Couchsurfing… Ada Berani?

Salam Pembaca..

Saya cuba google mengenai pengalaman couchsurfing ni tapi tak banyak yang keluar, terutamanya dari Malaysia, banyak dari Indonesia je… Anyway saya dah jadi member komuniti http://www.couchsurfing.org ni sejak tahun 2010 lagi, tapi hanya start aktif tahun ni je.. Dulu, ingat dia hanya sekadar laman sosial macam facebook dan lain-lain, tapi rupanya salah. Komuniti ini diwujudkan sebagai satu tempat untuk jumpa ahli-ahli lain dari seluruh dunia untuk pertukaran budaya dan merasai pengalaman bersama-sama dengan orang tempatan apabila kita melancong di sesuatu tempat. Syarat dia mudah, kita host orang iaitu bagi orang menumpang tidur kat rumah kita tanpa apa-apa bayaran, dan surfer kita boleh membalasnya berupa cenderahati dari negaranya ataupun menolong kita dalam kerja rumah seperti memasak dan sebagainya.. “cool” kan?

Tapi banyak yang perlu diteliti terutamanya mengenai keselamatan anda apabila anda hosting ataupun surfing di rumah orang lain. Maka kita perlu membaca rujukan (reference) mengenai ahli tersebut terlebih dahulu.. tengok apa komen orang terhadap dia dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat website dia. Pengalaman pertama saya ialah apabila saya hosting pasangan adik beradik dari Turki, seorang psychologist berpangkat doktor dan adik perempuan dia. Dia hantar mesej untuk menetap dirumah saya dan akhirnya menetap di rumah saya selama 3 malam. Satu pengalaman yang setakat ini amat menarik dan sekurangnya lain dari rutin harian kami sekeluarga.

Salah satu sebab lain ialah kos, sekurangnya kami dapat berjimat sedikit bila hendak melancong keluar negara nanti. Pastinya kami akan mencari mana-mana host yang “family friendly” Boleh la Zamir Afiq bergaul dengan kawan seusia dengan dia nanti.

OKlaa, boring menghabiskan masa hujung minggu di Bintulu ni, rasa masa terlama lama berlalu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: