Air Asia Special Assistance

Jumpa pulak gambar ni dengan google image search, source dia ada kat bawah..

Salam Pembaca..

Korang perasan tak bila kita beli tiket Air Asia ada option untuk “click here if you need a special assistance, Please call 48 hours before flight, otherwise we will not responsible the availability for the assistance needed….” Bla bla bla, itulaa lebih kurang. 2 minggu lepas saya bawak mak ayah saya balik Kedah, kampung dia. Ayah saya stroke tapi alhamdulillah lepas urut masih boleh berjalan, tapi amat perlahan kerana kaki kanan dia tak kuat… syukur dia masih boleh naik tangga, kalau tak pening jugak nak turun tangga kat Alor Setar airport. Kalau KL dengan KK airport AirAsia ada ambulift.. takpe sangat… dan melalui facebook ada saksi tengok kalau orang tu tak boleh berjalan langsung, staff Airasia akan angkat diorang ramai-ramai pakai kerusi roda ke dalam flight..bayangkan ayah saya yang dekat 80kg, macam mana ek. Takpela.. bukan itu yang nak saya cerita. tapi pasal service call center diorang ni. Sekarang no hotline yang 03-2xxxxxxxx tu jangan harap laa korang nak boleh cakap dengan operator dia tu, memang option dia dah takde, semua easy access menu. Untuk bercakap dengan operator kena pakai talian 600 85 9999 ( kalau tak salah ) tu pun jangan harap korang boleh cakap dengan operator dalam 1 atau 2 minit. Dahla tak boleh call dari nombor selain TM, caj dia RM1.95 seminit.. abang saya yang tolong callkan abih dekat 20 minit untuk 3 kali call masih tak dapat cakap dengan operator dia.. habih bil dia berpuluh-puluh ringgit.

Saya amatlaa panas masa tu, siap hentam diorang kat website dan email feedback untuk talian 600 tu, yang lawaknya boleh pulak return mail cakap, mailbox tu dah penuh.. huhu nampak sangat banyak sangat yang komen ni. Jadi korang tak payah call, pergi airport awal gila dan request wheelchair kat kaunter dia R40, kena pulak bayar RM12 satu. Saya sempat bising masa check in, dan boleh pulak staff diorang cakap memang susah call center tu. Untuk pengetahuan, call center Air Asia dah di out source kan macam ASTRO, tapi pada saya Air Asia patut monitor mende ni.

Pilihan lain sesiapa yang perlukan bantuan khas, anda boleh gunakan MAS kalau berduit lebih, dan tak salah kalau anda pakai Fire Fly, airport dia kecik, Subang Airport. takyah tolak wheelchair jauh-jauh dan tangga untuk flight ATR-100 tu ada 5 anak tangga je, taklaa susah orang tua kita naik tangga tinggi-tinggi. Saya baru teringat pasal Fire Fly ni lepas beli tiket AirAsia dan sememangnya lepas ni MAS atau FireFly akan menjadi pilihan saya untuk bawak orang tua saya balik ke kampung diorang.

Article that you may interest: http://www.petertan.com/blog/2008/04/14/airasia-beat-and-what-disabled-people-really-need/

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: