“Raspberry Leaf Tea” untuk Mudahkan Bersalin?

Daun Rasberri

Salam Pembaca..

Insyallah, dengan izin Allah isteri saya akan melahirkan anak pertama kami pada April ini. Idea mengenai teh daun raspberry ini keluar dari kakak saya kira-kira awal bulan Februari yg lepas menyuruh saya mencari kebaikan teh herba tersebut sebab dia juga pernah mengamalkan teh tersebut, siap boleh pergi sekolah, sarapan, tup-tup sebelum pukul 10 pagi dah selamat melahirkan bayinya. Ironinya masih ramai dari kalangan orang Malaysia tidak mengetahui khasiat teh tersebut sehinggakan kalau kita google dalam bahasa Melayu tidak banyak maklumat yang akan kita dapat. Tapi sebenarnya amalan ini telah lama dipraktikkan di Eropah sejak dari kurun ke 6 lagi. Google je Raspberry Leaf Tea and pregnancy. Banyak yang keluar.

Daripada pembacaan saya teh ini bukanlah ubat untuk memudahkan bersalin, terlampau sedikit kajian saintifik mengenainya. Tetapi disebabkan khasiatnya, teh ini banyak digunakan sebagai minuman tambahan ( supplement ) bagi ibu-ibu mengandung terutamanya selepas trimester ketiga.  Menurut satu website yang saya dapat http://www.pregnancy.com.au/resources/topics-of-interest/pregnancy/raspberry-leaf.shtml , antara khasiat teh daun rasberi ini ialah:

1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )

2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung

3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.

4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.

5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.

6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.

Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke 37. Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan 2-3 gelas sehari pada minggu ke 39 dan juga boleh minum sebelum ke “labour room”.

Sehubungan dengan itu saya ingin memperkenalkan teh tersebut kepada pembaca blog yang mana berminat untuk membeli teh tersebut dari saya. Teh tersebut diimport dari London, United Kingdom (UK). Menurut pembekal, anda semua boleh mula minum teh tersebut bermula dari minggu ke 36 atau ke 37, tetapi cuba elakkan dari meminumnya jika kandungan kurang dari 35 minggu.

Kandungan teh tersebut mengandungi 1 gram (48%) daun raspberry, daun blackberry dengan perisa asli raspberry. Setiap kotak mengandungi 20 uncang teh dan dijual dengan harga RM28 sekotak tidak termasuk kos penghantaran iaitu RM7 untuk semenanjung Malaysia dan RM10 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk stok pertama ini Expired Date seperti yang tercatat di kotak ialah “Best before end April 2011” bermaksud boleh digunakan sehingga April 2011.  Saya akan update bila stok baru sampai nanti. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh berhubung saya melalui ruangan komen dengan sertakan email yang betul supaya saya dapat membalasnya nanti. Komen dari anda amatlah dialukan, Untuk belian dalam talian boleh pergi ke website http://www.teaforlifetime.com atau ke fanpage saya

Teh Daun Rasberi untuk dijual. Untuk tempahan boleh hubungi saya.

Advertisements

JoliCloud – alternatif OS untuk Netbook anda.

Jolicloud yang di install kat Netbook Acer yang ada touchscreen

Salam Pembaca…

Untuk rekod korang, saya dah pakai Linux ni dari 1997 lagi, lepas SPM install kat “my first cloned PC” 486 DX 100, gara-gara nak cari alternatif, nak bagi main internet laju sebab zaman tu pakai modem dial up je. Lepas tu beralih ke Mandrake, dan Ubuntu sampai la sekarang. Masih lagi pakai Ubuntu kat Desktop rumah untuk keje-keje mendownload, video editing dan mestila games 3D yg power (yang ni terpaksa pakai Windows 7 la).

Baru-baru ni saya beli Acer Aspire One Happy untuk ganti laptop wife saya yang berat macam batu nisan tu, biar adik laki dia pulak habih kudrat nak bawak laptop tu jalan-jalan. Jadi senang sikit nak bawa netbook bila pergi melancong, ringan je. Nak beli Ipad macam mahal dan alang-alang bagus tunggu Ipad 2. ( cover sebab takde duit sama, hehe ). Saya try la google the best alternatif OS for netbook untuk buat dual boot dengan Windows 7 Starter yang macam kecik je kat netbook tu. Jadi terjumpa la JoliCloud, katanya bagus dari Ubuntu netbook remix. Lepas install memang saya akui dia bagus, interface ala-ala android sebab semua pakai HTML 5 yang Google Chrome bangunkan, sekurangnya dia masih pakai kod Ubuntu dalamnya. Jadi korang still boleh access local application macam Star-office dan sebagainya. Tak macam Chrome OS yang asalnya dibangunkan sebagai WEB OS. Apapun dia memang simple. senang digunakan, sekali klik korang boleh check Facebook, Tweeter, Skype dan sebagainya. Lepas install, automatik kita dapat masukkan user-user lain termasuk develepor dia dan dapat tahu application mana yang diorang suka pakai.

OKlaa malas cakap banyak.. korang boleh tengok kat Website dia http://www.jolicloud.com. Kalau tak tau install boleh datang rumah aku, cukuplaa bawa pizza ke sebagai buah tangan ek.. 🙂

Skrin Utama dia, sekurangnya orang akan tertanya-tanya bila lalu kat belakang