Eurotrip 2014 – The kindness of Stranger..

image

Assalams pembaca..

Dah setahun lebih saya tak update blog ni,  last entry,  Jan 2013. Kali ni dgn kemudahan smartphone dapat la update blog ni ,  tu pun sebab rasa tak tau nak buat apa dah sebab dah dekat 9 jam naik train.. Dah boring baca buku seperti di atas tu ,  baca blog dan sebagainya,  alhamdulillah saya sekarang dlm perjalanan ke Zagreb,  Croatia dan menurut polis sempadan tadi,  saya dan rakan saya adalah org pertama masuk ke negara ni melalui train selepas dua tahun. Patut la dia check bagai.. Beg pun kena check.. Pastu mcm biasa diorg pening nak isi first name dgn last name.. Passport baru kawan saya pun ada masalah sebab kononnya dah canggih sgt.. Ala yang gambar hitam putih tu..sistem dia orang tak boleh terima lagi. Boleh refer entry first name dgn last name pada entry New Zealand dulu…

Ok la sebagai entry pertama saya nak cerita sikit pasal keseluruhan Europe trip ni.. Unfortunately saya tak bawa anak isteri disebabkan kos dan bajet yg amat sikit.. Tiket pun free sebab redeem enrich point.. Tak cukup nak cover byk org. Dan enrich sale dibuat hujung tahun lepas dgn potongan 50%, jadi return tiket saya ke Europe hanya 30000 points sahaja. Dan byr airport tax RM1200 sahaja return .. Kali ni trip agak panjang selama sebulan.. Bermula dari Istanbul,  fly ke Sarajevo dan start road trip dari Sarajevo,  Zagreb,  Budapest,  Vienna, Prague,  Berlin,  Amsterdam,  Brussel dan balik melalui Paris. Nampak mustahil dan kena bajet lebih,  namun saya percaya dgn ungkapan seperti tajuk di atas dan alhamdulillah saya dah dapat host di Zagreb,  dan beberapa org lagi di bandar lain. Pada dua mlm ketiga pun kami tinggal dgn host kami di Istanbul. Ye la tak dpt nafikan juga kekadang takde host yg free mcm dua mlm yg pertama di Istanbul dan juga di Sarajevo.. Tapi sekurang nya banyak kos yg boleh dijimatkan.. Saya ada cerita di entry yang lepas pasal ni,  saya pun dah byk host traveler (bahasa Melayu dia pengembara🙂 di Malaysia jadi inilah masanya saya pulak cari host yg sesuai..

Orang akan bertanya,  kenapa lama sgt,  jawapan saya nak cari pengalaman,  tengok dunia dan bukan setakat mengambil gambar di tempat org. Dan cara yg paling sesuai ialah dgn hospitality exchange. Kalau kita Google byk website yg mempunyai komuniti ini seperti hospitality club, BWelcome,  global freeloader dan Couchsurfing seperti yang saya gunakan sekarang. Saya lebih kenal dengan negara tersebut dari kaca mata rakyatnya sendiri . Perbezaan budaya yang besar ni akan menjadikan percutian tu lebih menarik penuh dengan pengalaman. Banyak lagi yang saya akan cuba. Nanti la cerita baru best.. Cuma pengalaman bersama orang Turki dan juga orang Croatia, bakal doktor yang akan kami jumpa di Zagreb nanti adalah satu yang sukar dilupakan. Mana tak nya.. Naik kereta Mercedes C180, melihat kehidupan golongan Turki sekular dan juga golongan yang berpegang teguh dengan islam dan dengan pelbagai isu yang dibincangkan rasanya jadi panjang pulak ceritanya nanti.

Insyaallah pada entry berikutnya saya akan cerita pengalaman di Turki dan juga di Bosnia Herzegovina terutamanya dalam menjejaki kesan peninggalan islam di sana. Esok saya akan bergerak ke Budapest,  tinggal bersama keluarga campuran Hungarian dan Swiss pulak…

image

Sekian

p/s: Europe Trip 2014 – Part 1 of 6

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: