2011 Travelog – Seoul with baby Zamir & Umar – part 1

Autumn at Gyeongbokgung Palace - 14 degree celcius max..

Assalamualaikum dan good day

Sebagai permulaan, blog roydotcom mencapai hits disebabkan entri Europe Trip saya pada tahun lepas, banyak yang bertanya bermacam-macam persoalan mengenai rancangan mereka untuk ke Europe terutamanya apabila Air Asia mula membuka laluan penerbangan ke London dan Paris. Terima kasih saya ucapkan. Moga dengan perkongsian ilmu ini menambahkan lagi ilmu di dada saya dan beroleh berkat.

Ok, kali ni saya nak cerita travelog yang lain sikit dari yang lain, melancong bersama bayi yang kecil ( tak sampai 8 bulan ) dan penggunaan telefon pintar sebagai rujukan. Saya telah membeli tiket untuk ke Korea ni pada tahun lepas lagi iaitu dengan harga RM1300 untuk 3 beranak. Persediaan saya kali ini agak berlainan sedikit dimulakan lebih kurang sebulan sebelum melancong untuk tempahan hotel di booking.com dan dalam 2 minggu untuk travel itinerary termasuk untuk study map dan sebagainya. Anda perlu ingat, untuk ke negara yang tidak menggunakan abjad roman sebagai tulisan rasmi agak sukar dan berlainan apabila anda melancong ke negara yang sekurang-kurangnya kita boleh baca tulisannya dan ada bunyi walaupun sedikit. Jadi google map kurang membantu saya dalam hal ini. Jadi laman web rasmi visitkorea lah yang paling banyak membantu saya untuk merancang perjalanan kami.

Jihachu, Seoul subway.. so nampak kita kat mana..

I-Tour Seoul, Map dia dalam English tapi kena on Data Roaming la, kalau x setakat baca tempat menarik je

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami melancong dalam 5 orang dewasa dan 2 bayi, Jadi untuk ke bandar Seoul yang jauhnya sejam perjalanan memerlukan kami menyewa van teksi. Jadi sebelum bertolak saya telah meminta tolong dari tuan apartment tempat kami sewa untuk menyediakan van teksi untuk kami, jadi sampai di balai ketibaan dah ada orang yang memegang kertas tertulis nama saya. Masalah komunikasi di sini amat susah, rata-rata orang Korea tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris. Jadi saya menggunakan sepenuhnya bantuan dari tuan apartment dan juga staff hotel untuk membantu kami.

Berbalik kepada penggunaan telefon pintar.. walaupun kebanyakan telefon di Korea telah menggunakan perkhidmatan 4G CDMA, namun masih terdapat perkhidmatan 3G yang membolehkan pelancong menggunakan perkhidmatan roaming di Korea. Telefon GPRS tanpa 3G tak boleh guna langsung. Saya telah diberi iphone oleh company saya untuk bekerja dan saya juga diberi oleh Maxis sebuah telefon pintar ‘percuma’ ( ala.. ada kontrak sebenarnya ) untuk talian peribadi saya. Jadi kebetulan ada dua telefon pintar, jadi saya gunakan sepenuhnya. Sebelum pergi saya telah download pelbagai ‘apps’ untuk iphone dan juga android saya seperti “i Tour Seoul”, Jihachul, Seoul Bus, pelbagai kamus dan pelajaran bahasa Korea. Semua jadi mudah tanpa perlu buka map dan juga kertas. Travel plan saya simpan sebagai PDF di dalam telefon saya. Tapi yang jadi masalahnya ialah ‘roaming data’, oleh sebab kami hanya berada di Seoul selama 2 hari jadi saya telah langgan dari Maxis unlimited data roaming dengan harga RM33 sehari. Kalau 3 hari dapat RM88, Boleh check kat website Maxis. Ini membolehkan saya menggunakan semua aplikasi yang memerlukannya internet untuk berfungsi sepenuhnya terumanya peta. Tapi pada saya ‘once’ kita dan biasa dengan lokasi di Seoul buat hari pertama, untuk hari keduanya dah tak jadi masalah kerana kita boleh gunakan subway sepenuhnya untuk bergerak. Jangan risau kebanyakan papan tanda di Seoul dah ada tulisan dalam English.

Cheonggyecheon-stream, bila sungai Klang nak buat macam ni

Hari pertama kami di sana agak kacau sikit disebabkan kami belum lagi membeli “Seoul City Pass” yang membolehkan kami menggunakan “tour bus”, bus dan juga subway sebanyak 20 kali sehari. Jadi sebagai pengajaran anda perlu membeli terus pas itu setibanya di airport. Tidak seperti Singapore, “Seoul City Pass” hanya akan diaktifkan pada tap yang pertama dan bukan semasa anda membeli pas tersebut. Banyak masa kami terbuang untuk mencari Tourist Information Centre, yang lawaknya ada sesetengah orang di pondok Information tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris. Last-last kami terus ke ibupejabat Tourism Korea untuk bertanya mengenai kad itu, tetapi malangnya kad tu dijual di tempat lain pulak, ding dong kami berjalan nak cari Tourism Centre. Nasib dekat dan betul-betul di kawasan hot spot pelancong. Jadi sambil menyelam mencari Tourism Centre kami sempat minum air melihat Gyeongbokgung Palace dan Cheonggyecheon Stream, Sungai di tengah-tengah kota Seoul yang bersih dan dihias sebegitu cantik. Kebetulan waktu tu ada pesta tanglong, lagi cantik dan amat lah ramai umat manusia di situ terutamanya waktu malam. Yang menarik di sini ialah dengan kewujudan surau di ibu pejabat Korea Tourism, jadi anda tak perlu pergi ke Itaweon untuk sembahyang di sana.

Hangang Park, River cruising boleh naik kat sini utk tgk rainbow fountain.

Selepas membeli “Seoul City Pass” untuk satu hari, kami bergerak ke Itaweon untuk makan malam dengan menggunakan point to point ticket. Agak melecehkan terutamanya untuk transit ke subway lain kerana kami perlu keluar dulu dari platform, beli tiket baru dan masuk semula untuk transit ke subway lain. Biasa orang Korea akan menggunakan T-Money ( macam Touch & Go ) untuk bergerak. Tapi sebab kami hanya membeli “City Pass” untuk sehari sehaja, jadi terpaksalah simpan untuk hari esoknya. So jangan jadi macam kami, kalau anda bercadang nak pakai subway, beli terus “City Pass”  mengikut hari anda berada di Seoul.

Baby Zamir dgn Umar amat famous di Seoul, semua orang suka usik dia. Dengar kata Korean love kids. So boleh ambik buat bibik ni.. hehe

Akhir kata, bila melancong dengan baby ni agak penatla sikit, tak boleh terkejar-kejar suka hati, Keperluan anak kecil kita kena jaga juga, ada je peluang terus tukar lampin dia, kalau tak jumpa baby room, gunakan je tandas untuk orang cacat untuk tukar lampin. Yang penting jangan lupa bawak stroller, beli yang kecik dan ringan. Untuk makanan, anda boleh beli yang dah ‘ready made’ dalam botol tu, terus suap ke mulut, sebab cuaca sejuk, jangan lupa bawak air panas sama dalam thermos untuk dicampurkan sedikit dengan makanan tu. Oh ya, dan bersedia untuk mendengar baby menjerit atau menangis apabila flight start ‘descending’ untuk landing hehe.

Tamat untuk part one.. Nanti saya sambung untuk part two pulak…

5 Responses to 2011 Travelog – Seoul with baby Zamir & Umar – part 1

  1. blogger berkata:

    salam..dh macam gud reporter laa pula saudara nie yerk..bgus laa melancong..le dapat timba pengalaman yang baru..gud job sahabat..keep the report success ye..

  2. zaki berkata:

    haha. menarik gak nak kesana. tapi tak tau bila. cerita lah tempat yg menarik di korea tu agar lebih ttarik nak gi sana

  3. Pingback: 2011 Travelog – Seoul with baby Zamir & Umar Part 2 « Roy Dot Com : Sekadar Coretan

  4. Sue berkata:

    Salam, nak tanya, di Seoul menginap di apartment apa ya? saya plan ke sana dlm mid feb ney. cari2 online tak jumpe any reasonable service apartment.

    • zairol79 berkata:

      Wsalam, anda boleh rujuk dibahagian komen seoul with baby zamir part 2. Ada saya jawap komen orang kat situ

      Sent from my Sony Ericsson Xperia arc

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: