Pemandu Malaysia vs Pemandu Brunei

Masjid Omar Ali SaifudinAssalamualaikum & Salam Pembaca..

Dah lama tak tulih blog.. sibuk sangat dengan assigment, bisnes, balik kg, layan parent kat Sarawak, exam ( mmm ada lagi last paper lusa.. isk-isk). Tapi apa yang berlaku sejak dua menjak nie sekurang-kurangnya dapat laa ubah sikit agenda harian saya… kalau tak macam robot je, pergi keje, balik pukul 5, check email, malam makan, tgk tv, surfing, repair komputer, tidur. Hari minggu bisnes kat pantai..walaupun tak seberapa at least bisnes sekurang nya keluar laa sedikit dari rutin hidup saya sebagai robot kilang gas.

Mmmm minggu lepas saya dengan parent saya bercuti kat Miri dan Brunei, saja nak bawak orang tua jalan-jalan kat Sarawak, tahun lepas setakat Bintulu je, 2 malam je pulak tu, ni sampai seminggu kat Sarawak, pueh hati korang yek.. :-)  Walaupun kalau ikut hati saya tak puas pergi Brunei, tapi bagi orang tua saya cukup la kot, yelaa dah uzur.. tak larat. Selama beberapa jam berada di satu-satu negara yang masih sepenuhnya diperintah oleh Sultan, saya perhatikan banyak perkara yang boleh kita ambil terutamanya penekanan baginda terhadap isu keislaman dan moral. Memang la banyak perkara-perkara yang baginda buat menyebabkan orang-orang Brunei lebih selesa turun ke Miri hujung minggu kes takde tempat senget-senget,cucuk langit kat sana, tapi sebab itulah menjadikan negara Brunei istimewa. Sekurang-kurangnya dengan penguatkuasaan akan mengurangkan sedikit masalah sosial di sana.
Satu lagi yang bestnya ialah sikap pemandu kat sana, begitu berhemah walaupun kita aJalan di Bruneidalah serumpun dengan mereka, siapa kata orang melayu tidak berhemah bila bawa kereta? Kenapa pulak orang melayu Brunei lebih berhemah bila memandu. sampai kalau diorang nak keluar simpang pun sanggup tunggu sampai betul-betul clear baru keluar, so tak payah laa kita nie sibuk tekan brek nak bagi laluan kat diorang. Kalau kat Bintulu nie he he, mungkin banyak mat salleh kot suka makan angin kat lorong kanan, pas tu banyak lampu signal rosak.. kesian..🙂 Ntahlaa kekadang terfikir gak mungkin orang Malaysia di kadar stress tinggi dari orang Brunei, kes minyak mahal, gaji rendah bla bla berbanding dengan Brunei. Minyak kat sana $0.53 je, convert duit kita baru RM1.15, so minyak kete saya memang full la sebelum masuk Malaysia. biar berat asalkan penuh🙂

Itulaa serba sedikit coretan masa saya pergi Brunei, memang banyak faktor-faktor dan sesuatu yang boleh direnungkan bersama… Sekian wassalam.

14 Responses to Pemandu Malaysia vs Pemandu Brunei

  1. ieza berkata:

    zairol, haritu tak dan jumpa ko.tah biler pulak lah nak jumpa.aku g jenjalan sana pulak kot? muleh ke ko jadi tourist guide aku?huhu.papepun good luck okie;) anyway kawan aku haritu tu still kat miri.hehe tengah usha2 kijer kat sana.:D

  2. shamsul berkata:

    Roy,

    For me, Brunei is a very special place on earth where this is “a pure Malay country”. The sign boards are written in Jawi, and most of the building named with a Malay name. So nice…

    And where else can you find a country where the capital city which have no motorcycles and public transport? Only in Bandar Seri Begawan. Everybody afford to buy cars.

    Shamsul – Singapore

  3. tar berkata:

    teringin melihat pandu-an berhemah warga melayu tu…kalo aku mungkin bukan dlm kategori pemandu berhemah kot…ntah la, kat UK bleh je ikut peraturan tp kat msia ni semcm susah la plak…kita pandu bebaik..org marah plak..ntah apa-apa

  4. Kamal (bumiputera brunei) berkata:

    salam roy. thanks for the compliment untuk negara kami.

  5. ZharToshi berkata:

    Seronok betul dengar minyak murah kat sana. Sebelum masuk Sarawak. Isi penuh minyak dekat sempadan Sarawak-Brunei kalau dah habis, masuk sekali lagi. kat Malaysia minyak mahal.

  6. ZharToshi berkata:

    No plet sama seperti Malaysia. Kalau bawa masuk plet Malaysia negeri Selangor boleh ke? tolong balas ke ztkawamura@yahoo.com

  7. ZharToshi berkata:

    sebab kat Malaysia sampai Sabah kena tukar format dari plet huruf E kepada S kerana tak nak sama plet Singapura, Sarawak Q akhir kepada Q depan sama seperti Malaysia kerana tak nak sama dengan negeri Kedah di Malaysia.

  8. zairol79 berkata:

    ZharToshi:
    Plat selangor dgn brunei sebenarnya x sama.. 1st dari segi size. Plat brunei agak besar dah pakai metal plate. Untuk bandar seri begawan start dgn B dan untuk Kuala Belait start dgn KB. apapun bila kete Malaysia masuk sana senang nak kenal.. size plat kecik dan kete malaysia semua ada road tax tidak seperti brunei. BTW Thank for comment

  9. ZharToshi berkata:

    Ye lah sebab plet Malaysia 3 huruf macam kereta saya dan Brunei ada 2 huruf kan?

  10. ZharToshi berkata:

    Terima kasih atas konem anda kerana saya dapat memahami untuk memandu keluar negeri dengan kereta plet Malaysia.

  11. ZharToshi berkata:

    Terima kasih atas komen anda kerana saya dapat memahami untuk memandu keluar negeri dengan kereta plet Malaysia.

  12. ZharToshi berkata:

    Sebenarnya saya tak berapa tahu sangat tentang Brunei jadi nasib baik anda beritahu tentang ini. Tujuan saya komen ini adakah sebab perbezaan format boleh mengelirukan rakyat Malaysia seperti plet Sarawak lama KL 73 Q dah menjadi QKL 73 sebab kekeliruan di Malaysia untuk membeza no plet negeri Kedah serta plet lama Sabah dulunya EJ 5712 menjadi SA 1747 X tujuan membezakan dengan plet Singapura juga ada format EE 87 T. Itu sahaja dan terima kasih.

  13. Hj Dee berkata:

    Masa ni, bila orang sarawak or sabah nak beli minyak kat brunei harganya sama macam harga minyak di malaysia. kalau harga minyak d malaysia tinggi, tinggi jugalak lah. kalau rendah, rendah jugaklah. sekiranya harga minyak d malaysia RM 2.20 seliter, so d brunei harga minyak untuk orang malaysia beli minyak d brunei $1.10/$1.20 seliter (anggaran). itu untuk org malaysia beli minyak kat brunei. tapi untuk orang brunei sendiri harga minyak seperti biasa 53 cents per liter cheers~ =)

  14. najwa berkata:

    Sy nk tanya, klu nak sewa keta kat brunei n drve sendiri, kene guna lesen a/bgsa ke? Or lesen domestik kita pun ok?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: