Backpacking dengan kanak-kanak setahun lebih?

Salam Pembaca

Ramai yang macam tak percaya yang kami boleh backpacking ke Sydney dan New Zealand dengan “toddler” atau anak kecil berumur setahun 7 bulan. Even office mate saya, host saya di New Zealand pun cakap: “you’re so brave..” Pada saya alah bisa tegal biasa, sebab banyak lagi backpacker lain yang bawak anak lebih kecik dari Zamir, siap beli beg yang boleh letak baby lagi.

Tiket flight kami ni dibeli setahun yang lepas bila Air Asia buat promosi terus ke Christchurch (RM3000), jadi saya beli la return ticket untuk perjalanan seminggu kat sana.. mmm tengok-tengok Air Asia batalkan route tersebut atas masalah komersial, Jadi terpaksalah kami tukar ke Sydney dan dari Sydney kami ke Auckland dan balik semula ke Malaysia dari Christchurch dengan Jetstar. Bila di reschedule semula ni ada hikmah jugak sebab boleh travel lama sikit.

Beg kami, satu check in luggage ( max 15kg dgn Jetstar ) dan dua cabin luggage dan juga stroller.

Antara petua yang boleh korang ikut bila packing barang yang amat terhad ni ialah:

  •  Seluar 2 helai, baju cukup 3 atau 4 helai yang boleh pakai waktu tidur sama
  • Diaper dengan susu bawak sekadar yang perlu sahaja sebelum terjumpa supermarket untuk beli stok baru
  • Jacket dan long john, so tak payah bawak baju sejuk yang tebal sampai penuh satu beg
  • Maggie bawak untuk kecemasan sahaja, banyak Indo-Mee dijual di Australia dan New Zealand.
  • Serbuk nasi goreng segera boleh laa bawak, kat sana cari beras boleh masak nasi goreng..
  • Yang penting sekali, tablet untuk anak kita main atau layan kartun, so tak payah sibuk bawak mainan lain dah.

Yang paling penting sekali, anda kena declare barang anda setibanya di Australia mahupun di New Zealand, semua produk tenusu kecuali susu untuk bayi, makanan basah dan produk kayu tidak dibenarkan. Tapi masa kami pergi dulu ada bawak cenderahati pen buluh dengan key-chain tapi lepas je..

Perancangan

Rasanya tak perlu cerita lanjut sebab banyak dah diceritakan dalam entri sebelum ni. Banyak tempahan telah kami buat dalam sebulan dua sebelum berlepas untuk mendapatkan harga terbaik, dari tiket zoo, tiket bas (nakedbus.com) campsite, hotel dan sebagainya dilakukan dengan awal. Alasan, kami pergi tak lama, so semua mesti ikut plan, lainla kalau travel sebulan dua kat sana. Yang menariknya dgn sedikit trick kat browser saya dapat beli tiket ferry dari Wellington, North Island dan keretapi terus ke Christchurch di South Island hanya dengan NZ$209 berbanding NZ$320 jika dibeli di luar New Zealand ( IP komputer )

Dengan hot seat Air Asia anda boleh minta pramugari sediakan bakul untuk anak anda tidur, tapi berat maksimum 11kg, nasib Zamir ni kurus lagi.. hehe

8 Jam Flight dari KL ke Sydney?

Flight malam tak la memenatkan sangat sebab budak kecik boleh tidur berbanding flight waktu siang, penat jugak la nak melayan karenah dia. Macam flight kami dari Christchurch ke Sydney dah 3 jam setengah lepas tu ke KL 8 jam setengah  semua 12 jam, dengan siang yang paling panjang nya waktu tu, sampai KL memang jetlag, penat gila…

Posing Seksi Kangaroo ni

4 Hari Transit di Sydney

Kami sampai Sydney dalam pukul 11:30 waktu tempatan, terus check in di hotel 790 George Backpacker Hostel selama 4 malam, asalnya 2 malam je tapi sebab host couchsurfing kami tak boleh host kami di saat terakhir terpaksalah kami stay lama sikit kat hotel tu. Di Sydney tak banyak sangat aktiviti kami buat, simpan tenaga untuk ke New Zealand , tapi sempat la melawat Tangoora Zoo, lepas tu naik Hop On Hop Off bot di sekitar Opera House, jalan-jalan di Botanical Garden yang amat besar tu dan lepak-lepak hujung minggu di Darling Harbour

Rose Garden di Botanical Garden, Sydney. Taman besar di tengah-tengah kota

Paddy Market, dekat dengan George Street. Kat sini macam uptown kat Malaysia la, boleh cari baju dan souvenir yang amat murah..

Dari Botanical Garden, korang boleh terus berjalan ke Opera House..

Cukup la kot cerita pasal Sydney. Nanti ada masa saya cerita macam mana kami survive pusing-pusing pulau New Zealand pulak ek.

Update: Video sekitar sydney dah siap, boleh layan HD kat link bawah ni ek

Back to Intro Page

https://roydotcom.wordpress.com/2012/11/28/new-zealand-a-dream-come-true/

3 Responses to Backpacking dengan kanak-kanak setahun lebih?

  1. zaki berkata:

    salam. menarik utk d baca catatan pjlnan ni. lebih menarik klau di detailkan lgi xtvt spjg disana. sy blum sampai lgi kedua2 negara ni. tpi bminat gak nak gisana terutama NZ, manalah tau klau catatan ni mbuat sy lgi trtarik dan mnarik sy hendak kesana dan leh mbantu sy disana nnti. sy tunggu catatan pjlan seterusnya….wassalam

  2. Pingback: New Zealand… A Dream Come True… « Roy Dot Com

  3. Izyan berkata:

    menarik..huhu
    jmpt singgah blog saya
    http://nutriemom.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: