Q&A dengan Pembaca…

How to be a traveller….

Salam Pembaca..

Saya sering mendapat komen yang bertanyakan mengenai Europe Trip, kebanyakan mengenai rancangan dan route perjalanan di sana.. Tapi sebelum saya paste soalan salah sorang pembaca blog ni, bagus jugak dikongsikan di sini dari saya hanya membalas email dia.. satu soalan yang mesti korang jawap sebelum pergi melancong, soalan muhasabah diri sikit..

“Are you tourist or traveller? Siapakah anda? Pelancong atau Pengembara? Secara ringkas anda ialah Pelancong ( tourist ) bila:

(a) Melancong ikut pakej, semua diuruskan dan diarahkan…(paham sendiri la apa maksud diarahkan tu ek🙂

(b) Melancong hanya untuk bergambar, sebolehnya nak makan nasi dan balik hotel tidur.

(c) Anda dah tahu bila dan dari mana anda nak balik sebaik sampai ke destinasi ( yang ni saya ambik dari english traveller blog ) mungkin tak sesuai untuk orang malaysia yang bajet ciput.

Anda ialah Traveller bila:

(a) Beli “one way ticket” atau sekurangnya balik dari negara lain untuk yang bukan full time traveller atau cuti tak banyak..

(b) Berani mencuba sesuatu di negara lain, makan makanan tempatan, bergaul dengan orang tempatan, melancong seperti orang tempatan (macam berkhemah, camper dan sebagainya ) dan tinggal dgn orang tempatan (  couchsurfing, hospitality club etc )

(c) Senang cerita anda ialah Backpackers hehe, habih cerita hotel anda adalah sekadar tempat untuk tidur sahaja..

Jadi anda boleh tengok anda di kategori yang mana, dan saya selalu tengok dua jenis kategori ni bila nampak tour group, retired couple dan juga melihat backpackers traveller bersama dua tiga orang anak mereka.

Anda boleh layan Traveller vs Tourist kat link ni

http://www.hobotraveler.com/travelervstourist.shtml

OK, kembali menjawap salah soalan pembaca blog ni:

1 ) Peluang nak g oversea ni memang susah nak dpt lain kalau go for business trip, so kalau ada peluang saya & isteri nak melawat few countries sekaligus dan kami nie jenis yang suka lihat scenery. Plan nak rasa jejak kaki ke London > France (paris) > Netherland (amsterdam) > Germany (tak ada idea) > Switzerland (geneva, zurich) > Italy (rome, venice, florence) > Austria (vienna, prague)
Jawapan: Europe adalah benua yang besar dan semua nya dapat dihubungkan melalui keretapi.. Untuk bajet rendah dan cuti sekurangnya 2-3 minggu anda boleh bermula dari Europe Timur ke barat. MAS atau Qatar Airway ke Turkey dan balik samada dari Frankfurt, Amsterdam atau London. Dapatkan peta atau globe untuktanda negara mana yang anda berminat nak pergi. Untuk dapatkan tiket murah, simpan Enrich points banyak-banyak dan tebus point tersebut, alhamdulillah points Enrich saya dah cukup untuk ke Europe pergi balik.. ingat nak travel solo atau duel a.k.a membujang nanti.. hehe
2) boleh tak saudara bagi pendapat tentang pilihan di atas, nak bermula dari mana dan kemana dan terus pulang ke malaysia? senang utk plan, cost saving dan tak penat. tak kisah by train or flight. berapa hari agak2 kena bercuti?
Jawapan: Paling sekejap dua minggu, dan paling sesuai dan berkadaran dengan bajet ialah tiga minggu. Cost saving: melalui keretapi dan low cost flight seperti Easyjet dan Ryanair. Europe railpass tak cover untuk semua negara di Europe dan anda masih perlu membeli tiket. Negara paling mahal di Europe Barat terutamanya tambang keretapi ialah Switzerland, Trains Paris London. Yang paling murah ialah Trenitalia (Italy)
3) biasanya kalau dari KL nak ke europe, apa budget airline yg ada option sekarang selepas air asia dah cancel route? iya lah, ticket nya mau cecah belas2 ribu ni…hehheee…ini halangan besar nih..rasanya yg nie kena tempah setahun awal kot baru dapat murah.
Jawapan: Elakkan pakai MAS kalau takde sales kekadang masa sales pun macam mahal gak huhu, Untuk low cost flight anda boleh pakai low-cost Air Asia ke Korea atau negara Asia yang lain dulu, dan cuba cari flight lain nak ke Europe, Qatar Airways agak murah kalau return tiket ke Europe, pernah ada promosi RM2000 pergi balik ke Istanbul tapi kalau one way dia jadi mahal sikit. Air Berlin pernah buat promosi Berlin Bangkok sehala 288 Euro sahaja. Subcribe semua newsletter dari Airway supaya dapat tahu promosi tiket diorang.
4) Lagi satu halangan, kalau travel dgn anak2 nih (saya punya 3 org, 6 thn, 4 thn & 1 thn), mesti nak pikir makan minum mereka, nak tidur tempat yg sedikit selesa, berapa banyak pakaian nak bawak, nak cuci pakaian kat mana? soalan2 mcm tue yg selalu saya pikir, mungkin saudara boleh bagi sedikit nasihat.
Jawapan: Untuk traveller (backpacker) baju yang dibawa cukup-cukup pakai untuk 3-4 hari sahaja, jangan risau semua backpackers hostel ada coin operated washing mashine and dryer, dekat dua jam baju dah jadi kering.. dan negara 4 musim cuacanya kering, anda tak berpeluh dan baju pun tak busuk. Makan minum – welcome to vegetarian world, anak-anak boleh makan pisang, fries dan fish & chips, Untuk murah lagi boleh beli Fillet O Fish kat Mcdonald. Untuk anak ramai boleh sewa dorm kat backpacker hostel, 4 bedded or 6 bedded dorm, satu kepala dalam lingkungan 20 Euro.
OK.. Terima kasih.. mmm… best menghabiskan masa cuti Christmas 4 hari di kampung.. hehe Selamat Bercuti dan Hari Natal untuk semua yang beragama Kristian.. ( Merry Christmas!! )

5 Responses to Q&A dengan Pembaca…

  1. eda berkata:

    hi..sy plan nk ke europe bln 3..blh sy hantar private email for checking..tkasih..

  2. eda berkata:

    salam..blh bg email add zairol..sy nk emailkan sy punye itinerary..sy mcm confuse le maklum le x pernah pegi..ni baru 1st time..tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: