Misteri Selekoh Dua Beradik

“Hari dah menjelang tengah malam, Ikmal dan Amir masih memandu dalam keadan hujan yang renyai-renyai melalui jalan yang penuh dengan selekoh merbahaya dari Pekan Karak ke kampung kawannya yang terletak di Felda Sg. Kemahal berdekatan dengan pekan Triang. Hajat di hati untuk membuat kejutan terhadap rakan mereka di kampung tersebut yang akan melangsungkan perkahwinannya pada keesokan harinya. Datang awal untuk membantu apa yang patut. “Betul ke jalan ni Ikmal? Tanya Amir. ” Betulla, aku ikut je map yang Nizam bagi ni, kalau kita ikut highway Temerloh, jauh dalam sejam, kena bayar tol pulak tu”. “Ish, tak pernah seumur hidup aku ikut jalan kona-kona macam ni, dah la kereta sebijik pun takde, hutan sepanjang jalan.” Rungut Amir. Setelah membisu membiarkan Ikmal melalui beberapa selekoh yang ada, tiba-tiba Amir berkata perlahan, “Ikmal, bukan kita dah lalu ke selekoh tajam ni tadi?” Tiba-tiba mereka berdua terdiam, tambahan pula terdapat kabus akibat dari cuaca sejuk malam itu. Dengan seberapa segera Ikmal terus menukar siaran Radio Hit.FM nya ke radio IKIM FM untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran. Bulu tengkok masing-masing meremang apabila memikirkan jalan tersebut telah dibina pada zaman jepun dahulu disebabkan strukturnya yang bengkang bengkok. Masing-masing berdiam hinggalah mereka tiba ke rumah kawan mereka kira-kira setengah jam kemudian..”

Oklaaa, ada gaya jugak aku ni menulis cerita seram yek.. hehe bukan hajat saya untuk menulis sesuatu yang misteri mengenai jalan-jalan ini walaupun ada juga terdengar beberapa cerita yang misteri, namun pada saya semua itu adalah kerja syaitan, buat apa nak takut ye tak? Namun pada sesiapa yang belum pernah melalui jalan ini, anda boleh merasainya jika hendak ke kampung saya ataupun ke Pekan Kuala Pilah tanpa melalui Bahau ataupun melalui Seremban dan Bukit Putus. Pada orang yang tinggal di sekitar Gugusan Mendi dan Simpang Pelangai sudah biasa dengan jalan ini kerana dapat menjimatkan perjalanan tanpa melalui Highway Karan – Temerloh dan melalui bandar Triang. Dan jalan ini adalah jalan alternatif jika laluan Karak Temerloh banjir. Yang menarik pada km 35 dari pekan Karak, anda akan melalui 2 selekoh yang sebijik sama. Selekoh yang paling tajam disepanjang jalan ini dan agak mendaki. Kalau lori lalu, kita kena berhenti dulu untuk bagi laluan kepadanya. Sejarah mengenai jalan ini kurang jelas pada saya sebab orang kata jalan ni jalan lama, masa zaman jepun dulu-dulu.. Mmmm itu kena tanya orang-orang tua kat area situ laa..

4 Responses to Misteri Selekoh Dua Beradik

  1. jon jonson berkata:

    cis, baru nak meremang bulu2 aku…kat Tahap dulu xdela nmpk sgt talent ko menggarap perkataan…bangga siot ada kawan berbakat beso mcm ko…keep on writing!

  2. Nur berkata:

    owh how true!

    We had used the road to and fro Kuala Pilah. So scary and no conversation at all during the journey.

    Anyway, what a nice blog you have.

  3. mrkolumpo berkata:

    hehehe..kg simpang pelangai tu kampung saya…selekoh 2 beradik tu mmg la glemerr..pasal michael schumacher pun sure break mengejut kalau lalu selekoh tu..cerita mmg mcm2 pasl selekoh tu tapi haya sekadar cerita..pangalaman saya yg dah hampir beribu kali lalu disitu samada siang atau mlm dan juga kerta ataupun motor….even pernah satu kali dulu motor rxz saya lampu mentol dpean terbakar so terpaksa redah dlm mlm gelap dgn bercahayakn lampu signal dan bulan…mmg takde apa2..kalau meremang2 tu bese lah..sebab kepala otak dok pikir mcm2…kalau tak pikir…pasang radio kuat2 atau beborak..confrom tak rasa apa..sama je mcm jalan lain..so jgn serik yerr….saya tgh giat dlm Club Anak Pelangai (CAP) nak paksa Najib lurus kan jalan bengkang bengkok mcm jalan zaman kominis ni..so dunt worry…n doakan kami berjaya…

  4. Basri berkata:

    syabas ank Pelangai……..aku salute sama Pelangai.
    aku pun ank Pelangai gak……..
    terus kan perjuangan pelangai. aku akn terus bri sokongan

    Kudeng @ Basri…….Kg Ampang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: