Do and Don’t in North Island..

Whakarewarewa Thermal Village, Gambar kecik kat bahagian atas kiri tu signboard yang melarang alkohol di bawa masuk ke Central Business District biasanya di tengah-tengah bandar, Gambar kecik kat bawah tu Lake Taupo..

Whakarewarewa Thermal Village, Gambar kecik kat bahagian atas kiri tu signboard yang melarang alkohol di bawa masuk ke Central Business District biasanya di tengah-tengah bandar, Gambar kecik kat bawah tu Lake Taupo..

Salam Pembaca..

Tajuk omputih, tapi isi melayu haha.. WordPress akan buat link berdasarkan tajuk jadi kalau tajuk melayu mau tak panjang berjela link dia nanti… OK laa tak banyak yang kami lawat di North Island tapi satu yang tak boleh anda miss ialah melawat perkampungan Maori, banyak “living village” seperti di Sarawak Culture Village, maksudnya anda melawat rumah yang bukan ada patung la kat dalamnya. Di Rotorua kami melawat Whakarerewa Thermal Village, tak laa sebijik macam culture village kat Sarawak tu tapi tour guide yang dia bagi banyak memberi info pasal sejarah kampung dan puak Maori di New Zealand. Macam guide kami tu, yang bukak kampung tu pun nenek moyang keturunan dia jugak.. Sejarah puak Maori dijaga sehingga ke hari ni, dan kerajaan New Zealand walaupun boleh dikatakan dijajah oleh British tapi masih memelihara bangsa peribumi sehinggakan bahasa rasmi negara tersebut sampai dua, English dan Maori. Oh ye, masuk mahal sikit la $NZD32 termasuk seketul jagung yang masak dlm stim asli dari perut bumi ( ntah betul ke tidak sebab nampak dia ambik dari stim cooker je hehe ).

Untuk bajet terhad, saya akan sedaya upaya cari yang walking distance dari bus stop untuk melawat ke mana-mana tempat, tapi untuk Thermal Village ni adalah yang terjauh… 3.5km sehala dari Bus Stop ( I-Site ) pergh… lengoh kaki tapi still boleh enjoy jalan-jalan di Rotorua yang boleh dikatakan antara bandar pelancong tercantik di New Zealand…ada bus tapi dari tunggu setengah jam sebijik, bagus berjalan je…

Permandangan dari atas feri merentasi Cook Strait...

Permandangan dari atas feri merentasi Cook Strait…

Ni route perjalanan feri Interislander dan juga Blue Mountain Ferry, merentasi celah-celah pulau batu.. rasanya tak payah ambik cruise Milford Sound pun takpe dah...

Ni route perjalanan feri Interislander dan juga Blue Mountain Ferry, merentasi celah-celah pulau batu.. rasanya tak payah ambik cruise Milford Sound pun takpe dah…

Don’t  travel too long in the bus with the kids..

Di North Island, kami pakai bas untuk bergerak ke mana-mana, ikut hati malas nak singgah ke Napier, boleh tengok peta kat intro post saya, tapi memandangkan perjalanan ke Wellingtown ambil masa sampai 8 jam lebih, saya terpaksa buat pit stop kat Napier yang hanya ambil masa 6 jam dan bas kami ada berhenti rehat 15 minit di tengah-tengah perjalanan. kalau 8 jam biasanya budak-budak yang baru dapat kaki ni akan mula bosan bila dia dah tak boleh tidur dan boring dengan apa segala mainan yang ada. So bersedialah dengar dia melalak.. hehe.

Selepas bermalam di Napier, apabila matahari mula memancarkan cahayanya ke antara negara yang paling awal menerima cahaya matahari di dunia GMT +12 & 13. Kami bergerak ke Wellington, ibu negara New Zealand, 6 jam perjalanan dan sampai betul-betul di hotel penginapan kami , Downtown Backpacker betul-betul depan stesen keretapi Wellingtown. Ini adalah kerana pagi esoknya pukul 7 pagi kami akan terus naik shuttle bus Interislander Ferry ke jetinya dalam 4 km perjalanan. Kalau anda baca ke internet seperti di halaman seat61, anda akan dapati shuttle bus ni disediakan 50 minit sebelum feri bergerak pada 8:25 pagi. Tapi bayangkan kalau bas ni penuh dan anda perlu check in lagi di jeti, jadi jangan risau, sebab sebenarnya bas ni dia gerak ulang-alik berkali-kali dari pukul 7:00 pagi lagi. Jadi bergerak awal la sikit. Tak payah terkejar-kejar nanti,  yang pasti, pengalaman tertinggal kapal terbang masa Europe trip dulu akan saya pastikan takkan berulang lagi.. hehe..

Stesen keretapi Picton dengan Subway... ni je lah pilihan untuk cari makan tengah hari, sebelah dia ada bar and Restauran terus..

Stesen keretapi Picton dengan Subway… ni je lah pilihan untuk cari makan tengah hari, sebelah dia ada bar and Restauran terus..

Must Do – Interislander Ferry crossing from North Island to South Island

Pada saya cruise ni yang wajib korang ambik, rasanya tak perlu ambik apa-apa cruise yg lain cukup dah..Perjalanan 40 knot selama 3 jam merentasi Cook Strait memang superb. Dengan Ferry dia yang sampai 10 tingkat, 3 dek penumpang, 1 dek bawah air, 1 dek terbuka,  2 dek kenderaan dan dek lain mmm tak tau la, enjin dia kot. Apapun dari korang naik flight untuk ke South Island bagus korang naik feri ni dan terus ke Christchurch melalui keretapi pesisir laut Coastal Pacific dari Picton. Tiket boleh beli kat kiwirail.com termasuk tiket feri.Dengan sedikit trick kat IP address, anda semua boleh beli tiket melalui IP New Zealand walaupun berada di luar New Zealand pakai Thorr Project Browser. Jadi semua promotion tiket utk orang New Zealand terdapat di website dia. Sebab tu kami dapat tiket by one free one, bayar $NZD209 je dari harga penuh $360.

Wild Seal.. ( anjing laut ke singa laut ek ) diambil dari keretapi yang kami naiki, dia ada open air coach.. boleh layan permandangan...

Wild Seal.. ( anjing laut ke singa laut ek ) diambil dari keretapi yang kami naiki, dia ada open air coach.. boleh layan permandangan…

Lepas sampai ke Picton kami lepak-lepak kejap cari makanan tengah hari, Subway je yang ada, so kami bantai la beli sandwich tuna, tu je yang boleh makan dan paling murah sebab satu kaki sandwich ( feet long ) baru $NZD6, Kebab paling murah $NZD8-9 (tu pun kat bandar besar je ada), Fries $NZD4, jadi dengan satu kaki Sandwich tu dah boleh kongsi dua orang.. jimat kan? Anak kami biasanya makan pisang atau Fries je, tak pun tumpang sekaki. Perjalanan 5 jam setengah ke Christchurch relaks je sebab keretapi tu tak laju sangat, siap ada headphone untuk dengar penerangan kat setiap landmark menarik yang dilalui. Sampai je kat Christchurch dah agak lewat, tak sempat berjalan mana sangat, lagipun kat tengah bandar dia masih banyak jalan ditutup dan banyak bangunan dalam proses pemulihan.. jadi macam bandar mati je, sebab semua pasaraya besar-besar dan kedai yang buka berada agak jauh dari pusat bandar. Lagi satu teksi kat Christchurch ni macam-macam rupa, so bila dah sampai kat stesen keretapi tu cari je mana-mana kereta atau teksi untuk di bawa ke bandar. Kekadang rasa macam prebet sapu pun ada..harga dia ikut kepala, jadi kalau takde orang tak perlu la bayar sampai satu kereta.

Sekian untuk kali ni… Nanti saya sambung the real adventure memandu pusing satu pulau pada entry akan datang…

Intro Page, klik

https://roydotcom.wordpress.com/2012/11/28/new-zealand-a-dream-come-true/

One Response to Do and Don’t in North Island..

  1. Pingback: New Zealand… A Dream Come True… « Roy Dot Com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: