Travelog Part 4 – Sebelum Pergi Melancong

Salam Pembaca..

Dah 2 minggu tak update pasal cerita melancong ni ek… kot-kot laa pembaca senyap nak baca.. OKlaaa kali ni saya nak cerita persedian yang perlu anda buat apabila keluar negara… Secara ringkasnya:

(a) Bagasi anda… bawa yang perlu sahaja, dan sediakan ruang kosong untuk anda isi segala cenderahati yang dibeli diluar negara nanti… macam saya dulu, saya bawa segala bekalan makanan malaysia, sambal segera, rendang segera dan periuk nasi kecik.. masa tu sebab isteri ikut, jadi bila saya pergi kerja dia bolehlaa masak-masak kat hotel… tapi beg kami tetap kecil.. size 20 dan 21 sahaja… Tetapi jika anda melancong ke Australia, anda tidak dibenarkan membawa sebarang makanan basah dan juga produk tenusu. Berbeza dengan negara Europe, anda boleh bawak apa saja.. jangan benda haram sudah laa.

(b) Kad kredit – amat perlu ketika kecemasan dan juga kalau tak cukup duit. Anda tidak digalakkan membawa wang tunai terlampau banyak demi keselamatan. Kad kredit boleh digunakan untuk membayar hotel dan juga membeli belah. Anda juga boleh membeli internet access. Sebab kebanyakan Wifi Hotspot di Airport dan juga di sesetengah hotel berbayar memerlukan kita membeli akses untuk sejam, sehari dan sebagainya. Tetapi jangan lupa untuk menelefon pihak bank untuk mengaktifkan transaksi anda di luar negara sepanjang masa anda berada di luar negara, kalau tak percuma je kena “reject”. Penggunaan kad kredit di luar negara juga lebih bagus sebab ia berdasarkan kadar tukaran mata wang semasa. Sebagai contoh sebelum anda keluar negara matawang Euro adalah RM4.68 bagi satu Euro, mana tau bila dah keluar negara tiba-tiba matawang Euro jatuh, kan untung.

(c) Kalau anda pakai post paid ( mungkin Maxis je kot ) dan tak pernah pergi keluar negara lagi, anda kena telefon khidmat pelanggan untuk aktifkan roaming. Kalau tak free je takde line masa kat luar negara nanti. Kalau prepaid takde masalah rasanya.

(d) Pakaian yang bersesuaian. Tak semestinya anda perlu membawa baju salji yang tebal bila anda pergi melancong sebab bukan sepanjang masa anda berada di luar kan, cukuplah dengan jaket tebal dan juga “Long John: baju yang melekat kat kulit tu. Tapi jika anda nak bawa jugak, anda boleh beli plastic yang boleh anda kepekkan dia untuk mampatkan baju tu, nak senang pakai vakum untuk sedut udara dalam dia tu.

(e) Pastikan passport anda masih “valid” sekurang-kurangnya lebih tiga bulan dari tarikh tamat, sebab ada sesetengah negara tak benarkan anda masuk dan juga pihak imigresen Malaysia juga ada hak untuk menyekat anda dari keluar negara. Fotokopi semua passport dan juga kad pengenalan anda, simpan ditempat berasingan untuk keselamatan.

Oklaa.. sehingga jumpa lagi, nanti saya cerita pengalaman semasa di sana pulak..

Advertisements

Travelog’s Part 3 – Melancong ke Luar Negara

Antara Persedian saya sebelum pergi melancong, siap print lagi.

Salams Pembaca…

Kali ni saya nak cerita betul-betul punya trip ke Europe.. yang catatan saya sebelum ni tidak boleh diambil kira sangat sebagai melancong, kira “business trip” je. Pagi pergi keje 7:30 balik pukul 6:00 petang. 2 minggu kerja macam robot.  Hari minggu je ada masa berjalan-jalan kat sekitar hotel dan bandar terdekat dan semuanya diuruskan oleh bos.  Cukup cerita pasal German, kali ni saya nak cerita persedian yang perlu dibuat apabila melancong ke luar negara…

Perbezaan melancong  ikut pakej ataupun melancong  sendiri-sendiri, mana yang lebih best?

Melancong Ikut Pakej: Semuanya diuruskan dari tiket kapal terbang, penginapan, makanan dan segalanya diuruskan oleh syarikat perlancongan.  Yang perlu anda sediakan ialah wang dan duit poket anda sendiri.

Melancong  Sendiri: Semua anda uruskan dari tiket, hotel, nak cari kedai makan dan bersedia untuk hadapi risiko sesat, kena tipu dan segalanya.

Pendapat saya: saya lebih suka travel sendiri sebab:

– Anda bebas melakukan apa sahaja, tiada peruntukan masa, tak banyak kepala nak layan, dan yang penting travel sendiri memberi banyak pengalaman berharga kepada kita terutamanya untuk orang-orang yang adventurous.  Dan perasankan anda kalau kita tengok mat saleh, atau bangsa china, kebanyakannya yang travel secara berkumpulan ialah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Maafla kalau terasa hehe… sebab saya seronok tengok mat saleh terutamanya “backpacker travellers” boleh jalan sorang-soranag atau berdua ke merata tempat di dunia.

– Anda boleh jimat banyaaak sangat. tu yang paling penting pada saya. Sebagai contoh anda boleh makan maggie dulu tengahari bila balik sembahyang kat hotel. Semua ni disebabkan kebebasan masa yang ada kat kita.

Persediaan Sebelum Melancong – masa 3-4 bulan sebelum tarikh perjalanan.

1.  Dapatkan tiket yang paling murah.. biasanya Air Asia untuk bergerak keluar dari Malaysia ke luar negara. Dan perlu ingat alang-alang anda dah keluar dari negara, rebutlah peluang untuk melancong ke dua atau tiga negara sekaligus kerana ini peluang anda seumur hidup sebab dari negara yang kita lawati tersebut banyak lagi penerbangan tambang murah dan pelbagai jenis pengangkutan untuk ke negara jiran yang dilawati kita.

2. Ini yang penting, “research and study”. Haha mungkin anda paling malas nak buat mende ni.. tapi disamping anda dapat pelbagai maklumat, anda juga dapat banyak ilmu tau. Contoh yang terjadi kat saya.. dok sibuk-sibuk surfing saya dapat maklumat yang ada hospital kat German menyediakan doktor beragam Islam untuk pesakit beragama Islam dan hospital yang mesra penganut islam ini juga menyediakan makanan halal untuk pesakitnya. Contoh lain perkembangan Islam di Florence, Italy di mana terdapat kedai daging halal menyediakan bekalan daging halal ke banyak kedai pizza dan steak di mana menurut pemilik restauran tersebut daging yang disembelih lebih lazat dan kurang berbau.

Di zaman internet ini semua maklumat di hujung jari anda dan percayakan anda saya hanya menggunakan Google Map untuk mencari sebuah Restaurant Indonesia di tengah-tengah kota Paris yang memang besar sangat, dengan apa? Street View, lepas tu saya ambik gambar segala jenis simpang dan jalan kat internet dan view balik kat tengah-tengah jalan pakai kamera digital saya disamping bantuan peta yang saya beli kat Lonely Planet dan peta perlancongan dan system transit Paris yang saya ambik kat hotel.

Street View dari Google Maps. Untuk makluman Street View untuk bandar KL, Google belum buat lagi. Sekurangnya dengan ni anda dapat tau rupa hotel dan tempat yang ingin anda cari.

Antara research yang amat penting dilakukan ialah:

(a) Sistem Pengangkutan, mana yang paling murah dan berbaloi, bandingkan dengan pakej ataupun belian point to point ticket ( untuk keretapi ) secara online. Pada kes ini saya beli tiket “point to point” berbanding dengan “Europe Pass” dimana tiket yang dibeli awal amat murah dan semuanya online.

(b) Dapatkan arah kiblat dan waktu sembahyang bagi setiap tempat yang dilawati. Jangan lupa bawak kompas pulak. Anda boleh google sahaja “prayer time in Paris” dan sebagainya.

(c) Dapatkan senarai restaurant halal sebelum pergi. “Website” http://www.zabihah.com banyak membantu saya dimana kebanyakan restaurant halal di tandakan didalam Google Maps di website tersebut.

(d) Buat research hatta perkara yang paling ringkas sekalipun. “How to travel from Gare de Nord to Orly Airport” atau “How to store a luggage at Santa Maria train station”.  Itulah yang saya lakukan ketika ingin membuat “day trip ” kat Venice, Italy tempoh hari.

3. Anda mungkin ingin mengambil jalan mudah untuk pergi ke negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan tapi anda juga mungkin teringin untuk pergi ke Paris bukan?  “the most visited city in the world”. Tapi bersediakan anda jika tiba-tiba anda ditegur dalam bahasa Perancis atau ada masalah yang memerlukan anda ke balai polis dan sebagainya. Paling mudah untuk makan di restauran dan sebagainya. Jadi belikah kamus poket, sekurangnya anda boleh cakap kat “cleaner hotel” atau kat kedai makan  untuk minta apa-apa. Dan secara jujur saya katakan yang anda pasti seronok sekurang-sekurang dapat berbahasa tempatan walaupun sepatah dua.

4. Beli tiket tempat-tempat menarik seperti muzium  secara online, “print” kat rumah dan bila di sana masuk je, takyah membuang masa beratur panjang kat sana.

Kesimpulannya, semua persediaan ni sedikit sebanyak boleh menyenangkan jika anda pakai I-Phone, banyak perisian yang boleh kita pakai kat I-Phone, tapi masalahnya berapa kerat sangat yang mampu dah dah bersedia untuk jadi “Gadget Freak” kan?

Sekian, Nanti saya akan cerita serba sedikit pasal barang yang perlu anda bawak pulak yek… terutama untuk badget traveller macam saya ni .