Earth Day

Earth WallpaperAssalamualaikum dan Salam Pembaca

Tadi tertengok “ending” Buletin Utama yang mengisahkan sambutan “Earth Day” yang jatuh pada hari ini di seluruh dunia. Dengar cerita ada kempen nak bergelap selama lima minit di seluruh dunia, itu saya tak pasti, rasa macam tak jadi je kat Malaysia ni, yang jadinya hampir seluruh Sabah bergelap bukan 5 minit tapi 5 jam semalam.. hehe.. bukan sebab Earth Day, tapi mentaliti.

     Jadi malam ni saya nak cerita sikit pasal mentaliti orang Malaysia, susah nak diuraikan dan yang pasti amat sukar nak ubah walaupun Malaysia dah boleh dikatakan maju. Kekadang terfikir jugak kenapa tiada langsung terlintas di fikiran kita mengenai penjagaan alam sekitar, buang sampah ditempat yang sepatutnya, kitar semula dan macam-macam lagi. So saya nak tanya pembaca-pembaca, ada tak saudara-saudari pernah tengok orang shopping kat TESCO atau Carefour bawak beg sendiri atau pakai beg plastik pakai semula yang diorang jual RM0.99 tu? Kalau ada saya amat berbesar hati kalau anda dapat tangkap gambar ke, tak pun cerita laa kat sini.. 🙂 Kalau kat pejabat-pejabat pulak, mentang-mentang kertas free, jadi suka hati je print, kekadang email tak sampai separuh muka surat pun nak print. Bukti katanya..dan satu lagi ayat yang biasa kita dengar “aku ni konvensional sikit, kena ada black and white”.  Itula mentaliti rakyat kita dan nampaknya kerajaan masih belum pun menanamkan semangat cintakan alam, semangat kitar semula pada kanak-kanak sekolah.

       Pada saya, kalau timbul walau sekelumit dalam fikiran mengenai alam sekitar, maka secara perlahan-lahan kita akan dapat biasakan diri dengan kitar semula, kurangkan penggunaan plastik, kertas dan sebagainya. Mungkin bagi yang hati lembut tu boleh jugak jadikan konsep “kesian tukang sapu tu” dengan tidak buang sampah merata-rata. Memanglah kalau setakat nak usung berat-berat surat khabar lama, tin aluminium ke pusat kitaran semata-mata seringgit dua tu tak berbaloi, namun itu sahajalah yang mampu kita lakukan. Akhir kata, ubahlah mentaliti kita, kalau ada member yang sebarang je buang sampah ke, apa ke, ceramah je sikit, sia-sia je belajar tinggi-tinggi hehe 🙂 Sekian Wassalam.

“Safe the tree, think before you print”.

p/s Enjoy lagu Linkin Park- What I’ve Done kat bawah nie.. Gambar bumi tu pula bolehlaa buat wallpaper ye. Happy Earth Day, 22 April 2008. Mmm.. bos aku kata kat Jerman dok salji lagi, -1 degree celcius. Huhu.. nampaknya dunia dah tenat…

Menonton Sambil Belajar English

subtitlesAssalamualaikum dan salam sejahtera

Banyak pulak idea yang nak dikongsi dengan pembaca.. Internet is my heaven of knowledge. tapi sebab terlampau banyak sangat maklumat, kekadang jem jugak, sebab kalau ada mende yang belum terlintas kat fikiran untuk kita cari, jadi sampai sudah kita tak akan terfikir mende tu. Sejak saya duduk kat KL ni, internet adalah segalanya, sampai kalau nak keluar rumah pun saya akan check google maps dulu. http://maps.google.com. Cari jalan, takut sesat asalnya.. tapi sesat jugak hehe 🙂 tapi tips untuk orang yang tak biasa dgn KL nie.. jangan percaya sangat dengan imej satelit kat google map tu. sebab bila dah duduk atas jalan, lain jadinya. Cuma yang penting kita tau apa nama jalan yang kita nak tuju, nak pakai jalan mana, arah mana dah sebagainya.

Oklaa saya nie penggemar cerita bersiri seperti Prison Break, Smallville, dan Heroes.. Cerita Korea tak minat ye. Rasanya sekali je seumur hidup saya terlayan cerita bersiri Kantonese zaman sekolah-sekolah dulu. Akibatnya melekat petang-petang kat rumah lepas sekolah.. huhu. patutnya pergi mandi-mandi sungai. Ke masa sekolah asrama ntah?.. dah lupa.. Oklaa berbalik kepada cerita yang kita download ataupun kita mintak secara percuma dari kawan-kawan kita yang download. Sepanjang beberapa season saya tengok tak terfikir pulak yang kita boleh download subtitles dia dari website, baru-baru ni ntah kenapa googling subtitles tv-tv series tu, then dapat.. itulaa internet.. semua ada. So kepada siapa-siapa yang belum terfikir bolehlah lakukannya sekarang http://www.tvsubtitles.net atau search je kat google. Cerita filem pun boleh download jugak. Fail dia dalam bentuk zip. Kecik je. Extract fail tersebut dan namakan fail tersebut sama dengan fail video dia. Contoh kalau video tu prisonbreakS0312.avi so fail subtitle dia kena la prisonbreakS0312.srt jugak. Make sure anda dah install semua code yang perlu. Biasala kalau dah install storm codec tu takde masalah dah. Dan kepada pengguna Linux Ubuntu, jangan risau dia akan install automatik, siap boleh ejas-ejas tulisan lagi nak besar ke kecik ke..

OK. Selamat Mencuba

Human Body: Keagungan Pencipta

Human BodyAssalamualaikum dan salam pembaca..

Lama tak tulis blog nie. baru lepas exam 1 paper tadi, ada lagi 3 paper yang agak susah akan menyusul minggu depan.. adoi.. apapun asigment dah siap, concentrate study je la. Minggu lepas dengan malam khamis lepas saya ada menonton rancangan baru kat Discovery Channels, Human Body, Pushing the Limit. Sememangnya saya minat menonton sesuatu yang ilmiah dan sebab channel-channel macam tu la saya masuk ASTRO hehe.. Is it i’m too technical person? gitulaa kata sesetengah orang dengan saya.. dan diorang kena laa fahami saya ye tak? Oklaa kepada yang belum menonton rancangan itu, rajin-rajinla menatap rancangan ini. secara tak langsung kita akan menginsafi betapa agungnya ciptaan Allah Ta’ala sampai kebanyakan penjelasan saintifik tidak dapat dihuraikan sepenuhnya, jadi ayat yang biasa kita dengar.. “….remain mystery”. Saya masih ingat dalam rancangan minggu lepas, mengenai mata. Mata kita diibaratkan “biological alarm clock” di mana dia akan mengawal tahap hormon badan kita supaya kita mengantuk dan hilang mengantuk apabila tenaga dalam badan kita pulih seperti sediakala. So layanlaa mata anda dengan sebaiknya, tapi kalau yang melampau tidur tu rasanya ada sesuatu yang tak kena kot dengan jam dia, kena tuning balik alarm clock tu. So jangan lupa menonton rancangan tu ye.. mm bagi sesiapa yang terlepas tu boleh beli DVD kat http://www.discovery.com ataupun menonton secara percuma kat website dia.. Tapi takdelaa subtitles, orang macam saya ni kena kembangkan telinga betul-betul baru faham.. 🙂

Oklaa saya nak jalankan survey sikit.. Apa yang anda akan lakukan kalau kereta anda dilanggar dari belakang. tak laa teruk, kalau pakai bumper plastik, dia calar la sikit.. mm kalau besi tu mungkin kepek sikit. So adakah anda akan minta duit ganti atau maafkan kesalahan diorang tanpa minta apa-apa? Mmm..

Nota kaki, sebenarnya kereta saya kena langgar di jalan Triang Temerloh masa balik mengundi dulu.. huhu.. yang peliknya saya menjadi orang yang paling pemaaf hari tu, tak tau kenapa.. Adakah dia datang dari hati, nafsu, akal atau respon spontan (kes mamat tu ada ayat pengasih 🙂 )?.. ish kena suruh Discovery Channel kaji ni hehe..