Travellog Part 2: Living in Germany?
24/03/2010 5 Komen
Salam Pembaca..
Syukur, my wife already been here in Heidelberg last Sunday, still jet lag, tapi takpela last-last 2 minggu dia lepak hotel, saya kena pergi kerja.. huhu..
Tadi jalan-jalan kat Real, sebab kebulur ikut member skip lunch, carilaa apa yang boleh dimakan, biasala bila dah jalan supermarket ala TESCO tu sibuklaa cari barang, then compare harga, maka terjumpa laa Maggie Asian taste segalanya tulih bahasa German, tapi yang terkejutnya terjumpa logo halal Malaysia kat belakang Maggie tu, Maggie adalah keluaran syarikat Nestle yang sememang bukan syarikat tempatan Malaysia tetapi berasal dari Switzerland. Last year tak jumpa lagi logo halal tu, maka terpikir laa dulu satu berita yang Malaysia nak jadi hub makanan halal sedunia, maksudnya Malaysia nak keluarkan logo halalnya untuk makanan di seluruh dunia… ingat cakap kosong ataupun cakap politik, tapi sekurangnya berjalan jugak laa projek tu, sebab tu laa dulu tahun 2009 ada seminar halal sedunia buat kat Mannheim, Germany (kira-kira 20 minit naik train dari Heidelberg tempat saya stay kali ni)
Oklaa nak cerita sedikit pasal living cost kat Malaysia is too high. ada article tu kat blog saya, so saya ada laa compare-compare harga sikit kat sini dgn kat Malaysia, tapi ingat tolong jgn convert duit tu kat Malaysia ek.. lupakan nilai matawang.. just compare apple with apple not with banana. ok..
OK dgn gaji 1000 Euro ( mm gaji security kat opis saya pun dah 1500 euro ) huhu apa yg kita dapat kat German..
Tolak tax – cukai agak mahal at german, bergantung dgn gaji dalam 10 % ke 50% per month ek. Mahal gila.. Tapi ingat semua highway kat German takde tol, dan sistem pengangkutan keretapi dan Tram ( train atas jalan ) antara terbaik di dunia. Pendidikan kat Germany adalah percuma ( tapi dengar sekarang dah kena bayar sikit gara-gara ekonomi meleset dulu, tapi still yang termurah di dunia.
Minyak = 1.48 euro ( Malaysia = RM1.80)
Roti macam gardenia tapi tak sedap pun huhu = 0.89 Euro ( Malaysia RM2.10 )
Buah- buahan, mcm anggur, strawbery = 2.80 Euro sekilo ( Malaysia RM14.oo, pisang pun RM3 sekilo)
Makan kat macdonal = Satu set meal 5.99 Euro, Kebab house = 3.00 – 4.00 Euro satu kebab ( Malaysia satu meal macdonal RM10.00 )
Coklat lagi murah xyah cerita laa..
Baju kat Real ( ala TESCO ) jaket, tshirt boleh dapat dalam 10-20 Euro, kekadang 6 Euro je.. ( baju kat tesco pun at least RM20)
dan barang branded lain macam kasut adidas, beg Deuter macam harga kat Malaysia tetapi di convertkan ke Euro ( bahagi 5 la senang )
Anda boleh beli kereta BMW 325 series di German dengan harga 50 000 Euro atau kete compact macam Hyundai dan KIA Picanto dengan harga 7000 Euro sahaja.. kereta import dari Korea dan Jepun agak murah dari kereta tempatan.
So tepuk dada tanya selera… anda boleh hidup selesa di Europe ( khasnya German ) walaupun hanya berpendapatan 1000 Euro sebulan. Kalau kat Malaysia RM1000 belum tentu dapat hidup selesa apatah lagi yang bergaji RM500-RM600 tu..
Anda boleh juga merujuk kepada article yang saya post dulu kat blog ni, tapi yang ceduk dari email la…
https://roydotcom.wordpress.com/2009/06/22/cost-of-living-in-malaysia-is-too-high/
Sekian..