Hikmah di sebalik kawanan Burung

GeeseAssalamualaikum dan Salam Pembaca

Semalam, saya baru sahaja pulang menghadiri aktiviti Team Building yang dianjurkan oleh syarikat saya semalam, Satu program Team Building yang di “consult” oleh satu syarikat yang tidak asing Odessy Sdn. Bhd. syarikat yang pernah memberi motivasi kepada banyak syarikat-syarikat di Malaysia nie, termasuklah MCA yang kalau kita ingat ada masalah dalaman dulu, ala main baling-baling kerusi masa perhimpunan agong diorang dulu🙂. Syarikat saya, dengar cerita menghabiskan RM53  000 untuk setiap satu sessi bagi 17 sessi semuanya. Dekat sejuta tu.. Tapi yang sedihnya, mentaliti seseorang individu tu bukan senang untuk diubah, kerana semuanya akan kembali ke perangai asal masing-masing bila kembali ke tempat kerja.

Cukup cerita pasal politik, berbalik ke satu informasi yang saya kutip semasa program ini mengenai dengan ciptaan Allah yang satu ni iaitu kawanan burung-burung yang suka bermigrasi seperti dari spesis angsa, bangau dan sebagainya. Tentu kita perasan bila melihat burung ini terbang dalam bentuk formasi “V”, Mungkin ada yang tahu sebab apa tapi bagus untuk saya kongsikan kenapa. Mengikut penyelidikan saintis-saintis, formasi itu dibuat adalah kerana:

– Bentuk “V” tu meningkatkan kelajuan penerbangan mereka sebanyak 70% berdasarkan prinsip “vortice” yang biasa ada kat kapal terbang tu. So burung-burung yang duduk kat belakang lebih mudah untuk terbang disebabkan rintangan angin yang kurang.

– Jika  seekor terkeluar dari landasan, kita mesti nampak dia macam susah je nak terbang, so cepat-cepat kita nampak dia struggle nak masuk balik dalam formasi dia tu.

– Kalau drebar yang jadi penghulu tu penat, yela.. rintangan angin dia yang paling kuat, so dia pun pass la tugas drebar tu kat burung yang duduk belakang die, kira ada shift laa. So dia lepak la kat belakang, mengular sikit-sikit.

– Kalau sekor burung tu kena tembak ke, sayap terseliuh ke, maka semua burung tu akan turun mendarat dan lepak-lepak sehingga pulih atau sehingga member dia tu mati ke. Sebab tu laa kekadang kita boleh nampak burung-burung Eropah buat “pit stop” kat Malaysia.

Subhanallah.. begitulaa begitu besar hukum alam ciptaan Allah, cuma manusia sahaja yang tidak ambik iktibar darinya. Terutamanya dari prinsip semangat kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Terutamanya orang kita.. orang Melayu, apabila buat bisnes terutamanya..mmm tak perlulah saya cerita.. tepuk dada, tanya minda.

P/S.. Tentu ada antara pembaca yang masih ingat kisah ketam Melayu, ketam Cina dan ketam India yang terperangkap dalam botol..🙂 Nak cerita ke?

3 Responses to Hikmah di sebalik kawanan Burung

  1. busu berkata:

    oi mat roy tak meniaga ka oiii????takkan nak jadi burung no 1 kut..oii…..oiiiiiii

  2. Fuad berkata:

    Cite Roy.. Aku nk dgr…

  3. shamsul berkata:

    Roy,

    Bertambah ilmu aku setelah membaca hikmah burung ini….. TQ Roy.

    Aku sejuk kat sini! 17 deg C….. huhuuuhhhhhhhhhh

    -shamsul-
    Kaohsiung, Taiwan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: