banned. Tapi internet, kena banned macam mana pun tetap tak boleh sekat. So sekarang dia dah ada nama baru. Frostwire http://www.frostwire.com Anda boleh pakai kat Windows, Linux Mandrake, Apple atau Linux Ubuntu. Search je apa MP3 yang kita nak.. senang dapat terutamanya lagu English. Tapi kekadang hati-hati, anda boleh terdownload virus walaupun extension dia *.mp3. Pastikan antivirus anda selalu update. Kalau tak anda boleh install ke dlm Linux anda. sure virus tu jadi beruang kutub berhibernasi. Tak boleh aktif. Senang je bila dah siap download dalam Linux tu anda tak boleh dengar MP3 tu, jadi maksudnya file tu adalah virus. So delete terus je laa file tu ye..

Bercerita tentang video pulak, tentu korang selalu tengok cerita atau filem kat youtube kan? Tapi cerita tu confirm dah kerat 10. Dipecahkan ke banyak bahagian. So kalau nak tengok terus anda boleh cuba website ni http://www.ovguide.com. Dia macam search engine yg akan list semua server yang host full video samada dalam Divx atau flv format. Anda boleh download file tu sebagai alternative kepada torrent yang biasanya kena shaping oleh TMnet. Untuk download file tu anda boleh pasang Add On kat Mozilla anda supaya semua file streaming youtube atau yang lain-lain dapat disimpan kat dalam komputer anda. Kat Mozilla anda pergi ke Tool -> Add-Ons dan search DownloadHelper. OK selamat mencuba.

p/s Nasiblaa Izzinet saya ni tak shaping torrent dan pemancar saya pakai ni belum lagi congested dengan pengguna lain.. puas mendownload TV series dgn 30-40KBps.

Service Job – Sabah & Kuantan

Model tak berbayar di Kota Kinabalu.. tak taulaaa gambar ni seni ke tidak

Model tak berbayar di Kota Kinabalu.. tak taulaaa gambar ni seni ke tidak

Salam Pembaca.

Lama gak tak update blog.. pastu xde idea pulak nak tulih apa..  November ni genap setahun saya bekerja dengan company saya ni.. Dah macam senior walaupun dalan setahun ni banyak melepak dari bekerja.. Nampak gayanya outstation pun dah kena pegi sorang-sorang.. Mmmm ada best dah ada yang tak bestnye… mula-mula mestila kena control best.. buat-buat macam tahu segala-gala walaupun hati gabra tak tau apa yg digoreng pada client.. hehe.. yang pasti alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hidup dah banyak berubah sekarang. Tanggungjawap pun dah makin besar dalam carier.. huhu.. apapun dah itu yang kita pilih kena redhalaa..

Business trip saya  ke Sabah lebih kepada jalan-jalan cari keje. Melawat client dan sempat juga berjumpa dgn rakan lama semasa matrik di USM dulu.. huhu jadi org Sabah dia. Setelah banyak syarikat yang saya pergi, bermacam cara dan kerenah dapat kita lihat. Di Sabah saya diberi pick up Isuzu untuk digunakan sebagai kenderaan ke tempat kerja saya, berpeluh gak bawa kete manual yg antik tu.. ada laa jugak mati kat tengah jem sekali dua.. huhu… dahlaa first time drive kat KK. Tak pasal-pasal bertawaf kat kawasan perindustrian tu nak cari jalan keluar..

Banyak jugak mat-mat salleh enjoy makan ikan bakar kat sini

Banyak jugak mat-mat salleh enjoy makan ikan bakar kat sini

Pada sesiapa yang ingin melancong saya syorkan Sabah sebagai destinasi pilihan anda.. Bandar Kota Kinabalu tu memang dia design sebagai bandar pelancongan.. penuh dengan shopping mall. Yang paling best mestilaa seafood dia. Anda boleh lepak kat belakang pasar Philippine malam-malam makan ikan bakar murah. Penuh dengan identitinya tersendiri. Kat situ setakat makan ikan bakar cicah sambal kicap atau air asam je.. pas tu dengan ulam. Yang lain jangan nak orderlaa memang takde punya. Harga amatlaa murah, saya dengan kawan lama saya makan ikan kerapu dengan siakap besarlaa jugak baru RM38. Kalau kat sini melayanglaa RM100 lebih. Insyaallah akan saya ke Sabah sekali lagi untuk panjat gunung Kinabalu pulak.. OK Sekian