Amsterdam… All with cycling distance..

image

Berjaya cari photoshot exactly sama dgn Windows 7 Pro – Theme Netherland… haha

image

Kat tangga pun ada tempat tolak basikal

Salam pembaca..

Perjalanan saya dari Berlin ke Amsterdam mengambil masa hampir 15 jam termasuk buang masa 2 jam hitchike tunggu kereta kat Autobahn.. Hasil nya pun agak mahal jugak la.. Asalnya memang tak nak hitchike pun sebab fikirkan masa,  jadi saya ambil service carpool. Kongsi kereta dengan sapa sapa yang nak gerak ke Amsterdam.. Tup tup di hari kejadian boleh pulak dia cancel cakap kereta dia rosak.. Ooo anyway memang murah, kekadang lebih dari separuh tambang bas lagi… Boleh check kat carpool.co.uk atau blablacar.com.

image

Jadi student dok kat hostel university room pulak.. tapi single room with kitchen and attached bathroom.. oklaa

image

Sesampai di Amsterdam pun dah tengah mlm.. Dengan salah naik train nak ke rumah host saya lagi.. Train tak nak berhenti kat station dia. Rupanya train inter-city… Haha.. Host saya muda sgt.. Baru 21 tahun.. Ambil sains environment kat international school, University of Amsterdam. Seorang hitchhiker jugak dan pernah kerja sukarela selama 6 bulan ke setahun ntah kat Israel. Most student lepas sekolah menengah samada kena pergi latihan tentera ala PLKN atau buat kerja sukarela.. Mmm malaysia bila nak buat ek kat oversea ke. Study free utk student dari kesatuan Europe 2000 euro setahun tapi luar dari Europe huhu 10000 euro ma kena bayar… Saya dapat basikal kawan dia satu.. Dua hari kayuh pusing bandar.. Dan hari ketiga saya kayuh sendiri.  Rasa rasanya 3 hari tu mau jugak la 30-40km kot. Lebam jugak la bontot. Amsterdam,  syurga dunia bagi yang nakkan kebebasan, Sex, ganja,  semua ada. Tapi apa apa pun trademark basikal lagi popular kat situ.. Mana mana ada basikal.. Tak kisah la basikal klasik warna hitam  atau racing bike. Enjoy jugak kayuh.. Flat surface dan tak peluh.

image

Nightshot with my Lumix TZ30 , 8 sec aperture

Amsterdam terkenal dengan jajaran terusan dan ratusan jambatan dia.. Best buat night shot. Sempat jugak pergi keluar lepas sunset dgn geng geng analog SLR dan  DSLR dari dekat pukul  10, sunset lama tu sampai pukul 12 tgh mlm baru gelap betul. Ooo masa saya pergi pekerja dewan bandaraya dia mogok… Patut la banyak sampah.

image

Thanks Guys for having a good time together..

Erti sebenar mengembara

Selama sebulan saya mengembara ni… Banyak perkara yang saya pelajari. Survivor hidup di tempat orang, mengenali jiwa jiwa pengembara sebenar yang lain. Planning dan juga unplanning dan yang penting melihat hati budi orang lain yang hanya baru beberapa ketika berjumpa. Melihat masyarakat setempat dlm kehidupan seharian mereka dan banyak lagi.  Trip saya kali ni banyak dihabiskan untuk mengenali masyarakat dan kehidupan mereka dan bukan sekadar tempat tempat menarik sahaja dan mesti lah saya akan jadi duta untuk memperkenalkan masakan Malaysia.. Hehe

Emo la pulak kali ni, huhu dah balik ke rutin,  jadi hamba dlm dunia kapitalis .. Tapi best la jugak trip tanpa planning ni.. Boleh suka suka je nak tukar.. Jadi selama 28 hari perjalanan saya ni hanya 6 hari tidur di hostel.. Sekian untuk kali ni.. Nanti saya update kalau ada sesuatu isu specific yang nak saya tulis.

P/S – Menikmati perjalanan hampir 13 jam Paris – KLIA dengan penerbangan MH021- Airbus 380 di atas ruang udara Afghanistan.. Dah la semalam 7 jam dlm bas dari Amsterdam.. Dua hari baru sampai la..

p/s: Europe Trip 2014 – Part 6 of 6

One Response to Amsterdam… All with cycling distance..

  1. It’s genuinely very complicated in this busy life to listen news on TV, thus
    I only use internet for that purpose, and get the most up-to-date information.

Tinggalkan komen