Europe Trip 1: Heidelberg – Mannheim – Paris

Salams,

Kali ni saya nak kongsi pengalaman europe trip saya bersama dgn isteri dan rakan saya bersama anak isteri dia, jadi semuanya 5 orang. Perjalanan kami ke Paris mengambil masa selama 3 jam 10 minit menggunakan keretapi laju ( bullet train ) sejauh 455 km. Segala tiket dibeli secara online lebih kurang dua bulan sebelum pergi ke Germany lagi. Kalau lambat beli jadi mahal,  kami orang dapat tiket murah sebanyak 39 Euro seorang sahaja. Maklumat lanjut boleh pergi ke website http://www.bahn.de . Keretapi dia biasa je, tapi sebab design jalan dan coach dia menyebabkan dia boleh memecut sehingga 300 km/j, selesa dan tak goyang-goyang macam KLIA Express kita, ( tu baru 150km/j hehe terkutuk pulak ).  Masa dalam train tu punyelaa ramai, sebab cuti Easter ( Good Friday ) sekolah cuti seminggu. penuh dengan orang German nak melancong ke Paris dan bukan train Dbahn je yang pergi ke Paris, banyak lagi train lain ke Paris seperti SBB ( Switzerland ) dan TGV ( Perancis ).

Bullet Train Germany DBahn dan TGV SNCF dari Perancis kat Gare De Est. Bullet Train Dbahn ni pernah accident masa mula-mula launching dulu. Tgk rancangan Second from Disaster kat NGC

Sesampai di Paris di Stesen Gare De Est, hentian bagi semua keretapi dari timur ( Germany, Switzerland, Holland dll ) kami disapa oleh peminta sedekah, suasana yang jauh berbeza dengan Germany. Peminta sedekah dari Asia Tenggara yang menyapa kami dengan “Speaking Engllish?” dan memberi satu kad mengatakan yang diorang ni orang Bosnia yang memerlukan bantuan bla..bla..bla. Sebab terkejut buat tak layan je laa.  Silap sepatutnya saya cakap yang saya tak pandai cakap ongputih… “Noine, sprechenzi Doysh” ( bukan ejaan sebenar ). Sebab kami dah sampai petang, dan kebetulan pulak malam tu hujan dgn suhu 5-6 Degree Celcius, jadi makan maggie je laa kami orang malam tu, nasib laa ada periuk nasi, senang nak masak air, buat maggie dan segalanya. Hotel bajet yang saya duduk tu murah dalam Euro tapi amat mahal dalam RM, berharga 54 Euro semalam, jadi 3 malam melayanglaa 162 Euro. Dengan heater setakat suam-suam kuku je menyebabkan mandi air panas dan minum kopi panas amatlaa nikmatnya masa tu.

Seperti jugak tiket keretapi, hotel yang saya duduk tu dah ditempah hampir dua bulan awal pakai internet kat http://www.easytobook.com.  Sebagai tips selepas booking hotel, cuba dapatkan email atau no telephone hotel tersebut dengan kuasa Google. Sebab saya extend satu malam kat hotel tu direct melalui hotel dan bukan melalui ‘third party website’ website seperti Easytobook tu, sebab website tu cakap dah takde bilik, nasiblaa saya dapat contact direct dengan hotel tu untuk tambah lagi satu malam.

Kat atas tu video yang saya ambik kat youtube, tu first class punya coach. Kami orang duduk kat 2nd class je, sempit-sempit sikit. Video pengalaman saya dlm ICE Train akan saya upload lepas saya edit nanti, kena kecikkan saiz dia dari full HD dulu.

Update: Video perjalanan saya dari Heidelberg ke Paris ada kat bawah

Advertisements