Gaji RM1300? Cukup ke?

Money doesn't grow on trees

Money doesn't grow on trees

Assalamualaikum dan Salam Pembaca..

Mungkin betul bak kata orang tua, semakin besar periuk, makin besarla keraknya. Kali ni saya¬†tulis sesuatu yang mungkin nampak macam saya ni best pulak, tapi sebenarnya bukan niat kat hati nak membangga diri tapi sekadar nak berkongsi pengalaman sebab banyak orang yang bertanya pendapat saya mengenai financial management ni dari kawan yang gaji seciput je sampai la yang gaji RM15 000 sebulan ( ala dia keje kat Qatar, apa nak heran kan..opps..sapa yang kena? ūüôā¬†¬† )

Sekadar berkongsi pengalaman, saya memulakan kerjaya saya sebagai juruteknik¬† di Bintulu Sarawak dengan gaji basic sebanyak RM764 sahaja dan campur-campur elaun bersih dapatlaa RM1004. Haaa terkejut? Tak perlu cakap company apa tapi yang tau tu senyap yee.. Saya jarang overtime sebab takde overtime pun, Kalau ada pun jarang-jarang je, maksimum pun dapat dalam RM100 – RM150 je sebulan. Tapi sebab periuk saya kecil masa tu saya agak berdisplin dalam menguruskan kewangan, kami orang masak nasi kat rumah dan saya jarang beli benda-benda mahal masa tu. Dari segi pemakanan, kalau siang saya dah makan mahal, so biasanya malam makan maggie je laa… Bukan calang magie laa, ada telur, sayur bla3. ūüôā¬†Separuh tahun saya kerja saya telah buat insuran bersama dengan pelaburan di dalam satu pakej dengan Maybank. Untuk mendisiplinkan diri saya buat potongan gaji RM130.00 sebulan. Cukup ke tak cukup duit, potong tetap potong.. ūüôā¬†Sebab saya fikir kalau nak harap saya simpan dalam ASB atau bank in tiap-tiap bulan..jgn harap laa.. Insuran saya masa tu pun cover sikit je RM10000 kalau tak salah.. tapi mana tau tiba-tiba sakit masuk hospital.. at least dapat jugak duit kan. Sekurangnya dengan duit insuran dan pelaburan tersebut dapat saya keluarkan bila sesak-sesak. Dan pastikan duit simpanan anda susah untuk dikeluarkan berbanding dengan semudah memasukkan kad ke mesin ATM.

Walaupun saya berjauhan di Sarawak masa tu, tapi saya antara orang yg kerap balik kampung sebab biasanya tiket yang saya beli semuanya dari harga promosi Air Asia, RM150 pergi balik dan kadang-kadang kurang daripada tu. Dan ada beberapa kawan saya sebabnya kurang perancangan, maka terpaksa habis beratus-ratus ringgit untuk balik ke kampung. Dan alhamdulillah sempat juga saya membawa ibu bapa saya berjalan-jalan di Sarawak selama dua kali sepanjang di sana.

Selepas 3 tahun dengan gaji RM1300 saya telah membeli kereta, kereta kecik je tapi masa tu dah rasa sesak sikit sebab kena bayar installment kereta dengan duit minyak sama. Pada saya daripada saya tunggu kalau dah ada peluang jangan lepaskan. Sebab peluang saya masa itu ialah dengan menjadi peniaga Ice Blended.¬† Jadi dengan keuntungan Ice Blended tu saya dapat cover sikit-sikit untuk bayar kereta dan sebagainya. Hari minggu saya memang sibuk dengan perniagaan dan kalau takde disiplin semua ni mungkin mustahil, ye la, berpanas, berhujan menjadi saudagar petang. Sampai payung patah kena ribut pun ada… huhu..

Disiplin menjaga kewangan tu penting.. dan satu lagi mungkin attitud kita juga membawa peranan sebab dengan tingkah laku kita juga akan mencorakkan hidup kita nanti. Satu je yang kita perlu pegang, kalau kita tak tolong orang, sedekah kat mana-mana, nak tak nak bahagian duit itu akan kita sedekahkan ke tempat yang tidak sepatutnya, ke Polis, ke tayar pancit atau ke kereta yang tiba-tiba rosak.

Sekian..

p/s Nampaknya kerak aku dah agak besar sekarang.. huhu..

Advertisements

Reunion di Majlis Berbuka Puasa

Berbuka Puasa di Restoran Cerana, Cheras dengan batch 96 SMKA TAHAP

Berbuka Puasa di Restoran Cerana, Cheras dengan batch 96 SMKA TAHAP

Assalamualaikum dan Salam Pembaca.

¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Setakat mana anda menghargai rakan lama anda? Setakat anda bujang ke selama-lamanya? Atau hanya bila¬†dia diperlukan sahaja?¬†Kerana dengan rakan-rakanlah hidup kita tak kesunyian, banyak yang akan sudi membantu. Seorang pekerja bank akan membantu rakannya buat loan, seorang Loan Adjuster akan tolong rakannya yang rumah terbakar, seorang kakitangan kerajan akan cuba usha-usha lubang untuk bisnes masuk atau cari kerja. Itulah gunanya kawan. Walau sesibuk mana pun anda, cubalah hargai kawan anda kerana dengan kawan lama anda, kita sama-sama mengharungi susah senang bersama dulu-dulu, kena pau maggie, bagi pinjam duit, tolong buat assigment, tolong urut kat belakang kalau ngantuk dalam kelas dan sebagainya. Bawa bersama suami atau isteri kita untuk menunjukkan yang kawan kita ni pernah wujud dalam hidup kita.. ūüôā

         

Berbuka Puasa bersama set-set Matrik USM di Tropicana Golf & Country Resort, Damansara

Berbuka Puasa bersama set-set Matrik USM di Tropicana Golf & Country Resort, Damansara

¬†Sepanjang hujung minggu ini saya sibuk menghadiri majlis berbuka puasa, satu yang saya organise untuk budak-budak smka tahap dan satu yang saya dapat jemputan secara tiba-tiba dari kawan lama semasa menuntut di Matrik USM dulu. huhu melayang la jugak hampir seratus ringgut untuk kedua-dua majlis tersebut, tapi takpe kawan punya pasal kan. Ada yang bawa bini dengan dua anak, ada yg maintain, ada yg baru couple-couple. Soalan biasa yang mula-mula akan ditanya¬†“Ko keje kat mana sekarang?” “Keje Apa?” dan sebagainya. Dan mungkin dengan soalan tu ada yang tak mau datang sebab dia agak ketinggalan, keje setakat kerani, atau kerja ladang je. Pada saya buat apa nak malu, rezeki masing-masing kalau dalam hal duniawi ni pandanglah orang yang lebih susah dari kita dan pandanglah orang yang lebih baik dari kita bila kita beribadat.. cee wah.. gaya ustaz pulak aku nie hehe.. Sekurang-kurangnya kita ni masih mampu berbuka kat hotel tau…. walaupun nampak macam membazir je.. huhu.. So kepada kawan-kawan lama.. Thanks sebab datang, ada yang sampai 12 tahun tak jumpa. Dan kepada set-set USM aku, thanks sebab jemput walaupun ada beberapa orang aku dah lupa.. tapi korang masih ingat lagi nama glamour aku yek.. hehe..

p/s Semalam aku dapat contact balik member lama yang 11 tahun tak jumpa, member baik masa Matrik, Ingat lagi ko jemput aku kat Gelugor bawak satu helmet je, then aku pakai helmet ko tak pakai redah highway Gelugur.. hehe.. Zuhairy…Zuhairy.. (nama skema)

Nota kaki: Aku upload gambar ni dalam full size, so boleh la korang download

1st Class Facilities, 3rd Class Mindset

Tahniah or PJ, beratur naik Train

Tahniah or PJ, beratur naik Train

Assalamualaikum dan Salam Pembaca..

Pertama kali saya nak mengucapkan Selamat Berpuasa, rasanya tak ucap lagi, dan alang-alang Selamat Hari Raya lah.. Maaf Zahir Batin. Mmmm semalam saya berkesempatan menemani bos saya meeting kat Renaissance Hotel, KL yang dikendalikan oleh Petronas. Apa laa, buat bulan puasa, dah takleh breakfast dengan lunch best, cut cost sungguh.. huhu.. Untuk mengelakkan jammed kami menggunakan Putra LRT dari Stesen Taman Jaya kat Petaling Jaya ke Stesen Dang Wangi, sesampai di platform, fuh semangat banyaknya orang dan train semuanya penuh, dapat sumbat sorang dua je kat setiap pintu je, tapi apa yang amat memeranjatkan saya kali ini ialah semua orang beratur dalam 2 barisan di setiap pintu, sesuatu yang saya tak pernah tengoh selama ni kat KL, mungkin saya tak pernah naik train waktu peak, tapi itulaa hakikatnya, sampai bos saya pun cakap “unusual” hehe.. So Syabas kepada penduduk Petaling Jaya dan harap ini berkekalan. Selepas menunggu beberapa ketika, dpt juga saya menyumbatkan diri menjadi ikan sardin di dalam train tersebut sampai ke Dang Wangi, bak kata bos saya kalau kat Jepun lagi teruk, siap ada org tolong tolakkan lagi kasi padat, so kat dalam train tu takyah pegang pemegang dah sebab takde clearance, dah stabil ūüôā .Sepanjang perjalanan saya ada gak usha-usha kat stesen lain kot-kot ada yang sama, tapi tak berapa ramai sangat dan kat KL sentral diorang buat barricate suruh org. beratur.

Orang beratur panjang nak beli nasi beriani johor kat TTDI kes masuk TV

Orang beratur panjang nak beli nasi beriani johor kat TTDI kes masuk TV

Mungkin kat stesen Taman Jaya tu ada yang berani bersuara suruh beratur, Once dah ada barisan, nak tak nak orang lain kena ikut je laa, itulaa budaya orang KL, sedikit sebanyak bila kita ajar sikit lama-lama berdisiplin la sikit. Sebab tu laa menjadikan KL antara bandar yang paling mesra dengan bunyi horn di jalan-jalannya. Kalau kat Bintulu, silap horn, tak pasal-pasal kena belasah (sorry yek orang Bintulu, aku teringat kes yang jadi sekali tu). Tambah bulan puasa ni, seronok saya tengok orang beratur panjang di bazar ramadhan, sedap punya pasal, semua sanggup tunggu lama, so senang je la nak cari gerai yang sedap-sedap. Ini berbeza di sesetengah bandar dan kawasan pedalaman. Macam kat kampung saya, ada mamat jual ayam percik dengan satay best, semua orang berkerumun kat gerai dia. Ntah yang mana satu dulu atau last tak tau. Tak tau la kalau-kalau tokey gerai tu dapat tau sapa yang datang lambat sapa yang datang lewat..

        

Beratur nak beli Popia Basah Penang kat Bazar Ramadhan Sek 14, PJ

Beratur nak beli Popia Basah Penang kat Bazar Ramadhan Sek 14, PJ

Memang realitiya sukar untuk ubah orang supaya lebih beretika dalam segala aspek, di jalan, dalam train, penjagaan kebersihan dan sebagainya. Pada saya semua datang dari sikap masing-masing, cuma kita nak tak nak je ikut syor yang ada. Sebab tu laa kekadang macam tengok orang Malaysia ni macam tak reti bahasa pulak. Suruh off handphone dalam kapal terbang, dia on jugak, pastu kapal terbang baru je cecah bumi, masing-masing dah sibuk bangun ambik beg masing-masing. Macam la dapat keluar terus.. mmm.. Lu Pikir La Sendiri.. huhu ( pinjam kata Nabil )

Mengapa Saintis Percayakan Kewujudan Tuhan?

Salam Pembaca..

Mula-mula saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat, Maaf di atas segala kesalahan saya yang lalu. Mmmm disebabkan bos saya takde hari ni, so boleh laa saya mengupdate blog saya hari ni, ūüôā Dok surfing-surfing pagi tadi maka terjumpa laa satu artiket yang amat menarik dari satu blog http://combinedforces.blogspot.com/2008/09/7-alasan-konkrit-kenapa-saintis-percaya.html¬†( sebagai seorang yang beretika dalam komuniti internet, terpaksalah saya mengkreditkan untuk dia ye ) Artikel ini berkisarkan hukum alam yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T seperti yang tertulis di dalam Al-Quran, surah apa saya dah lupa… yang menceritakan kejadian siang dan malam dan bumi bergerak di atas paksinya. Maka artikel tersebut menceritakan dari konsep saintifik berdasarkan kajian oleh saintis-saintis barat.

Nota kaki: teringat satu artikel dari Mingguan Malaysia yang berkisarkan pertemuan dua lautan antara lautan Hindi dan Antlantik di Cape Town dimana air dari kedua-dua laut itu tidak bercampur diantara satu sama lain ( air panas dari Lautan Hindi dan Air sejuk dari Lautan Antlantik ) sampaikan ikan dari kedua-dua laut tu pun tak menyeberangi sempadannya. Kalau tak salah saya juga tedapat ayat Quran yang menceritakan perkara ini. Besarnya keagungan Allah. Subhanallah

Selamat Pembaca….

“Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden ‘New York Academy Of Sciences’ yang pertama kali terbit di dalam Reader’s Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader’s Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta. Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan. Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.

Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati.

Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas.

Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri? Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi.

Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia – dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan – semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal – menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini? Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan – keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin – keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen.

Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung – hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya.

Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib.

Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.Sumber Artikel : isuhangat.blogspot.