Siapa malas baca E-Book?

Assalamualaikum dan salam pembaca..

Sapa malas baca e-book pakai Adobe Acrobat Reader? mmm.. mudah saja.. suruh je Adobe tu bacakan untuk anda.. Klik Edit –> Read Out Loud . Jika anda update version 7.0 ke atas.. anda boleh pilih apa sahaja suara yang anda mahu selain dari suara uncle Sam yg ntah apa apa ntah tu.. Anda boleh pilih suara awek. ejas-ejas sikit bagi sedap walaupun bunyi macam robot je.. he he.. Takpe la…. Syukurlah apa yg ada. Saya pun baru je perasan dua tiga hari lepas yang Adobe ada kemudahan robot tu.. dah pakai bertahun-tahun dah..

Oklaah takleh nak cakap banyak assigment tak siap lagi nie.. itulaa keje last minit.. itulaa hidup seorang worker, businesman dan student macam saya ni. 3 in 1 lagi tu.. Tapi kalau keje last-last minit nie.. idea mencurah-curah.. takyah buat-buat rangka.. mengadap komputer taip jee apa-apa yang boleh dirapukan.. he he.. OK.. sambung kerja.. Sekian Wassalam..

Cinta Tounch’n Go

touch n goAssalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam masa breakfast kat rumah selepas kepenatan bangun dari tidur sebab kena call out ke office di tengah-tengah malam buta, maka tertengoklaa rancangan Apa-Apa Aja kat TV3, pasal cinta touch’n go ni, berkenaan dengan laki dumb perempuan dan sebaliknya. Ada laa sorang minah ni call, dia adalah bekas peserta PLKN first batch, sembang punya sembang terkeluar cerita pasal cinta touch’n go kat kem PLKN, katanya banyak sangat sampai ter… ter…mengandung pun ada.. disebabkan live terkempih-kempih la hidung shamsul ngau-ngau nak kendalikan panggilan itu he he :-). Tapi itulaa dunia akhir zaman.. bukan setakat laki je, perempuan semua memainkan peranan. So sebab ada pengarah besar, setan.. maka macam-macam la yang terjadi, sampai bila ada doktor kat HUKM keluarkan research yang majoriti bebudak sekolah menengah ( tak salah 40% ke 50% kot) dah hilang dara… banyak yang tak caya.. rubbish laa dan macam-macam lagi..

Tambahan sejak saya berniaga sekarang nie, macam-macam ragam anak muda boleh saya tengok, sekolah rendah pun dah pandai, nak beli kuih kat tepi pantai pun dressing macam nak masuk Zoux je.. banyak pengalaman bila dah keluar sikit dari dunia tempat kerja kita hari-hari, senang je, kakak sebelah, orang lama kat tempat saya berjual tu, “ha.. tu baru darjah 6, tu baru darjah 5, tingkatan 1” bla.. bla..  sampaikan saya dengan partner saya pun kena tackle.. tak layan pun dia berusaha sedaya upaya, mesej la, call la, bagi kuih la, he he.. “mentang-mentanglaa aku dah ada kete, dulu 3 tahun lebih pakai motor, pandang pun tidak”. 🙂

Itulaa, cabaran besar untuk jaga anak-anak zaman milenium sekarang dan cabaran besar untuk mencari bakal suami atau isteri yang betul-betul bertakwa.. Sekian, Wassalam