Hidup tanpa ASTRO, boleh?

Playon.TV ni akan streaming video dari desktop kita ke konsol bagi membolehkan kita tengok terus kat TV rumah kita tau pun tablet.

Salams pembaca..

Dah lama tak sembang-sembang kat blog ni. Kebetulan tak berapa sibuk hari ni boleh la conteng-conteng sikit kat blog ni. Saya dah pakai ASTRO dari tahun 2004 lagi, bawah promotion dekoder percuma untuk pengguna Maxis masa saya bekerja di Bintulu dulu. Jadi kalau ikutkan saya dah pakai ASTRO lebih dari tujuh tahun sehinggalah secara rasmi saya tamatkan servis dia pada 19 Oct 2011 yang lalu.

Ini kerana saya rasakan tidak banyak keperluan kalau saya terus melanggan ASTRO yang bilnya makin lama makin mahal dan rancangan yang diulang-ulang berkali-kali. Namun ada sebab lain saya menamatkan langganan ASTRO kerana pada bulan 7 yang lepas saya dan pakai Unifi bersama dgn talian tetap telefon percuma dan juga “real cable TV” iaitu HyypTV, siaran televisyen melalui gentian optik. Jadi tak jadi masalah dah kalau hujan seperti yang selalu berlaku pada ASTRO dahulu.

IP-TV a.k.a HyppTV

OK dengan ini saya dah berjimat RM80 untuk membayar bil ASTRO saya, Walaupun siaran percuma HyppTV hanya ada 15, namun pada saya dah cukup. Kalau nak siaran tambahan, langgan je siaran yang ada, macam saya saya dah langgan National Geographic Adventure HD, MTV Live HD dan Baby Channel. Satu ‘channel’ harga dalam RM6 ke RM8 sebulan. Satu lagi kelebihan HyppTV ialah boleh tengok sesetengah siaran tertunda dalam 2 jam kebelakang. Kita boleh ‘rewind video” tu dalam sela masa dua jam tu, Picture in Picture – dua siaran sekaligus dan juga Interactive, boleh tengok Youtube kat TV, Facebook, Tengok Resepi, Flight Information dan juga macam-macam video on demand.

Kalau dah alang-alang pakai internet laju, semua boleh download dan kalau malas, langgan je Virtual Private Network untuk dapatkan IP dari USA atau UK bagi membolehkan kita streaming video dari Netflix, Hulu, NGC, FOX ataupun BBC Iplay. Kos untuk bayar VPN dalam USD5 sebulan, Hulu boleh dapatkan yang free version, jadi macam-macam video boleh kita tengok streaming samada melalui website, tablet dan sebagainya. Macam saya, saya beli perisian Playon.tv untuk membolehkan saya access semua streaming website dan tengok kat TV melalui console Nintendo saya. Mmmm kekadang dah terlampau banyak video macam ni sampai tak tertengok pun ada. Apapun sebab video on demand tak jadi masalah, ada masa free boleh tengok bila-bila.

Jadi amacam? anda berani tamatkan perkhidmatan ASTRO anda?

p/s.. sekarang ni dok layan ‘I survive in Japanese games show’ di Hulu, pakai Playon.tv

About these ads

9 Responses to Hidup tanpa ASTRO, boleh?

  1. salam abg roy, wah posting pasal HyppTV ek??. . ingatkan masih lagi kipas susah mati (diehard fan) ASTRO.

  2. Mijoe berkata:

    sapa nak tgk astro kalau dah ada unifi..he he he

  3. Jiran Blok D berkata:

    Mintak password unifi ko tu

  4. ulam kerdas berkata:

    aku last langgan astro bulan 7 ari tu. sebabnye aku rasa membazir sebab aku ni duk layan tv3, tv9 n tv8 je. so baik kitorg off je astro. dan sampai skang aku xder astro still boleh hidup jer.hahaha…duit yang aku bayar astro bulan2 tu aku boleh bawa family aku makan sedap2 kat luar. hehehe

  5. zairol79 berkata:

    OKlaa Unifi, best among the worst. Ulam Kerdas.. bila nak dtg bawa anggun jalan2 ke KL? Sham.. sejak bila nama ko jadi Mijeo?

  6. hafiz066kgi berkata:

    kalau nk tgok astro arena dalam hypptv camner? leh ke?.. skrg kat rumah ade 2.. ingat nk potong astro.

    • zairol79 berkata:

      semua channel astro tak boleh tgk kat hypptv. Tapi saya ada dgr cara illegal tapi still jugak kena beli decoder dan bayar bil astro at least yg paling murah.

      ________________________________

      • Din berkata:

        salam…just nak promote.
        kpd anda yg bminat utk melanggan unifi, boleh call / SMS saya 019-6335184 utk details n check coverage. pendaftaran semudah anda mhantar scan IC ke e-mail saya chehasanudin.puji@gmail.com. PROMOSI percuma installation fee bnilai RM 200 dan percuma yuran langganan 1 bulan utk pndaftaran sblum 31 Mac 2013. TQ all and tuan tanah.

  7. whysolag berkata:

    i enjoy rewinding the hypptv programmes, even back to 10+hours also no problem,but recently when I do so, it lags and even shows very serious ‘snowflake’ which i am frustrated with it,what can i do??

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 519 other followers

%d bloggers like this: