Hidup tanpa ASTRO, boleh?

Playon.TV ni akan streaming video dari desktop kita ke konsol bagi membolehkan kita tengok terus kat TV rumah kita tau pun tablet.

Salams pembaca..

Dah lama tak sembang-sembang kat blog ni. Kebetulan tak berapa sibuk hari ni boleh la conteng-conteng sikit kat blog ni. Saya dah pakai ASTRO dari tahun 2004 lagi, bawah promotion dekoder percuma untuk pengguna Maxis masa saya bekerja di Bintulu dulu. Jadi kalau ikutkan saya dah pakai ASTRO lebih dari tujuh tahun sehinggalah secara rasmi saya tamatkan servis dia pada 19 Oct 2011 yang lalu.

Ini kerana saya rasakan tidak banyak keperluan kalau saya terus melanggan ASTRO yang bilnya makin lama makin mahal dan rancangan yang diulang-ulang berkali-kali. Namun ada sebab lain saya menamatkan langganan ASTRO kerana pada bulan 7 yang lepas saya dan pakai Unifi bersama dgn talian tetap telefon percuma dan juga “real cable TV” iaitu HyypTV, siaran televisyen melalui gentian optik. Jadi tak jadi masalah dah kalau hujan seperti yang selalu berlaku pada ASTRO dahulu.

IP-TV a.k.a HyppTV

OK dengan ini saya dah berjimat RM80 untuk membayar bil ASTRO saya, Walaupun siaran percuma HyppTV hanya ada 15, namun pada saya dah cukup. Kalau nak siaran tambahan, langgan je siaran yang ada, macam saya saya dah langgan National Geographic Adventure HD, MTV Live HD dan Baby Channel. Satu ‘channel’ harga dalam RM6 ke RM8 sebulan. Satu lagi kelebihan HyppTV ialah boleh tengok sesetengah siaran tertunda dalam 2 jam kebelakang. Kita boleh ‘rewind video” tu dalam sela masa dua jam tu, Picture in Picture – dua siaran sekaligus dan juga Interactive, boleh tengok Youtube kat TV, Facebook, Tengok Resepi, Flight Information dan juga macam-macam video on demand.

Kalau dah alang-alang pakai internet laju, semua boleh download dan kalau malas, langgan je Virtual Private Network untuk dapatkan IP dari USA atau UK bagi membolehkan kita streaming video dari Netflix, Hulu, NGC, FOX ataupun BBC Iplay. Kos untuk bayar VPN dalam USD5 sebulan, Hulu boleh dapatkan yang free version, jadi macam-macam video boleh kita tengok streaming samada melalui website, tablet dan sebagainya. Macam saya, saya beli perisian Playon.tv untuk membolehkan saya access semua streaming website dan tengok kat TV melalui console Nintendo saya. Mmmm kekadang dah terlampau banyak video macam ni sampai tak tertengok pun ada. Apapun sebab video on demand tak jadi masalah, ada masa free boleh tengok bila-bila.

Jadi amacam? anda berani tamatkan perkhidmatan ASTRO anda?

p/s.. sekarang ni dok layan ‘I survive in Japanese games show’ di Hulu, pakai Playon.tv

Advertisements