100% Pure New Zealand – Part 1, North Island

Auckland Sky Tower dari Victoria Park, jauh lagi nak ke Harbour Bridge, bagus cari je taman lain nak lepak..

Auckland Sky Tower dari Victoria Park, jauh lagi nak ke Harbour Bridge, bagus cari je taman lain nak lepak..

Salams Pembaca..

Perjalanan kami ke Auckland dari Sydney mengambil masa 3 jam dengan pesawat Jetstar. flight delay 1 jam setengah membawa kami sampai agak lewat di Auckland. Kedatangan kami di Auckland di sambut dengan senyuman mesra pegawai imigresen yang bertugas yang ramah dan diakhiri dengan ucapan “Enjoy your holiday..”. Jadi boleh lah saya bandingkan keramahan orang Australia dengan New Zealand. Setiba di Auckland kami menggunakan Airbus Express untuk ke tengah bandar Auckland, $NZD16 seorang. Dalam 45 minit kami sampai ke hostel kami di Base Backpacker Hostel kat Queens Street, ( stop no. 3 ) Hostel ni kami booking melalui website nakedbus.com, so dapat murah dalam $NZD65.99 je semalam. Biarpun hostel tapi bilik double room kami seperti hotel, siap ada peti ais, coffee maker dan apa bagai lagi..

Common Kitchen kat Base Backpacker Hostel, boleh masak dan simpan barang beku kat dalam freezer, labelkan kalau tak nak kena buang..

Common Kitchen kat Base Backpacker Hostel, boleh masak dan simpan barang beku kat dalam freezer, labelkan kalau tak nak kena buang..

Cerita pasal hostel ni, petua saya jangan pilih sebarang je, baca dulu kat tripadvisor.com cari mana yang terbaik dan sekurangnya takde negatif review. Bukan apa kekadang ada hostel yang tak mesra budak kecik walaupun menginap di private room. Dan melainkan kita booking awal dan ambik satu dorm terus untuk family 4 – 6 orang, hampir semua hostel tidak membenarkan budak bawah 17 tahun menginap sendirian di dalam dorm bersama orang lain. Dan untuk menginap satu family dalam dorm kena booking awal untuk mudahkan diorang ‘reserve’ bilik utk kita. Tapi antara 4 hostel yang kami tinggal, ni yang terbaik dan berbaloi-baloi. Tapi jangan lupa masukkan access card kat ‘reader’ dalam lift sebelum tekan nombor nak ke tingkat atas, kalau tak tidur kat lobi la jawapnya.. hehe ( sebab saya pun terkena- nasib belum kantoi )

Besoknya sebelum ke rumah host kami di Hamilton, kami berjalan-jalan sekitar Auckland, lepas check out dan tinggalkan backpack kami kat kaunter ($NZD2 satu beg). Saya beli sim-card local number untuk smart phone saya, $NZD23 utk free “local call and SMS” dan 500MB data, promosi summer 2012. Jadi handphone tersebut boleh jadi pembantu saya utk tengok map, tengok waktu semahyang, call Malaysia pakai Skype dan sebagainya. Wifi Internet kat New Zealand biasanya kena bayar, dan amat susah nak cari yang free. Makan di Auckland amat senang, banyak yang halal dan banyak jugak restoran Malaysia dan Indonesia, cari je mana-mana food-court, mesti jumpa punya.

Rumah Host kami di Matangi, Hamilton bersama kambing-kambingnya, rumah baru je didiami 3 bulan yang lepas.. serba baru dan amat bersih keluarga yang berasal dari Ireland ni..

Rumah Host kami di Matangi, Hamilton bersama kambing-kambingnya, rumah baru je didiami 3 bulan yang lepas.. serba baru dan amat bersih keluarga yang berasal dari Ireland ni..

CouchSurfing – Pengalaman belayar ( surfing ) yang pertama

Lepas post satu entry kat family welcome group kat couchsurfing.org, saya dijemput untuk tinggal di rumah satu keluarga di Hamilton ( 1 jam setengah dari Auckland ) dan juga di Christchurch. Tapi saya “accept” satu je kat Hamilton. Mmm ‘nervous’ gak sebab biasa saya host orang je, “so everything is under my control”, Tapi bila surf kat rumah orang ni, dah la tido free, dua malam pulak tu, dia kena jemput kita, hantar kita, masak dinner apa bagai, automatik jadi segan, lelaki dan perempuan melayu terakhir la katakan. Tapi itulah pengalaman, tambah untuk isteri dan anak saya, memang betul-betul membuka minda mereka berdua. Jadi untuk menepati semangat couchsurfing ni, jadi kami ni bukan la buat macam dok kat hotel, kena la tolong-tolong mengemas kat dapur sikit, beli cenderahati dari Malaysia dan yang paling penting berkongsi pengetahuan dalam budaya dan agama,  keluarga dia vegetarian dan kami muslim membuatkan kami lebih mengenali budaya antara satu sama lain. Jadi soalan cepu cemas yang biasa akan di tanya ialah “Why muslim need to eat halal food?” ha.. jawap… Pada saya selain dapat menjimatkan bajet kita yang ciput ni, tinggal dengan orang “local” ni sekurangnya menjadikan kita ni “pengembara” (traveler) yang sebenar daripada hanya “pelancong asing” (tourist) di tempat orang.

Zamir's future friends, suka sangat Zamir bila dah 5 hari dok kat hotel sempit.. "Enjoying the space" katanya..

Zamir’s future friends – Brian, suka sangat Zamir bila dah 5 hari dok kat hotel sempit.. “Enjoying the space” katanya..

Mmm oklah kot, nanti saya sambut Part Two – North Island, untuk hari ke 4, 5 dan 6 di Rotorua, Napier, dan Wellingtown. Sekian..

Untuk kembali ke Intro Page Syney & New Zealand trip, sila klik

https://roydotcom.wordpress.com/2012/11/28/new-zealand-a-dream-come-true/

 

3 Responses to 1003 Pure New Zealand – Part 1, North Island

  1. Pingback: New Zealand… A Dream Come True… « Roy Dot Com

  2. catnana berkata:

    WOW, MACAM SERONOK JE MELANCONG….NEW ZEALAND……

  3. zaki berkata:

    teruskan catatan pjlnan ni

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: