Bila porter jadi First Officer 737

Air AsiaAssalamualaikum dan Salam Pembaca

Topik kali nie menyentuh sedikit mengenai people management. Cuba bayangkan anda hanyalah seorang tukang angkat beg, tukang sapu ke tetiba entah kenapa anda menjadi seorang pembantu penerbangan dan mungkin dalam 2 atau 3 tahun kemudian anda menjadi Juruterbang. Mesti mak ayah anda pun pengsan bila mendengar berita anaknya yang hanya setakat lepas SPM je, tetiba jadi pilot 🙂

Itulah realitinya di Air Asia yang diketahui oleh seorang CEO yang sememangnya berkaliber, seorang bos yang wajar dicontohi oleh ramai bos-bos yang ada sekarang ni. Tonny Fernandes… menjadikan Air Asia sebagai leading of low cost carrier in Asia, sampai MAS pun pening kepala tengok Air Asia, hehe.. dalam 5 tahun dalam sejarah penerbangan tak pernah ada syarikat yang dapat naik secepat ini. Beli 100 kapal terbang Air Bus 320 yang baru.

Cara Tony menguruskan pekerjanya amat jarang sekali dilakukan oleh mana-mana bos di dunia ini, sampai dia mahukan semua pekerja-pekerjanya berani bersuara “You talking rubbish, Tony”. dan bukannya “Yes Sir, Yes Sir” sepanjang masa. 50 peratus masanya digunakan untuk menguruskan pekerja dengan bersama-sama pekerjanya mengangkut beg, menguruskan kaunter “check in” dan sebagainya. Maka dari situla dia dapat melihat semua masalah yang berlaku dalam syarikatnya.

Itula rahsianya, sampai satu ketika bila saya tengok syarat-syarat jawatan kosong di Air Asia sampai ada satu syarat yang menghendaki orang yang nak kerja di Air Asia mestilah seorang yang ceria dan suka senyum.. 🙂 tanpa memerlukan kelayakan rasmi, cukup tau buat kerja je.. Sekian.

Untuk artikel penuh sila rujuk

www.careerjournal.com/columnists/leadinginasia/20060530-leadership.html

Nota Kaki:

Sedih bila sampai ke kopun makanan di kantin pun bertulis Non-Executive yang berwarna kuning untuk Non Executive dan Executive berwarna biru untuk Executive

Advertisements

Ketam China, Ketam Melayu, Ketam India

KetamAssalamualaikum dan Salam Pembaca…

Rasa selama 3 tahun lebih bekerja di Bintulu ni, hari ni saya dapat tumbang berbangga apabila nama Bintulu disebut-sebut di dalam Buletin Utama hari ni sejak dua tiga hari ni. Rasanya susah untuk TV3 membuat liputan berita di Sarawak terutamanya di bandar Bintulu. Ye la, sedangkan siran TV3 di Bintulu pun tiada, macam mana pulak nak buat liputan. Yang lucunya sampai burung layang-layang nak balik sarang pun menjadi tontotan orang ramai. He he.. no comment :->

Cukup cerita pasal burung, atas permintaan Fuad ( iklan: http://almaribuku.wordpress.com ). Kalau saya tulis atas permintaan ramai, rasanya seorang je yang mintak, so saya ada cerita pasal ketam. Sesuai untuk orang yang terutamanya yang menceburi bisnes nie. Cerita nie saya dapat dari satu ceramah. Lamaaaa dulu..

Kisahnya ada tiga biji balang yang berisi ketam batu. Ketam batu nie spesis yang amat susah nak mati. So biasanya mesti diorang nie bergerak aktif. Semua ketam di dalam ketiga-tiga balang tu berusaha nak keluar dari mulut balang tu, macam-macam stail ada. Jadi balang yang pertama, bila diperhatikan seekor ketam dengan penuh skill berjaya memanjat hinggala ke mulut balang tu, tetapi ketam-ketam lain pulak sibuk tarik ketam tersebut sehinggalah akhirnya ketam tu jatuh. Begitula seterusnya sehingga tiada ketam lain yang berjaya keluar dari balang tersebut.

Balang yang kedua,masing-masing berusaha untuk keluar dari balang tersebut, tapi belum je sampai ke mulut balang, masing-masing berebut-rebut untuk keluar sehinggalah terjadi pertarungan sepit-menyepit diantara ketam-ketam tersebut. Lama kelamaan akibat terlalu penat bertarung, semua ketam-ketam di dalam balang tersebut pun mati.

Balang yang ketiga agak berlainan. Seekor ketam ni, mungkin saiz dia yang agak besar akhirnya berjaya memanjat ke mulut balang tersebut tetapi dengan usahanya juga, ketam tersebut berjaya menghulurkan sepitnya kepada ketam-ketam lain untuk berpaut bersama-sama sehinggalah semua ketam di dalam balang tersebut berjaya keluar.

Mmm.. sebenarnya cerita tu senonim dengan tingkah laku kita sebenarnya. Bukan untuk memburukkan, dan jauh sekali bukan niat untuk menimbulkan isu perkauman, tetapi itulah realiti yang berlaku. So sapa-sapa nak teka balang yang mana ada ketam Melayu, India atau China.. rasa-rasa mesti semua tahu kan… 🙂 Tepuk dada tanya minda. Sekian Terima Kasih.

p/s Sedapnya makan ketam besar kat Semenanjung. Kalau nak cari ketam kat Bintulu ni..mmmm.. makan kulit je laa gamaknya.. Kecik jee