2012 in review

Selamat Tahun Baru 2013. Terima Kasih atas sokongan anda selama ini.

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

4,329 films were submitted to the 2012 Cannes Film Festival. This blog had 17,000 views in 2012. If each view were a film, this blog would power 4 Film Festivals

Click here to see the complete report.

Roydotcom Berwajah Baru..

Salams Pembaca..

Sikit je saya nak update kali ni mengenai rupa dan pengagihan artikel dalam blog ini. Mulai sekarang saya telah kategorikan segala artikel mengenai perjalanan saya kemana-mana tempat di dunia ini di dalam kategori “Travelog”, manakala segala artikel mengenai “part time business” saya di dalam kategori “Raspberry Tea”. Kategori lain, lebih kepada coretan dan idea saya mahupun dikongsi dari orang lain berada di dalam kategori “Coretan”, “Ulasan” dan juga “Teknologi”. Anda hanya perlu klik pada taskbar bahagian atas blog ini untuk membaca mana-mana kategori yang berkaitan.. Untuk sesiapa yang berminat dengan produk teh daun rasberri boleh terus klik pada kotak Facebook Fanpage di sebelah kanan dan “like” untuk terus berhubung dengan saya. Selamat Membaca dan Terima Kasih.

p/s: best jugak baca kisah-kisah lama kat blog ni.. huhu..

My Debut Album

Asslamualaikum
Ni la hasilnya bila ikut arahan Tag. COpy & Paste je pun  Credit to Kelly 3572.  Sorry bro artikel ko pun aku copy.. hahaha
Tapi bila tengok hasilnya, memang lawak dan kelakar la.
So, macamana wujudnya album dan gambar kat bawah ni?
1 – Open http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Random. The first random Wikipedia article you get is the name of your band.
2 – Open http://www.quotationspage.com/random.php3. The last four or five words of the very last quote of the first page is the title of your debut album.
3 – Open http://www.flickr.com/explore/interesting/7days. Third picture, no matter what it is, will be your album cover.
4 – Use Photoshop/Paint or similar to put it all together.
5 – Post it to your Blog with Title “My Debut Album” and TAG other persons.
Nama band aku: Robert Bradley
Tajuk album:      Plenty of work to do.
Tak sedap langsung album aku.. Tiada nilai komersial.. Jadi Selamat MengeTAG

nampak sangat aku banyak keje tapi malas nak buat.. hahaha

By The Way… sesiapa yang mahukan Teh Daun Raspeberry boleh hubungi saya je… Stok baru dah sampai lagi…

Flash Mob….

Salams..

Saya nak kongsi sesuatu yang agak ringan sedikit kali ni, lama tak tulih sesuatu yang boleh dianggap ceria tetapi berguna kalau kena caranya… Saya pernah cerita dalam travelog saya pasal http://www.courchsurfing.org kan? Satu laman sosial yang menghimpunkan semua pelancong dari satu dunia untuk saling mengenali satu sama lain, dan yang penting dia bukan macam facebook, anda tak boleh add sebarang, dan review yang ditulis mengenai anda misalnya akan jadi rujukan oleh pengguna lain dalam halaman tersebut. Jadi sekarang saya tak pelik kalau tengok ada geng-geng mat salleh kat Malaysia ni dengan orang-orang tempatan sebab saya pun dah join sebagai rujukan untuk oversea trip tahun ini… Dalam halaman tersebut ada ahli ada mengajak ahli-ahlinya untuk mengadakan “Flash Mob” pada 16 April ini di Taman KLCC pada pukul 6 petang selama 5 minit.

Kalau korang tengok video kat atas dan bawah ni ada macam-macam “flash mob”.  Ada yang mengeraskan diri dan ada mungkin daripada kita anggap orang nak cari publisiti murahan dengan menari tak tentu pasal. Pada saya, kalau kena caranya “flash mob” ni boleh dijadikan sebagai salah satu promosi atau tanda protes secara aman yang tentunya akan banyak menarik orang lain. Contoh pegang “flyer” pastu freeze dalam keadaan bertaburan, tengah berebut atau buat-buat tengah gam kat dinding ke.  Akhir kata jangan pelik kalau anda terserempak dengan mende-mende ni kat Malaysia, cuma kekadang bila tengok kat youtube, kebanyakan “flash mob”  versi Malaysia dibuat cukup makan je, kurang tahap profesional dan kreativiti, takut kena tangkap kot. 🙂 Sesiapa nak join “flash mob” versi Malaysia boleh join kat Facebook event dia http://www.facebook.com/event.php?eid=163007803756722

Sekian coretan dari Bintulu, huhu kena outstation lagi…

 

Rebate RM1000 untuk pembelian buku

Mmmm.. bila pulak nak baca buku ni..

Salam Pembaca…

Hujung-hujung tahun ni, bila kira-kira, pembelian buku tak cukup lagi RM300, gunakan sepenuhnya rebate yang ada untuk mengurangkan cukai pendapatan anda. Kali ni saya bukan nak cerita pasal rebate ni, tapi panduan untuk anda beli buku online.

Khamis lepas bila tengok update Lonely Planet punya wall kat Facebook, dia bagi diskaun 35% untuk semua belian buku kat website dia, surf punya surf tertarik pulak tengok buku “Best in Travel 2011” pastu dia bagi free “Best in Travel 2010”. Jadi alang-alangdah beli saya angkut la sekali dengan kalendar 2011 dan buku “Korean Phrasebooks”, sebab dok tambah-tambah buku dia punya shipping cost masih 20 USD. Sebabkan nilai USD dan rendah, bersamaan RM3.14, maka ni peluang terbaik untuk shopping online ni. Buku Lonely Planet ni kalau kat MPH paling murah pun RM60 sebuah. OK cuba check harga dia tengok:

1. Best in Travel 2011  = USD $9.74 ( free Best in Travel 2010 ) bersamaan RM30.58 . Kalau bahagi dua pun  kiranya buku ni RM15 sebuah laa

2. Korean Phrasebook = USD $5.84 bersamaan RM18.33

3. Lonely Planet 2011 Calender = USD $12.99 bersamaan RM40.79

Kos penghantaraan pakai FedEx = USD $20 bersamaan RM62.80

Jumlah semua = RM152. Kalau kira purata harga buku termasuk kos penghantaran hanya RM38. Anda tak dapat beli dengan harga ni di MPH atau Popular.

Ok.. penghantaraan FedEx dari Sydney Australia hanya mengambil masa 3 – 4 hari waktu bekerja, hari khamis lepas order dan hari ni Selasa dah dapat. yang paling menarik anda boleh tracking shipping anda online, sampai mamat Fedex masuk opis saya pukul 2.16 tadi pun dia update kat website dia.. Memang amat efisien dan menarik. Korang boleh tengok tracking dia macam kat bawah ni.. OK.. Selamat berhujung tahun, moga tahun baru lebih ceria dan bermakna kepada pembaca blog ni.

FedEx tracking service

Umur anda dalam Hijrah

Saya nak buat entri paling pendek pulak kali ni… OK bilakah anda lahir dalam kalender hijrah? Cuba google ( AD to Hijra Converter ) atau pergi ke website ni. http://www.muslimphilosophy.com/ip/hijri.htm Selain tu anda juga boleh download software converter.  Tahukah anda perbezaan hari dalam kalender Hijrah dan Masihi adalah dalam 11 ke 12 hari setahun. Jadi jika dihitung, umur anda akan bertambah lagi setahun mengikut kalender Hijrah bila anda menyambut harijadi Hijrah anda pada umur 31 tahun dan akan bertambah lagi 2 tahun bila anda berumur 62 tahun. Secara ringkasnya umur anda menjadi 32 tahun Hijrah bila mencapai umur 31 tahun Masihi.

Sekian.

P/S – Umur aku genap 32 tahun pada 4 Syaaban yang lalu.. huhu

Keburukan Ketuhar Gelombang Mikro

Effect of Microwave Oven

Roydotcom: Artikel ni saya ambil dari facebook Rizal Rosli Putra yang mana dia pun ambik dari Majalah Anis.. Hanya untuk tatapan pembaca setia blog ni dan untuk maintainkan statistik blog ni supaya tak menjunam… hehe.. Selamat Membaca

Bahaya microwave oven…

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata.

Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke
dalam ketuhar dan tekan punatnya…nyit…nyit…nyit dan tinggg…..! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru,
hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama,katakanlah sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian
saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan
penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak
mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an
mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.
Molekul-molekul ini ‘dipaksa’ berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini
bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula
menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia
merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak
mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap ‘makanan
mati’; atau badang mengumuhkannya dengan pantas. Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan
oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di
sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi’i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah
mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin
individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro
cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss,
Jerman dan Rusia di bawah ini:

*** Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia ‘memendekkan’ utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
*** Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

*** Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
*** Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
*** Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit
sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
*** Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila
dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

*** Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
*** Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
*** Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
*** Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang dayaingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan
kecerdikan.

Fikirkan…

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku ‘haruan
makan anak’ serta amalan seks luar tabi’i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina – perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita
sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang
zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya. Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli
ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:

*** http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
*** http://www.cancersalves.com/article/microwave.html
*** http://www.indigosun.com/august99/microwave.htm

Sumber : ANIS, Mac 2008