Eurotrip 2014 – Croatia, Hungarian & Canadian hospitality.

image

Klasik rumah ni… rumah peninggalan keluarga host saya di Zagreb

Assalams pembaca..

Semakin bergerak ke barat Eropah maka semakin maju dan mahal kos perbelanjaan di sana. Namun Croatia dan Hungary masih di kategorikan masih rendah. Kalau mkn boleh lagi rm20 sekali di restoran. Kebab dlm RM10 je..

Saya di Zagreb tinggal bersama host Couchsurfing selama 2 mlm.. Bakal doktor yg nak exam pada hari kami berangkat dari rumah dia.. Genius dan hampir semua topik dia tahu.. Boleh cerita sejarah 100 tahun negara bekas jajahan Yoguslavia  yang hanya 1.5% populasi Muslim. Boleh cerita semua genre muzik kat dunia and his English is damn good… Saya belajar buat salad tuna dan telur dgn dia.. 5 min boleh siap hehe..

image

Buda -river – Pest.. View dari Cave Church

Masuk ke Hungary.. Dlm EuropeanNation membolehkan saya travel di Eropah barat tanpa perlu cop pasport lagi. Namun Hungary masih tak dpt bersaing dgn negara kesatuan yang lain.. Masih banyak isu politik dan juga sosial terutamanya dari golongan etnik Roma atau dikenali puak Gypsies. Etnik ini agak terkebelakang mungkin disebabkan cara hidup mereka sendiri sebagai aborigin. Namun satu yg menarik mengenai Hungary ialah rakyatnya yg mempunyai sejarah yg lama dan istimewa. Rata rata rupa paras Magyar atau Hungarian ini sedap mata memandang.. Dengan rambut hitam dan mata kelabu atau hitam dan bulat. Bahasa mereka adalah Magyar yang jauh berlainan dari rumpun Dutch, rumpun Yoguslavia seperti Bosnia,  Croatia dan Serb dan juga rumpun Rusia,  satu satu negara yang ada bahasa nya yang tersendiri. Ini kerana bangsa yang mula menduduki negara ini ialah dari Asia iaitu dari etnik moghul dan hasilnya sekarang bercampur dgn bangsa Eropah yang lain.

image

Church yang pernah jadi masjid masa zaman Uthmaniyah

image

Bekas mimbar masjid di dalam gereja ni.. kat travel phamplet ada tulisan Allah, tapi dah di padamkan kot

Namun kesan penjajahan empayar ottomans masih ada. Ada gereja di sini City Parish Church pernah dijadikan masjid namun bertukar semula menjadi gereja selepas kejatuhannya. Namun mimbar nya masih dikekalkan. Dalam tourist guide masih ada tulisan Allah tu namun bila saya cari tak jumpa pulak.. Ada mimbar je.

image

Welcome dinner, salad dan vegetable egg quicht (pai)

Pengalaman bersama pasangan dari Kanada dan Hungary bersama anaknya 7 bulan memang betul betul menunjukkan semangat one world.. Bukan hanya 1 Malaysia je nya 🙂  mereka bekerja keras membuatkan saya dan kawan saya selesa.. Siap beli cermin,  sandal supaya kaki tak sejuk dan kami adalah org pertama yg dia host melalui Couchsurfing walaupun dah byk dia ajak geng geng dia lepak rumah dia. Kepercayaan yang diberikan kepada kami amat tinggi sampai dia siap bagi kunci rumah lagi.. Sebab rumah tengah bandar jadi dia tak perlu bawak kami jalan jalan.. Satu yang menarik ialah cara didikan yg dibuat,  anak nya yang tidak diajar langsung menonton tv,  semua aktiviti fizikal dibuat sampai la budak tu mengantuk tidur. Sebab tu la wife dia tak kerja..

image

Gini gaya mintak sedekah pun ada.. huhu

Hitchhiking

Plan asal saya nak try hitchhiking dari Budapest ke Vienna,  kat tepi highway jumpa la senior hitchhiker. Dah satu dunia dia hitchhike,  siap lepak kat indonesia 6 bulan,  siap boleh cakap melayu la dgn kami sikit sikit. Namun sebab pertama kali,  samada org local kurang friendly, masalah bahasa atau just because we are Asian, so lepas dekat 5 jam last last boring kami naik train.. Huhu melayang 30 Euro. Takpe cuba lagi di negara yang paling senang hitchhike iaitu German. Bercakap pasal train ni,  dlm perjalanan dari Zagreb ke Budapest saya bertemu dgn Daniel dari Canada dan Philip dari Croatia yang dah mcm Amerika speaking nya. Daniel true backpacker yang beli Euro pass utk travel seluruh Europe selama 3 bulan kot sebelum hitchhike di Israel.. Resign dari jadi tukang kayu dan layan blues dgn tulis journal dan baca novel sampai nangis nangis haha..

image

Daniel (kiri).. hardcore backpackers..

Simple life dgn hanya backpack kecik dia dgn khemah tapi dressing punya smart, siap tie in lagi ..dah boring baru tidur hostel. Mkn pun roti keras besar lengan tu, Indomie, pisang dan sosej segera. Peramah walau pun delay jugak la otak nak proses dia cakap apa. Passport hilang masa night train kat Chech republic tu yg seronok dgr dia cerita tu.. Duit kat poket 2 euro je,  kedutaan pulak tutup kat 4 hari.. Kesian

Ok sambung lain kali pulak… Nak layan “The kindness of Stranger ” sampai nangis nangis pulak.. 🙂

image

Diorang panggil paprika, tapi mcm cili je rupanya

Railjet Express: Budapest – Wien
Austria border 20/05/2014 : 7:00 pm

p/s: Europe Trip 2014 – Part 3 of 6

Istanbul & Bosnia – Ottomans empire

image

Assalams pembaca..

Sekarang saya dgn member saya dlm train ke Budapest. 7 jam dan syukur kami tak terkandas kat Bosnia sebab dengarnya banjir kat sana teruk.
Anyway border control tadi senang tak mcm nak masuk Croatia,  sebab dah ramai org dlm train kot..

Ok,  selama 4 hari kami di Istanbul dan tiga mlm di Bosnia melihat kesan peninggalan empayar uthmaniah memberi byk maklumat berguna kat saya.. Tengok kesan bagaimana Sultan  Mehmet the Conquerer menakluki Istanbul dari Constantinople. Melawat bekas gereja yang dijadikan masjid dan muzium oleh Kamal Artartuk di Ayasofya. Sembahyang Jumaat pertama di  Ayasofya ni diadakan pada 1 June 1453 dan kemudian selepas hampir 500 tahun ditukarkan menjadi muzium pada 1 Feb 1935 untuk kajian arkeologi dan saintifik diadakan.. ( sumber papan maklumat kat dinding muzium 🙂 ).  Itu tempat yg wajib dilawati di Istanbul. Sejak dah byk direct flight je Istanbul dan terbaru dari Turkish airline., maka byk la org Melayu kita pergi sana, dan mcm biasa buat muka ketat,  senyum pun tak,  padahal sama sama ambik air sembahyang dgn kawan saya, kena tegur sebab salah tempat.. Mmm ntahla, lelaki Melayu terakhir kot..

image

Populasi Turki mengandungi 99% beragama islam dan 2%  daripadanya totally berfahaman sekular yg langsung tidak mempercayai tuhan cuma dilahirkan sahaja sebagai islam. Itu sumber dari Wikipedia sekadar utk pengetahuan sahaja.. Tapi yang menariknya masjid di merata rata tempat dlm 100 – 200m pun ada masjid, dan imamnya semua muda muda belaka.. Walaupun sekadar surau atau masjid kecik tapi menara yg tinggi tu tetap ada

Bosnia Herzegovina

image

Saya dari dulu lagi nak melawat satu satunya negara balkan yg hampir separuh beragama islam,  terbayang juga kalau lama lagi empayar uthmaniah ni mungkin banyak lagi bangsa Eropah Austro-Hungarians ni memeluk islam.. Macam cool je tengok muka mat saleh,  mata kelabu,  rambut kelabu atau perang pergi masjid atau pakai tudung..dan mungkin sebab perkahwinan campur buat lagi sedap mata memandang..

image

Tapi apakan daya sebab perang dunia dan juga terbaru penghapusan etnik oleh serbia menyebabkan banyak yg terbunuh dan kesan nya dpt dilihat sehingga kini. Negara ni antara yg termiskin di Balkan, tapi yang best nya semua jadi murah. Espresso saya minum pun hanya 1 BAM (Bosnian Mark) sama dgn RM 2.25. Di sebalik isu demographic yang masih panas namun rakyatnya boleh hidup bersama sehingga kini. Saya tak dapat host di Sarajevo jadi tak banyak dapat maklumat dari kaca mata rakyatnya sendiri.

image

image

Cuma mungkin sebab kemiskinan atau juga sindiket.. Tak tau mana satu, saya tgk ramai yg minta sedekah.. Even yang remaja pun mintak sedekah.. Prinsip saya utk tak bagi duit sebab takut sindiket,  jadi sebagai ganti kami bagi sedikit makanan kami, biskut ke,  pisang ke,  air jus ke.. Tapi diorg ambik je.. Ada mamat tu dua org mcm nak pau,  cuak gak tapi last last bagi biskut dia belah je hehe. Mungkin lapar betul kot.. Muslim katanya, good people. 🙂

image

Sepanjang trip kali ni hujan mengekori kami sejak dari Istanbul lagi,  dan sepanjang dalam keretapi ke Zagreb,  saya tengok sungai penuh dan melimpah dgn air yang sgt deras. Tup tup host kami di Zagreb cakap Bosnia banjir dan dlm keretapi ke Budapest ni ada mamat tu cakap sampai ada kematian dan ada yg kena diselamatkan pakai helikopter.

image

Ok.. Kena cari Internet pulak utk upload gambar dan entry ni . Nanti saya akan cerita pasal Croatia dan Budapest pulak.. Hidup seorang bakal doktor yang obses dgn muzik..

Croatia IC train 16 Mei 2014  4:30pm GMT +2

p/s: Europe Trip 2014 – Part 2 of 6

Eurotrip 2014 – The kindness of Stranger..

image

Assalams pembaca..

Dah setahun lebih saya tak update blog ni,  last entry,  Jan 2013. Kali ni dgn kemudahan smartphone dapat la update blog ni ,  tu pun sebab rasa tak tau nak buat apa dah sebab dah dekat 9 jam naik train.. Dah boring baca buku seperti di atas tu ,  baca blog dan sebagainya,  alhamdulillah saya sekarang dlm perjalanan ke Zagreb,  Croatia dan menurut polis sempadan tadi,  saya dan rakan saya adalah org pertama masuk ke negara ni melalui train selepas dua tahun. Patut la dia check bagai.. Beg pun kena check.. Pastu mcm biasa diorg pening nak isi first name dgn last name.. Passport baru kawan saya pun ada masalah sebab kononnya dah canggih sgt.. Ala yang gambar hitam putih tu..sistem dia orang tak boleh terima lagi. Boleh refer entry first name dgn last name pada entry New Zealand dulu…

Ok la sebagai entry pertama saya nak cerita sikit pasal keseluruhan Europe trip ni.. Unfortunately saya tak bawa anak isteri disebabkan kos dan bajet yg amat sikit.. Tiket pun free sebab redeem enrich point.. Tak cukup nak cover byk org. Dan enrich sale dibuat hujung tahun lepas dgn potongan 50%, jadi return tiket saya ke Europe hanya 30000 points sahaja. Dan byr airport tax RM1200 sahaja return .. Kali ni trip agak panjang selama sebulan.. Bermula dari Istanbul,  fly ke Sarajevo dan start road trip dari Sarajevo,  Zagreb,  Budapest,  Vienna, Prague,  Berlin,  Amsterdam,  Brussel dan balik melalui Paris. Nampak mustahil dan kena bajet lebih,  namun saya percaya dgn ungkapan seperti tajuk di atas dan alhamdulillah saya dah dapat host di Zagreb,  dan beberapa org lagi di bandar lain. Pada dua mlm ketiga pun kami tinggal dgn host kami di Istanbul. Ye la tak dpt nafikan juga kekadang takde host yg free mcm dua mlm yg pertama di Istanbul dan juga di Sarajevo.. Tapi sekurang nya banyak kos yg boleh dijimatkan.. Saya ada cerita di entry yang lepas pasal ni,  saya pun dah byk host traveler (bahasa Melayu dia pengembara 🙂 di Malaysia jadi inilah masanya saya pulak cari host yg sesuai..

Orang akan bertanya,  kenapa lama sgt,  jawapan saya nak cari pengalaman,  tengok dunia dan bukan setakat mengambil gambar di tempat org. Dan cara yg paling sesuai ialah dgn hospitality exchange. Kalau kita Google byk website yg mempunyai komuniti ini seperti hospitality club, BWelcome,  global freeloader dan Couchsurfing seperti yang saya gunakan sekarang. Saya lebih kenal dengan negara tersebut dari kaca mata rakyatnya sendiri . Perbezaan budaya yang besar ni akan menjadikan percutian tu lebih menarik penuh dengan pengalaman. Banyak lagi yang saya akan cuba. Nanti la cerita baru best.. Cuma pengalaman bersama orang Turki dan juga orang Croatia, bakal doktor yang akan kami jumpa di Zagreb nanti adalah satu yang sukar dilupakan. Mana tak nya.. Naik kereta Mercedes C180, melihat kehidupan golongan Turki sekular dan juga golongan yang berpegang teguh dengan islam dan dengan pelbagai isu yang dibincangkan rasanya jadi panjang pulak ceritanya nanti.

Insyaallah pada entry berikutnya saya akan cerita pengalaman di Turki dan juga di Bosnia Herzegovina terutamanya dalam menjejaki kesan peninggalan islam di sana. Esok saya akan bergerak ke Budapest,  tinggal bersama keluarga campuran Hungarian dan Swiss pulak…

image

Sekian

p/s: Europe Trip 2014 – Part 1 of 6