Austria & Czech Republic

Salam pembaca,

Europe trip saya kali ni dah nak sampai ke penghujung, rasanya lagi dua entry cukup kot,  Austria & Czech Republic dan juga Jerman dan Netherland.

Ok, dengan tidur di rumah host Couchsurfing, saya boleh masak masakan malaysia, biasa tu la cara termurah dengan beli barang keperluan dari asia market, kalau minyak masak, beras, tepung biasanya tuan rumah dah ada. Perjalanan kami dari budapest ke Vienna pakai train hanya mengambil masa 3 jam, lepas 4 jam buang masa tunggu kat highway kononnya nak hitchike, last last naik train, takpe pengalaman pertama tak semestinya manis kan.

image

Banyak koleksi buku mamat ni… budaya membaca yang tinggi di usia remaja lagi

Di Vienna kami disambut dengan Lafi dan juga Elias, nama macam melayu, nama samaran, nama penuh bunyi Jerman la. Diorg member baru dlm komuniti ni dan rasanya layanan yang diberi lebih dari hotel 5 bintang la. Lafi student law dan housemate dia ambik phisiology. Walaupun hanya baru berumur 22 tahun, Lafi ni dah ada rumah sendiri, di beli dgn pertolongan ayah dia. Tak tahulah tengok student student university kat sini semua nampak matang, dengan buku penuh satu almari dan dalam kepala banyak yang tahu, tanya je.

Saya dan kawan saya tidur 3 malam di rumah diorg, sempat la basuh baju apa yg patut, dan sebab dah rasa mcm rumah sendiri, dua mlm la makan nasi. Mlm kedua siap buat nasi lemak lagi, nasib jadi, struggle jugak masak atas hot stove. Rice cooker takde. Ikan bilis cari kat asia market, orang Vietnam punya.

Czech Republic

Di Czech saya singgah di dua tempat, satu malam di Brno dan 3 malam di Prague. Di Brno saya jumpa sambil lunch dgn surfer yang pernah datang rumah saya dulu, the world is too small. Tak sangka. Tapi sebab rumah dia dgn awek dia dah ada orang lain sama jadi saya tidur kat rumah pasangan keluarga dgn seorang anak baya Zamir, dlm lingkungan 3 tahun lebih. Dia members dalam family welcome group, saya post mesej dalam forum buat cerita sikit pasal trip ni, terus dapat jemputan, rasanya kalau bawak anak bini jalan sama lagi byk org jemput kot.

image

Dari jadi muda macam student, bila stay kat rumah family ni rasa macam bapak balik, tau macam mana keluarga di Czech Republic membesarkan anak mereka. Taska walaupun untuk baby disediakan oleh kerajaan. Yang bestnya cuti bersalin la boleh ambik berapa lama nak sehingga maksimum 2 tahun, lebih kurang macam Jerman. Even kawan saya kat Vietnam pun cakap cuti bersalin di sana 5 bulan. Sesuatu yang patut kerajaan kita kaji, dan mungkin juga ini antara faktor yang boleh menyebabkan masalah sosial sekarang?

image

Meet my old surfer…

Selepas semalam di Brno, saya bergerak ke Prague, dengan naik bas student agency, murah je 18 euro untuk 3 jam setengah perjalanan. Sampai pun dah malam, cuma langit je cerah lagi.. Haha yang ni jadi student balik, real student life punya, rumah dgn 5 housemate, cuma masa kami dok tu dua org takde, cuma sorang tu je macam tak friendly sangat, host saya cakap sebab masalah bahasa. Ntahla.

OsmAnd+

Pak cik osmand ni ialah penyelamat saya ketika di negara orang, saya tak beli local no sebab setiap negara  yang dilawati kena beli, jenuh la, nak roaming data mahal. Saya ada dua no. – Maxis dan no. Office saya – Celcom, dukacita dimaklumkan roaming Celcom tiada di negara Crotia..  Okla, biasa selepas confirm dengan host saya akan minta no tel dgn alamat penuh, dan saya akan save point of interest kat map osmand tu siap siap. Map dia lengkap, even metro station, bus stop pun kita boleh filter kat skrin. So sampai rumah boleh ketuk je terus. On saja gps lepas  tu boleh jalan jalan. Untuk save hot spot utk hitchiking pun boleh, so bila baca kat hitchwiki, save website tu kat evernote atau apa apa editor dan location tu boleh simpan siap siap kat pak cik OsmAnd. Untuk free version boleh download sehingga 10 map, kalau kes saya kena beli la sebab dalam German saja pun dia dah pecah pecahkan sebab besar.

Okla rasanya cukup takat tu je, nanti saya cerita pasal the kindness of stranger, Berlin dan Amsterdam

p/s: Europe Trip 2014 – Part 4 of 6

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: