Pemandu Malaysia vs Pemandu Brunei

Masjid Omar Ali SaifudinAssalamualaikum & Salam Pembaca..

Dah lama tak tulih blog.. sibuk sangat dengan assigment, bisnes, balik kg, layan parent kat Sarawak, exam ( mmm ada lagi last paper lusa.. isk-isk). Tapi apa yang berlaku sejak dua menjak nie sekurang-kurangnya dapat laa ubah sikit agenda harian saya… kalau tak macam robot je, pergi keje, balik pukul 5, check email, malam makan, tgk tv, surfing, repair komputer, tidur. Hari minggu bisnes kat pantai..walaupun tak seberapa at least bisnes sekurang nya keluar laa sedikit dari rutin hidup saya sebagai robot kilang gas.

Mmmm minggu lepas saya dengan parent saya bercuti kat Miri dan Brunei, saja nak bawak orang tua jalan-jalan kat Sarawak, tahun lepas setakat Bintulu je, 2 malam je pulak tu, ni sampai seminggu kat Sarawak, pueh hati korang yek.. 🙂  Walaupun kalau ikut hati saya tak puas pergi Brunei, tapi bagi orang tua saya cukup la kot, yelaa dah uzur.. tak larat. Selama beberapa jam berada di satu-satu negara yang masih sepenuhnya diperintah oleh Sultan, saya perhatikan banyak perkara yang boleh kita ambil terutamanya penekanan baginda terhadap isu keislaman dan moral. Memang la banyak perkara-perkara yang baginda buat menyebabkan orang-orang Brunei lebih selesa turun ke Miri hujung minggu kes takde tempat senget-senget,cucuk langit kat sana, tapi sebab itulah menjadikan negara Brunei istimewa. Sekurang-kurangnya dengan penguatkuasaan akan mengurangkan sedikit masalah sosial di sana.
Satu lagi yang bestnya ialah sikap pemandu kat sana, begitu berhemah walaupun kita aJalan di Bruneidalah serumpun dengan mereka, siapa kata orang melayu tidak berhemah bila bawa kereta? Kenapa pulak orang melayu Brunei lebih berhemah bila memandu. sampai kalau diorang nak keluar simpang pun sanggup tunggu sampai betul-betul clear baru keluar, so tak payah laa kita nie sibuk tekan brek nak bagi laluan kat diorang. Kalau kat Bintulu nie he he, mungkin banyak mat salleh kot suka makan angin kat lorong kanan, pas tu banyak lampu signal rosak.. kesian.. 🙂 Ntahlaa kekadang terfikir gak mungkin orang Malaysia di kadar stress tinggi dari orang Brunei, kes minyak mahal, gaji rendah bla bla berbanding dengan Brunei. Minyak kat sana $0.53 je, convert duit kita baru RM1.15, so minyak kete saya memang full la sebelum masuk Malaysia. biar berat asalkan penuh 🙂

Itulaa serba sedikit coretan masa saya pergi Brunei, memang banyak faktor-faktor dan sesuatu yang boleh direnungkan bersama… Sekian wassalam.