New Zealand – Memandu di South Island Part 2

Te Anau Lakeview Holiday Park ($NZD18 seorang) dengan sisa-sisa bunga tulip yang tinggal dan private tour ke ladang Alpaca- bulu dia mahal lagi dari bulu kambing

Te Anau Lakeview Holiday Park ($NZD18 seorang) dengan sisa-sisa bunga tulip yang tinggal dan private tour ke ladang Alpaca- bulu dia mahal lagi dari bulu kambing

Salam Pembaca

Ni adalah entri terakhir trip kami ke New Zealand, walaupun hanya 17 hari untuk dua negara, dengan masa yang  amat terhad terutamanya di New Zealand tapi trip kali ni saya rasa agak puas, sampaikan bila hari-hari terakhir tu.. “eh esok lusa dah nak balik dah?”  Mula la rasa down semacam, manakan tidak, setiap hari penuh dengan aktiviti, kalau dari 17 hari tu rasanya hanya dua hari je light & easy, sehari di Sydney, satu hari lagi di Te Anau, itupun sebab cruise ke Milford Sound cancel, tanah runtuh.

Kami sampai agak awal di Te Anau Lakeview Holiday Park, siap boleh masak tengah hari lagi, dan Zamir boleh tidur petang sambil baring dengan bonet belakang terbuka.. extend katil dia ke belakang. Te Anau adalah bandar yang terdekat untuk kita pilih tiga cruise, Milford Sound, Te Anau Glow Worm Cave, dan Doubtful Sound. Tetapi perlu ke anda ambil tour ni jika bajet ciput, sebab semuanya boleh tahan harga dia.

Tour mahal ke Doubtful Sound, Dapat jumpa world smallest penguin je dgn anjing laut.

Tour mahal ke Doubtful Sound, Dapat jumpa world smallest penguin je dgn anjing laut. Huhu besarnya watermark

Milford Sound vs Doubtful Sound

Harga boleh tahan.. Milford Sound dari Te Anau dah $NZD120, dan Doubtful Sound $235 seorang, Milford naik bas ke kuala tasik pastu naik bot pusing-pusing sampai ke laut lepas, untung-untung jumpa dolphin, penguin atau anjing laut, Doubtful pulak kena naik bot 2 kali, satu merentasi tasik Manapouri pas tu baru ke laut lepas. Saya dulu disebabkan jalan nak ke Milford runtuh, jadi terpaksalah ambik tour Doubtful ni, jadi total $470, mahal tu kalau convert ke RM.. huhu. rasa tak berbaloi sebab:

  • Tak jumpa sekor dolphin pun, setakat jumpa world smallest penguin dgn anjing laut je ( saya dah tgk anjing laut masa naik keretapi ke Christchurch dulu ). Penguin dah jumpa kat Taronga Zoo Sydney.. hehe
  • Permandagan fiord saya dah tengok masa naik ferry ke South Island.. tapi tak la setinggi macam kat Fiord-land tu
  • Saya takde kamera mahal atau DSLR, dan cuacanya tak tentu, 90% akan hujan setiap hari.
  • Saya tak tahu pulak yang mana satu best, tapi kalau Doubtful Sound tu memang sunyi sepi la, takde orang langsung, dan tour company pun ada dua je.. Milford yang best ada air terjun free fall ke laut, Doubtful boleh melawat hydroelectric plant 200 meter bawah tanah, di buka pada tahun 1971 lagi.

Jadi pendapat saya, kalau anda jenis macam saya dan itinerary lebih kurang macam saya, rasanya tak perlu lah ambik tour doubtful sound tu, Milford tu mungkin boleh la pergi sebab tak mahal sangat. takde rezeki saya kot masa tu… disebabkan tanah runtuh saya extend stay kat Te Anau sehari lagi, tapi still dua malam, cuma lepas tour saya hari kedua tu, terus bergerak ke Mount Cook. Hari pertama lepak-lepak kat Te Anau melawat ladang Alpaca, kambing kepala panjang.. hehe.

Glowworm Cave Tour

Saya ambik tour ni sorang, sebab masuk gua dalam gelap dan tak boleh bising, $NZD70 dan saya rasa berbaloi bila melihat makhluk ciptaan Allah ni, spesis cacing karnivor yang mengeluarkan cahaya. Saya seolah berada di dunia lain, bila tengok cahaya dari cacing tu umpama tengok bintang di langit je, tapi no picture allowed, so anda boleh google la untuk maklumat lebih lanjut.

Mount Cook dari jalan nak ke Mount Cook National Park, dari banjaran ni la terbentang Frans Josef dan Fox Glacier (13km panjang) turun ke arah barat.

Mount Cook dari jalan nak ke Mount Cook National Park, dari banjaran ni la terbentang Frans Josef dan Fox Glacier (13km panjang) turun ke arah pantai barat New Zealand South Island.

Te Anau ke Mount Cook (398 km)

Lepas Doubtful Tour kami terus bergerak ke Mount Cook dari pukul 5:30 petang dan sampai dalam 10:30 malam ke Glentanner Holiday Park, teraba-raba cari camp site nak park van, sebab dah booking awal rasa rugi nak check in kat hostel lain, so belasah je la, lagipun jalan tak bengkang bengkok sangat. Camp site ni agak lama di bawah kaki gunung dan berdekatan dengan sungai dan kepala tasik, bilik air dia kecik je, dapur busuk bau pelik. Jadi saya tak syorkan untuk anda menginap kat situ. Bagus drive lagi 15km ke kaki gunung Mount Cook dan menginap kat sana, banyak hostel kat situ. Pagi esoknya kami masak breakfast kat van je, alang-alang gas banyak lagi.

Mount Cook ke Christchurch (326km)

Sebelum bergerak kami naik atas ke kaki Mount Cook dulu, bergambar sekeping dua dan isi minyak kat stesen layan diri, maksudnya takde sorang pun jaga stesen tu. bayar pakai kad je. Pastu baru gerak balik untuk hantar kereta, Saya dah book Airport Lodge Motel ($NZD135 je siap dua bilik tidur dgn dapur lagi) kat Christchruch, jalan kaki je lepas hantar kereta, sayang sebab agak lambat, depoh van sewa tu dah tutup, last-last saya park kat luar, tinggalkan kunci dalam post box dia je. Nasib tak kena charge late return $NZD100, setakat charge minyak kurang sikit dari asal, syarat sewa kereta bila nak hantar tu minyak kena penuhkan balik, pastu kereta kena cuci dan vacum apa bagai, puas cari car wash, last-last basuh luar je kat stesen minyak. Autowash pakai mesin. Esoknya pagi buta pukul 4:45 pagi dah ke airport, untuk penerbangan terpanjang dan memenatkan, 2 jam setengah ke Sydney, 4 jam transit di Sydney dan 8 jam setengah ke Kuala Lumpur, sampai KL dok siang lagi pukul 6 ptg dengan mengantuk gila sebab jetlag.

Biasanya kat akhir entri, saya akan simpulkan pemerhatian saya mengenai sesebuah negara, dan sebagai negara yang kedua selamat di dunia selepas Iceland pada tahun ni, tahun lepas New Zealand nombor satu berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Global Peace Index, boleh saya simpulkan:

  • Negara yang amat relaks, tak serabut untuk dilawati dengan populasi hanya 4.4 juta orang.
  • Sebab kadar jenayah yang rendah, rumah biasanya takde grill dan pagar macam penjara
  • Stesen minyak dia, isi dulu bayar kemudian
  • Sesetengah supermarket seperti New World dan Countdown ada self-checkout, maksudnya timbang, scan, pack dan bayar sendiri pakai credit atau debit card.
  • Rakyat di South Island lebih peramah berbanding North Island dan lebih peramah dari rakyat Australia.
  • Pemandu dia amat berhemah terutamanya bila masuk bandar, jadi kalau 50km/j, itulah yang diorang akan bawa, luar kawasan bandar 100km/j, biasanya takde polis hehe
  • Di Auckland, nak susur masuk highway dia ada traffic light, so macam ada timer untuk lepas kan kereta sebiji demi sebiji ke highway ( dalam sela masa 5-10 saat lebih kurang ), so takdela kes pancung masuk.
  • Makan agak mahal kalau di restoran average 12-15 dollar termasuk minum. So Subway atau Macdonald boleh jadi pilihan kalau takde halal restoran. Takpun beli buah je, kiwi 4 dolar dah dapat 6 biji.
  • Minimum untuk pusing satu New Zealand 14 hari, kalau tak macam sekejap sangat la.
  • Melancong guna bas lebih murah dari sewa kereta atau campervan, tiket nakedbus service boleh dibeli dengan harga $NZD20 dollar untuk 6-8 jam perjalanan.

Mmmm rasanya takat tu je kot cerita pasal New Zealand, di harapkan boleh jadi perkongsian ilmu kat pembaca blog ni walaupun saya tau banyak yang suka pergi Europe lagi, boleh shopping hehe..

Christchurch Airport di pukul 5:00 pagi. Bye-bye New Zealand, panjang umur boleh pergi lagi terutamanya kalau dah bosan dengan kelam kabut di ibukota Kuala Lumpur :-)

Christchurch Airport pada pukul 5:00 pagi. Bye-bye New Zealand, panjang umur boleh pergi lagi terutamanya kalau dah bosan dengan kelam kabut di ibukota Kuala Lumpur🙂

Kembali ke Intro Page ( Prelude )

https://roydotcom.wordpress.com/2012/11/28/new-zealand-a-dream-come-true/

7 Responses to New Zealand – Memandu di South Island Part 2

  1. Pingback: New Zealand… A Dream Come True… « Roy Dot Com

  2. Zaki berkata:

    ok gak melancong di NZ ni. sewa kereta dan pandu sendiri. ade info2 yg bguna dan kisah & teladan. nmpak gayanya bajet kat sini ade sikit besar. pgalaman dan knangan itu lebih bharga

  3. mohd berkata:

    Saya dan family dah arrange trip sewa campervan, ujung sept ni. Boleh saya jumpa sdra utk menimba pengalaman secara direct, kalau sdr duduk kl.
    Tq.

  4. Normah berkata:

    Saya dan famili 6 adults dan cucu umur 1th 11bln akan ke nz pada 10/10/13 for 16 days to cover fr north to south. Nak solat raya haji kat Wellington Mosque insyaallah. Tolong bagi tips on preparation for foodmsince we all very particular and nak masak bawak bekal along the journey. Rest area boleh solat and makan2 tak

    • zairol79 berkata:

      Tak semua makanan mentah boleh dibawa dari Malaysia, produk tenusu tak boleh dan makanan kering perlu disertakan dgn English Label. Anyway di New Zealand sendiri puan boleh cari stok daging dan ayam yang halal, walhal Nandos New Zealand menggunakan ayam halal. Label halal tak ditulis pada produk tetapi puan boleh merujuk ke pengeluar dia yang mana halal atau tidak. Boleh google dgn lebih lanjut. Untuk solat pada saya tak jadi masalah, saya sendiri kekadang solat dalam baby room je, belakang chalet dsb. Yang penting kena saling hormat menghormati.. Rest Area biasanya tiada ruang solat. mungkin kena cari ruang yang agak tersorok untuk solat.

      Selamat Merancang..

      ________________________________

  5. puTrimaryam Ali berkata:

    salam….menarik journey ke NZ ni…

  6. Travel berkata:

    Salam.nak share pengalaman jelajah south island NZ. B4 this kami biasa ke perth and we memang regular guest di mahira holiday homes and car rental pty ltd. SubhanaAllah, memang no words to describe.servis mereka memang the best.owner very helpful and accomondating. Owner org islam yg asalnya dari malaysia. Rumah2 bungalow holiday home mereka juga sgt baik dan cantik.lengkap dgn semua kelengkapan dan peralatan.sgt selesa dan bersih juga. Memang sgt berbaloi dgn harga yg dicaj. Mereka juga buat road adventure south island tour.subhanallah memang sgt cantik,tmpt tmpt yg mereka bawa dan diberi masa yg byk utk menikmati permandangan dan to appreciate keindahan ciptaan yg maha Esa. Kalau ikut tour bus,huhu sgt singkat masa yg diberi juga sentiasa rushing dan tidak byk tmpt yg dpt dilawati. Pakej mereka sgt menarik dan worth berbaloi yg amat .harga juga sgt berbaloi. Di Nz mknan halal hanya terdpt di bandar2 besar,tetapi jgn risau bila ikut mahira mereka siapkan segalanya dan itinenary mereka thumbs upp!!! Boleh hubungi anak owner di +60123360098 siti. I memang rekomen pd semua yg hendak ke australia dan NZ.mereka ini NZ dan Australia expert

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: